Khamis, 14 November 2019

Terung Berlada..Ini Bukan Resipi

Ini cuma nak letak gambar sebab suka sangat ambik gambar makanan pastu hantar ke laki bagi dia terliur. Ko rasa? Kadang2 kena update la ke laki tu apa bagi makan ke budak2. Dia nak balik makan tak..kalau dia balik makan aku akan masak banyak sikit. Kalau tak 1 pot nasi je aku masak. But mostly aku memang masak 2 pot. Tak habis nasi buat nasi goreng atau cucur nasi esoknya. Alhamdulillah beras yang digunakan tak cepat basi.

Kadang2 nak masak pun kena fikir anak2 boleh makan tak. Kita semua benda nak pedas kalau boleh. Lama juga tak makan pedas sebab malas nak masak banyak2 jenis..last2 aku masak juga terung berlada ni. Memang hantu terung. Suka sangat2. Asal laki nak top up barang dapur mesti dia belikan terung. Siap sekali tu pernah mak mentua bawak terung dari Ipoh untuk kita masak. Sebab dia beli pastu pak mentua tak makan..dia bagi kita. Lalala..

Terung ni kadang2 kita malas nak masak dia elok2. Selalu kita just buh minyak sikit sangat dan selarkan atas  kuali panas. Tapi dia takkan jadi lembik2 tu. So kalau masak letak minyak tohor ok la. Cuma kena jaga sebab terung mudah burn. Hahaha.. nampak sangat dah berapa kali terbako.

Pastu la ni aku malas dah nak rebus cili dan blend pastu baru boleh masak. Cam lambat. Jadi beli yang segera punya. Kedai Melayu la kat Kedai SRM Puchong. Tatau la aku tak banyak masuk kedai Melayu. La ni memang kami mencari2 kedai Melayu..jumpa kita masuk...kalau ada sesiapa nak share cara masak cili paste supaya lepas tu senang nak buat stok untuk masakan bercili..silalah bagitahu apa nama blog anda..bolehla saya berjalan2 di sana..eh eh.

Ni pakai 5 biji terung. Teringat2..laki cakap kurang bawang. Yelah dia kan pengadil masakan. Jangan bimbang budak2 memang tak makan. Aku sediakan makanan lain..ni ibu dia dah craving sangat..jejes2

4 ulasan:

  1. Suka gak terung berlada. Tapi tu lah kena goreng dulu tu macam berminyak sikit. Kalau masak pun guna minyak sikit janji masak sikit. Cili pes tu biasa buat sendiri rebus cili kering dgn bawang putih. tos jangan basuh, blend dengan air dan minyak sikit.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.