Khamis, 11 Julai 2019

Mak Aiii Dah 42!!!

Dulu2 masa kecil aku ingat umur aku tak panjang. Sekali Allah bagi lagi..jadi aku kena ingat baki umur ni sebenarnya kena banyak bertaubat dan beribadat. Jangan liat.

Semalam Aqeel kali pertama berjalan. Ya Allah bahagianya tengok. Tapi 2 3 steps kena sambut..aku siap tepuk2 tangan lagi bagi dia semangat kemudian dia akan jalan lagi sampai repeat 4x dia dah jatuh. Tapi dia punya gelak happy berjalan tu priceless.

Aku juga jumpa doktor semalam bersama2 dengan Aqlan. Kami batuk. Aku tambah selsema..running nose la.

Semalam juga punyalah lama kami tunggu gas masak dihantar agent Petronas. Dari jam 11 pagi..tiba jam 5 petang. Memang 2 hari tak memasak atas dapur gas sebab gas habis hari Isnin waktu malam. Masa tu suami tengah masak air serai halia dia. Dan aku pulak memang tak larat sejak Sabtu lagi.

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur. Kadang2 terasa juga bila ada orang panggil aku makcik. Hahaha...nampak sangat kurang gayanya. Tulah dah makin tak rajin nak bersiap.



Penangan air Starbuck Dark Caramel Coffee Sphere Frappuccino inilah buat aku boleh tulis blog jam 2.38 pagi 11 July 2019. Sedap gila air ni adoiii dah jangan nak minum lebih banyak.

4 ulasan:

  1. sanah hekwah babe.. kejap je aqeel dah pndai jalan, rasa mcm je baru lahir.. semoga diberi kesihatan yg baik, murah rezeki, sgl2 nya murah la. happy born day..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.