Ahad, 11 Mei 2014

Shopping Tanpa Aqlan

Opah aqlan datang hari ni. Dengan atok kak adik dan nabil. Makan tengahari berlauk sambal petai ikan bilis yanga ada terung kecil2 tu. Pastu ikan goreng kerisi dan jenahak. Sayur sawi. Sedap.

Lepas makan dan solat semua kami berdua keluar lagi pergi cari barang aqlan dan aku lah... kami keluar dua orang je. Since dah opah ada..bukan sengaja nak tinggalkan..diorang pun suka sangat nak main2 dengan Aqlan yang dah pandai borak. Hehe.

Mula2 ke IOI Mall cari pasangan baju aqlan yang takde seluar. Jumpa sehelai je. 2 helai lagi misi next time jelah. Kemudian pergi Cosway. Mak mertua sejak dah guna ubat gigi herba yang kaler hijau tu dia sula pula. So orderla..tapi barang yang aku nak macam takde..so tunggu dulu la.

Kemudian ke Fabulous Mom. Aku suka dekat dengan area situ juga. Beli nursing bra jenama Kelly.  Best la. Aku suka. Dah ada 4 brand ni. So cukupla nursing bra 8 helai. Berapa banyak bra da..bra berwire semua tak boleh pakai. Begitu juga yang biasa aku pakai. Susah nak feeding dan pumping nanti.


Last sekali ke Giant Kinrara. Kat situ barula masuk Cosway beli barang2. Termasuk pencuci muka dan toner. Aku baru nak try je. Sudah setahun guna L'occitane tukar lainla. Tapi krim muka dan shampoo still belum habis jadi tak perlu gatal nak beli. Banyak lagi stok.

Semuanya diambil 2 jam. Balik rumah terus susukan Aqlan sebab mama dah buat susu Anmum pun dia tak mahu minum. Tahu je mama ye ada ya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.