Satu hari caj dalam 2 ke 3 kali jugak. Cepat betul putus nyawa dia sekarang. Amboi2. Padahal dah kali ke 3 juga tukar bateri. Lama juga jasanya...jatuh tu dah berapa kali. Tapi skrin tak pernah retak. Screen Protector je tukar banyak kali. Haha..
Sebagai mengenang jasa2 telefon bimbit...
All images from Google.
May 2013 - Kini
Smartphone pertama. Samsung Galaxy S4. Beli dengan ansuran pascabayar Celcom. Zaman kerja bolehla buat..lama dah habis bayar..kena dalam tempoh 2 tahun. Kemudian tukar plan lebih murah.
2007 - 2013
Sony Ericsson w810I. Yang tukang belikan tu kenalan. Aku bayar kat dia la dia tolong cari je yang murah2.
2004 - 2007
Nokia 7250. First camera phone. Huish. Terngiang pulak kata2 arwah bapak, " belilah handphone ada kamera ". Tak sempat aku bergambar dengan arwah guna kamera phone ni. RM700 aku beli kat Pertama Complex. Sorang2 je pergi beli. Gigil2 tangan bayar cash.
2002 - 2004
Kyocera. Paling ringan. Sampai sekarang kalau nampak jenama ni.. (kebanyakan barangnya ialah mesin fotostat) aku mesti gelak dan terkenang2. Nak dekat RM400 jugak telefon ada antena ni.
2000 - 2002
Sagem. My first handphone. Beli sebab terpaksa..ahahah..nak mesej kawan pasal homework.. kuliah.. adudu mahal betul zaman ni. HP je dah nak RM400 masuk dengan Maxis Hotlink masa tu simkad je dah RM250. Beli prepaid dah RM50. Gila habis duit PTPTN RM700 camtu je. 1 minit call RM2. Mesej 60 sen. Mahal ok. So aku tetap call guna telefon awam. Sediakan syiling la. Kawan2 lain masa ni ada yang dah pakai Nokia 3310. RM700 ko..
Aku memang jenis pakai hp bukan sekejap. Beli baru sebab perlu je.
Khamis, 14 Februari 2019
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hehehehhe.. kenangan btoii kan??? kalau aku, tak larat nak igt.. bertukar2 hphone nya!! tp paling igt yg 1st la...brand alcatel..line prepaid ADAM 017. Hhuhu. pastu dapat nokia 3210 wthout antena, perkhhh vangga giler dapat compose lagu. antara lagu yg ak ingat ak compose; SEPHIA by Sheila On7, merasa pakai blueberry tak igt jenis. 1st smartphone samsung SII then note 3 then now bff dgn ipong... eh kena up 1 entry jg ni... hehehhe
BalasPadamJaman tu maxis je ada line kat kampung aku. Celcom sedih sangat..tu pasal pakai hotlink. Celcom murah sikit rega dia..haha..
Padamsama la, selagi phone sekarang tak critical...selagi itulah kita bertahan :D
BalasPadamFon ni selalu penuh sebab gambar dan game je.
Padam