Sabtu, 13 Oktober 2018

Wedding Hafiz Dan Aqilah

Kali ni ke Jempol. Pengantin lelaki ialah staff di ofis laki lama dulu.


Oh dia punya excited ke Jempol tu lain macam sikit. Maybe sebab akan melalui kawasan2 kampung Negeri Sembilan. Jadi terimbau beberapa kenangan seperti menghantar anak2 buah ke sekolah asrama. Yang paling untung Maryam la. Siap berhantar angkut barang bagai dengan Myvi tu. Budak sekolah barang banyak jugak ek..

Ok kami bertolak lambat sebab semalam tu anak2 tidur lambat. Biar diorang bangun sendiri. Kalau pergi jumpa doktor je aku akan kejut tak kira apa korang kena bangun jugak. Hahahah.

Pastu aku sendiri sakit2 badan. Badan dah tua ke? Tengok apa aktiviti kita buatla masa muda. Aku lepas beranak nombor 2 ni memang badan sakit2. Lenguh2. Nak kena mengurut lagi.

Oklah maka kami sampai ke Jempol jam 2.30 petang lebih kurang. Nampak pengantin sedang bergambar. Ok kami park, masuk dewan dan makan. Interestingnya makanan semua lauk pauk nogori. Apa lagi aku cedok semua serba sesikit. Bukan boleh dapat kat kenduri biasa ataupun di kedai. Ececece makan2 pastu minum teh tarik. Sedap betul. Habis makan elok orang dah nak kemas dewan..woahh...cepatnya.. tu lah lambat lagi sampai..tapi kami ni biasa la suka jalan2 bawak keta melihat alam so slow2 je laki bawak.

Sambal tu punyalah kapow...
Hati masak kacang panjang, umbut kelapa masak lemak, umbut kelapa masak asam, kerabu taugeh, ayam goreng, ikan keli dan daging. Perghhhh tak agak2 makan...nasib kenduri kalau tak dah bertambah2.

Aku tak makan petai mentah. Laki aku makan 2x kot. 😬😬 
 
Bila2 kami dapat ambil gambar bersama kami happy sangat. Haha.


Dah macam gambar waktu pagi pulak.

Masa ni dah nak hujan cepatlah naik kereta..tapi masih nak menyengih kat sini.

Masjid Tuanku Mukhriz, Jempol dekat sangat dengan dewan kahwin tu.

2 ulasan:

  1. ikan sembilang sambal memang wajib ada tiap kali kenduri dekat nesembilan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Titiber aku rasa bahagia sangat ke N9. Nasib ada 2 orang ipar nogori.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.