Jumaat, 12 Julai 2019

Surprise For Me?

Tahun ni (walau dalam hati tertanya2 juga) bila tarikh yang sama akan ada jambangan bunga tiba. Dulu tahun2 yang lepas tiba2 ada budak despatch hantar tengah2 hujan. Masa kerja selalu la dapat..hehehe.. mengada pulak jadinya. Tuler bila dah biasa dapat kalau tak dapat macam ternanti2. Sebenarnya encik Adzman ni bagi bunga selain dari birthday ada masa dia bagi secara random.

Malam sebelum hari birthday dia datang dan ucap awal2 sebab dah mengantuk sangat tak boleh tunggu jam 12 malam. Esok hari kejadian dia balik macam biasa. Tapi tiba2 hulur bunga. Eh masa tu aku tengah asyik tengok TV. Kemudian dia panggil Aqlan. Aku pun belek2 bunga dan sambung tengok TV.




Tiba2 datang Aqlan bawak sampul surat bertulis IBU. Eh eh aku pun happy terus buka. Ok terus rasa ni tadi Abah dia panggil suruh tulis la tu...alahai anak aku dah besar..tulis kad birthday yang pertama untukku.




Kemudian kami nak keluar lepas maghrib. Terhegeh2 je semua aku tak berapa sihat tapi semangat nak ke IKEA tu kuat. Hahaha aku memang dah lama tak pergi. Last time Nov 2018.

Naik atas tunggu turn mandi duduk2 atas sofa. Tiber laki datang bagi beg kertas besar gedabak. Eh ada lagi....bila aku tengok dalam..wah beg idamanku..

Camne nak agak kalau beg kertas bunga2

Sekali haaa

Ada je beg kertas dalam cover beg tu. Laki tak tengok sebab tu dia beli beg kertas bunga2. Beg ni pun dah renyuk. Aku baru tahu ada orang jual beg kertas jenama2 mahal RM10..tak sangka betul. Beg kertas pun jual?

Pasal beg ni memang aku tak sangka secepat ni dapat sebab bulan ni macam2 perbelanjaan penting kena buat. Tapi encik Adzman tetap belikan juga. Harap2 bill letrik kami tak cecah seribu. Kes aircond lama kami kaput.

Terus pakai nak bergaya ke IKEA. Hehe.

Beg ni ringan gila. Kalau tak asyik kendong beg rasa macam bawak batu bata dalam tu. 

Aku mula nak beg fake je. Haha..tapi laki belikan yang original. Tu ler aku rasa macam bersalah juga masa belek2 kat IG dengan adik ipar. Aku tengok dia pakai (corak lain) aku ingat harga puluh2 je. Sekali dia bagitahu harga aku cakap takyahla...tapi dah dapat rasa bersyukur sangatla..

Dah pandai buat aksi

Meatball ayam Aqeel suka tanpa sos

Fav laki

Fav Aqlan 

Fav laki gak

Aku punya ok..memang nak datang IKEA sebab nak makan ayam goreng ni. Tapi makan 4 je.

Kek durian ni kata laki tak berapa kena dengan tekak dia

Aku nak makan mousse. Boleh bawak balik bekas ya.



Refill la banyak kali pun. Tapi mampu 2x je

Beria laki bawak lilin tapi aku makan mousse camne nak cucuk.

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.