Ahad, 17 Februari 2019

,

Let's Go To Picnic, Kata Aqlan

Sebelum pergi tu dah terangkan pada dia..kalau hujan kita tak boleh pergi. Kalau panas sangat pun tak boleh pergi.

Katanya pada aku tiba2, suatu hari selepas tengok rancangan TV apa tah...dia layan Disney Junior atau Baby TV atau Nicklodeon for Kids..let's go to picnic. We bring carpet and basket. Carpet? What? No..we bring mat aku betulkan. Ok dia kata. Hahaha..so menuntut tu dari Khamis ke Jumaat bawak ke Sabtu akhirnya Ahad. Tengok cuaca kan. Only weekend je kami keluar ramai2. Nak terangkan dia pada weekend abah cuti tu..ajar hari apa..dia cuba lah. Kadang betul tekaan dia. Kami ajar Aqlan ni secara santai2 je kat rumah. Benda common sense.

Ok petang Ahad kami keluar awal. Laki tapaukan Texas Chickens di Puchong je sebab dekat dengan rumah. Tapi 40 minit kemudian baru dia keluar dan marah2. Mula2 dia mesej ayam tengah masak..ok la tunggu. Rupanya dah siap lama, staff tu tak panggil dia ambil makanan dah siap bungkus. Mendapatla..

Kemudian kami nak picnic di Eco Ardence Park di Setia Alam. Dah sampai plaza tol kami solat jap sebab dekat sangat dah dengan park tu. Dah sampai rasa tak boleh pulak nak picnic nampak macam tak sesuai..haha..so cari park lain.. sampai ke Klang ko.. pun tak sesuai..sebenarnya banyak halangan hari ni nak picnic. Dari mula2 di rumah lagi. Tertinggal macam2. 2x bukak gate. Dah sampai tempat bungkus makan lewat lagi 40 minit. Dah sampai park yang dituju, takde pulak feel sesuai..sampai Klang tu lagila...pastu nak ke Kota Kemuning Park pun tiba2 hujan lebat pulak. Budak2 pun dah tidur lena. Last2 Allah izinkan juga..masa tu dah 6.40pm. Haaa semua dah sejuk tapi enjoy la juga bagi Aqlan feeling. Cuma kesian dia nak bentang tikar tu tak dapat. Nak main bola pun dah tak sempat. Alahai..anak lain kali kita cuba lagi ok. Kami makan ayam je. Hahaha orang yang jogging tu nanti dah balik jogging singgahla Texas Chickens ya..haha..

Tak ingat nama park ni tapi memang masuk dekat jalan sebelum ke Paradigm Mall



Picnic tepi lebuhraya Damansara Puchong

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.