Ahad, 11 Mei 2014

Shopping Tanpa Aqlan

Opah aqlan datang hari ni. Dengan atok kak adik dan nabil. Makan tengahari berlauk sambal petai ikan bilis yanga ada terung kecil2 tu. Pastu ikan goreng kerisi dan jenahak. Sayur sawi. Sedap.

Lepas makan dan solat semua kami berdua keluar lagi pergi cari barang aqlan dan aku lah... kami keluar dua orang je. Since dah opah ada..bukan sengaja nak tinggalkan..diorang pun suka sangat nak main2 dengan Aqlan yang dah pandai borak. Hehe.

Mula2 ke IOI Mall cari pasangan baju aqlan yang takde seluar. Jumpa sehelai je. 2 helai lagi misi next time jelah. Kemudian pergi Cosway. Mak mertua sejak dah guna ubat gigi herba yang kaler hijau tu dia sula pula. So orderla..tapi barang yang aku nak macam takde..so tunggu dulu la.

Kemudian ke Fabulous Mom. Aku suka dekat dengan area situ juga. Beli nursing bra jenama Kelly.  Best la. Aku suka. Dah ada 4 brand ni. So cukupla nursing bra 8 helai. Berapa banyak bra da..bra berwire semua tak boleh pakai. Begitu juga yang biasa aku pakai. Susah nak feeding dan pumping nanti.


Last sekali ke Giant Kinrara. Kat situ barula masuk Cosway beli barang2. Termasuk pencuci muka dan toner. Aku baru nak try je. Sudah setahun guna L'occitane tukar lainla. Tapi krim muka dan shampoo still belum habis jadi tak perlu gatal nak beli. Banyak lagi stok.

Semuanya diambil 2 jam. Balik rumah terus susukan Aqlan sebab mama dah buat susu Anmum pun dia tak mahu minum. Tahu je mama ye ada ya...

Sabtu, 10 Mei 2014

Mengemas Rumah Macam Nak Rak Kononnya

Hari sabtu bangun awal. Zcat belikan nasi lemak buat sarapan. Makan sampai kenyang. Kereta hantar servis. Jam 1 petang pun belum balik lagi. Pastu alarm buat hal.

Ingat nak keluar lepas zuhur. Hujan lebat pula. Tunggula sampai tertidur. Penat minggu pertama bekerja. Campur penat mengemas katanya.

Jam 630pm baru keluar. Pergi cek alarm pula. Dah lambat next time je. Terus ke 1 Utama. Misi? Beli baju Aqlan di AEON.

Dah beli ke luar tunggu Zcat pergi toilet. Lama sangat.....rupanya beli baju lagi..excited betul dia. Demi anak. Syukur alhamdulillah.

New hair cut. Hari tu serabai..marah kena catu air katanya
Haha


Jumaat, 9 Mei 2014

Cerita Hari Jumaat

Jumaat tak perlu pakai work wear. Pakai casual sudah. Yang ada baby kecil macam aku ni lagila. Kalau boleh semua pakaian tak perlu diseterika. Senang.
Comel tak? Haha.

Khamis, 8 Mei 2014

Terkial-kial Buat Kerja

Macam2 benda nak kena siapkan. Tapi aku tetap balik jam 6 petang.

Benda paling penting buatla pagi2. Jawab call semua kata wah u dah balik. Anak laki ke pompuan. Sapa jaga anak u? Dan macam2la. Yang paling tak boleh blah. Lega u dah balik..haha..

Kadang2 aku lupa nama season parkers ni. Baru dua bulan dah lupa. Well kalau dah beratus orang nak kena ingat..

Try to catch up everything back..

Ada juga muka baru. Dan muka lama yang takkan kembali lagi. .

Rabu, 7 Mei 2014

Sarapan Pagi Ialah Waktu Dating Kami Sekarang

Sejak dah masuk kerja semula ni dan hantar Aqlan pada pengasuh seawal jam 730pagi dah keluar rumah, kami boleh sampai ke area ofis aku dalam jam 810pagi.
Boleh tahan awal jadi kami pergi breakfast kat kedai berdekatan.

Satu bistro mamak ni jual breakfast deal dia agak murah.  Roti kosong RM1 sekeping dan teh tarik RM1.50. Pastu dah 2 hari kat situ bosanla.  Kami ke kantin Bank Islam. Murahla. Hehe.

Sambil makan sarapan kami cerita pasal anak. Yang mana aku kadang2 mengalir air mata bila kenangkan dia. Terutama kalau hantar dia tak tidur so dia nampak aku pergi tinggalkan dia dirumah pengasuh. Huhu.

Selasa, 6 Mei 2014

Banyaknya Kerja Tertangguh. .

Sedih betul aku. Balik ofis keje masih banyak tak diselesaikan. Jadi sesi tak puas hati asyik berlaku. Paling panas telinga dengar tunggu aku balik dari tempoh berpantang baru nak selesaikan.

Bosannn...tapi tetap buat..kau mampu bank recon 4 bulan tak recon...tapi yang best aku tak perlu hantar report dah. Hahaha..

Back to work..

Isnin, 5 Mei 2014

First Day 1st Time

1st day kerja setelah 9 minggu cuti. 1st time hantar anak ke pengasuh. Tak dapat tidur sejak jam 3:30 pagi. Macam2 difikirkan. Apa dah siap buat apa yang belum.


Relax je budak ni. Padahal hati kita...

Malam mama call Zcat suruh aku cek badan budak ni. Kot lebam...aduh...

Anak ni sihat dan selamat. Hujan lebat kami sampai rumah pengasuh pun lambat. Jam 7:20pm baru tiba. Jangan kena caj overtime sudah..

Ahad, 4 Mei 2014

Mangga Perlis

Makan mangga dikirim dari abang ipar yang pergi ke ladang mangga di Perlis. Sedap. Buah mangga tak sempat ambil gambar dah. Terus ngap lepas potong.



Sabtu, 3 Mei 2014

Ke Kenduri Kahwin Jadi Dating

Penat bersiap bagai dengan make up yang dah berbulan tak taruh kat muka..end up Zcat said ooOoo kenduri ni malam la. Ketibaan pengantin jam 8:30 malam. Haha.

Sebab dah duduk semua elok dalam kereta, aku cakap dah jom pergi makan. Takmo tukar baju dah lewat. Lapar.

Kami pun ke Sunway. Makan di Restoran Tarbush.





Kuih kacang kuda

Cicah kuih



Kalau dah menangis tu tak kira tempat kenalah susukan juga
Lepas maghrib kami balik Ampang.

Jumaat, 2 Mei 2014

HIAZ - Cucuk Aqlan Untuk Bulan Ke 2

Sepatutnya 5 May baru appointment. Tapi aku minta dipercepatkan ke 2hb. Sebab 5 May aku dah masuk kerja. Kalau Aqlan meragam lepas cucuk at least Sabtu Ahad aku boleh jaga dia. Kasi tenang..

Doktor Pakar Kanak2 di tingkat 1. Ada 2 doktor je. Doktor Nik Rose sebelah kiri Doktor Nazim sebelah kanan


Muka happy tunggu giliran

Hari ni punyalah ramai patient Dr Nik Ros. Aqlan masuk pun dah jam 12:50. Kejap je kena cucuk dah menangis. Menangis pun kejap. Mula doktor ni cucuk 1 jenis je pastu aku tanya bukan kena lagi 2? Oh rupanya yang dua lagi tak cover masuk GL. So aku suruh gak doktor tu cucuk aku bayar pakai debit kad je. Haha duit tak cukup. Sebab yang ni memang mahal sikit. Takpe beli pakaian mahal tak berkira ni untuk kesihatan anak baik jangan berkira. Nasib baik boleh claim dengan company Zcat.

Lepas dah kena 2 cucuk dan satu ubat kena minum. Kata doktor ubat manis macam minum air gula.
  
Rotavirus 1 dan Pneumococcal 1. Ubat ni tak tahulah klinik kerajaan ada bagi ke tak.

Khamis, 1 Mei 2014

Urut Sengkak Rahim Part 1

Aduh ada part 1 confirm ada part 2 tak lama lagi. Memang pun.

Oleh kerana aku ni caesarean maka mana boleh urut sengkak rahim tu masa dalam pantang.

Hari ni Kak Ina datang lagi urut seluruh badan aku. Yang sengkak rahim tu sikit je buat. Next lagi 2 bulan. Luka pembedahan pun elok katanya. Lepas dah kena urut tu sakit dan sedap badan sama naik.

Kemudian kami pergi Chilli's Citta Mall. Punyalah ramai orang sampai tak afa tempat parking. Ala ni yang tak best srbab kami suka datang sini. Dulu orang kurang tapi sejak dah pelbagai restoran makanan dibuka makin ramai orang datang. Mall ni chillax je. Sebab tu kami suka. Last2 pusing dapat parking belakang Chilli's.

Ramai orang jadi kena tunggu turn untuk dapat meja. Meja perlu kat bahagian yang sesuai untuk menyusu.  

1st time kami bergambar bertiga. Should next time dokong je budak kecil tu.

Ke sini sebab nak belanja Jija. Birthday dia 21hb April lepas. Apapun Zcat yang bayar guna Citibank CC sebab nak kejar rebat up to RM150. Takpela as long as bayar benda perlu. Aku memang takde credit card.

Kemudian jalam kejap jumpa kedai barangan kanak2 di tingkat 1. Tak ingat namanya. Mahal juga.

So ke Parent's Room untuk diaper changing. Lebih luas berbanding AEON 1 Utama. Selesa la.

Sebelum balik jenguk jap jualan gudang Elle ke Esprit. Tu pasal la jammed ya. Out of season la.

Masuk Wondermilk pun tiba2 rasa bosan. Last2 beli gelato. Gelato maksudnya ialah aiskrim dalam bahasa Itali. Sedap. Ambil mini chocolate dan mini vanila.