Ahad, 24 Februari 2019

Tempah Tiket Online Dengan Firefly

Hello, semua, what’s up? So, lately ni kita asyik nampak kekerapan orang travel naik flight sebagai main transportation diorang ke seluruh dunia. Tak kiralah sama ada domestik atau antarabangsa, yang antarabangsa tu wajib lah naik flight, kalau boleh drive, dah lama aku gerak dulu..haha.. Contohnya, jika korang ingin pergi bercuti dari Malaysia ke Singapura, korang boleh amik kapal terbang sebagai pilihan utama untuk ke sana. Korang juga boleh memilih lapangan terbang yang mana untuk mendarat nanti bila dah sampai dekat sana. All I’m saying is, kapal terbang membantu orang-orang macam kita yang suka gila travel ni melancong ke luar negara dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Hari ini terdapat pelbagai pilihan untuk kapal terbang seperti Firely, MAS, Malindo dan lain-lain. Mereka adalah syarikat penerbangan yang ada di Malaysia dan mungkin lebih.


Untuk perjalanan menggunakan kapal terbang, pelancong mesti membeli tiket, I mean, of course la, kan? So, kepada yang baru nak berjinak-jinak dalam travelling ni, soalan pertama korang mesti, “Mana nak beli tiket?” Of course, yang first and foremost, di kaunter tiket lah. So, korang kena pergi ke kaunter tiket dekat lapangan terbang. Korang boleh pilih seat korang sendiri, so, korang just kena tanya dekat kaunter seat yang ada pada tarikh perjalanan korang. Staf dekat kaunter akan proses semua tu untuk korang, so korang tak perlu risau kalau tersilap tekan ke apa. Jangan bagi silap tarikh sudah. Kaedah kedua iaitu aku rasa kaedah yang makin kerap digunakan sekarang, iaitu booking online! Pembeli tak perlu susah-susah ke lapangan terbang dan ke kaunter tiket lagi. Tak perlu lagi beratur lama-lama! Korang boleh buat booking online dengan mudah dan yang paling best, sistem tu berfungsi 24 jam, so, korang nak buat booking pukul 3 pagi pon boleh. Serius lah 24 jam? Serius weh.

Okay, dah cover benda asas mana nak dapatkan tiket and all, sekarang kita beralih dekat airline pulak. Ni satu lagi benda yang kene teliti jugak kalau nak pilih. Firefly antara airline yang bagi kemudahan untuk korang beli and book ticket online. Sistem online booking Firely boleh kata tip-top gak la. Korang boleh akses laman web Firefly, kalau tak tahu dekat mana nak cari web diorang, korang Google je Firefly website, nanti pandai-pandai pakcik Google bagi link dekat korang. So, sebaik saja dah masuk laman web diorang, korang boleh tengok dekat sebelah kiri ada kotak tempahan. Hah, dekat situ buatlah booking yang korang nak. Dalam kotak itu, isi ler details yang perlu macam tarikh berlepas, tarikh pulang, nak berlepas dari mana dan landing di mana, semua tu lah. Korang boleh rancang perjalanan korang dengan mudah bila guna sistem ini! Dalam kotak tu juga, korang ada option untuk cari harga terendah, siapa tak nak harga rendah, kan? Hanya dengan satu klik, nanti sistem diorang akan bagi tambang terendah untuk korang. Mereka boleh korang cheap firefly online booking ticket. Hebat, bukan?

Korang boleh pilih destinasi yang korang nak, tidak kira sama ada domestik atau antarabangsa, korang tetap akan diberikan pilihan harga terbaik. Kalau nak cari flights to Penang, pastikan dalam destination box tu, dia tulis (PEN) sebab tu airport code untuk ke sana. Ia agak mudah dan sangat mudah. Korang tak perlu buang masa kena pergi kaunter bagai. Online ni jimatkan masa dan wang, kan?





Apa yang korang tunggu lagi? Buka laman web Firefly dan tempah tiket sekarang!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.