Sabtu, 30 Jun 2012

Bila Balik Kaca Tingkap Hilang

semalam lepas balik kerja macam biasa lepas angkat sandal letak atas rak kasut aku mesti pergi cuci tangan di sinki dapur. kemudian terkejut tengok sekeping kaca tingkap hilang. betul2 di bahagian mangga pintu dapur. aku musykil pagi tadi masa aku tengok takdela unsur2 retak menanti belah. kemudian aku tengok habis jatuh berus pinggan dan kain alas batu tumbuk dan pemegang periuk aku jatuh. erkk..

aku cari jugalah kot2 ada serpihan kaca...sekali aku belek pemegang kaca tu dah lurus ~ mean ada orang kopek dan keluarkan kaca tingkap. semua tingkap rumah memang ada besi penghadang. jadi aku rasa ada orang cuba pecah masuk rumah dan nak buka mangga pintu belakang. tapi niatnya mati. kenapa?

aku call zcat, dia tak angkat. aku call pengurus rumah dia tak angkat. aku call Ping, line maxis dia mati-hidup-mati. aku pun terduduk memikirkan apa nak buat.

in the end Ping call suruh tanya mak dia kot2 ada kaca tingkap lebih boleh pinjam-beli-bayar-kemudian. hahahaha.. okey. kemudian pengurus rumah call balik..kemudian aku kena call balik sebab dah putus masa aku masih berborak dengan Ping.

aku pun cerita....dia pun datang selepas jam 8:42pm. dia pun tolong gantikan kaca tingkap yang hilang. kemudian tanya2 samada aku ada menyimpan emas permata. ah..paling tinggi tabung syiling akula.. korek2 mahu RM50-60 je kot. dia kata pasangla mangga lagi satu. mangga yang aku gunakan sekarang memang mangga yang mahal mahu nak dekat RM100 harganya.... aku rasa itu pasal orang jahat itu mati niatnya sebab dia takde alatan canggih...namun aku risau jugakla..

well beberapa bulan lepas seorang jiran yang ada bisnes homeopathy kena rompak. sama jugak kena kopek pintu belakang. habis barang kemas dan wang ringgit cecah RM20k. makkkkkkk aii..... sampai polis datang semua bagai. dan dia suspect orang dalam kawasan ini jugak...

berkenaan dengan jiran dalam kawasan ni memang ada seorang yang agak merisaukan. kadang2 dia tengok aku semacam je bila aku parking kereta. pernahla puntung rokok dia bertepek kat tepi tingkap kereta aku. muka pun dah macam gangster.

anyway memagarkan kawasan rumah dengan ayat Qursi itulah yang zcat ingatkan semalam. rupanya BB dia buat hal...itu pasal tak dapat call dan sms tak berbalas.

now aku ni tak keruan. sebab pagi tadi baru perasan rupanya pintu grill belakang dah terbuka. mungkin dah lama aku je yang tak perasan, sebab aku ingatkan pintu grill jiran sebelah.

aku tunggu zcat datangla tolong pasang lagi satu selak kat pintu dapur.

walaupun rumah aku takde barang berharga, tapi aku risau sangat kalau laptop aku tiada....boleh sakit jantung tau. sebab macam2 benda ada...huhu.. sedey..sedey..

5 ulasan:

  1. serius menakutkan hope takde kejadian lagi lepas ni ..take care

    BalasPadam
  2. Eh... bukan setakat barang yang perlu dirisaukan. Diri kita yang sangat berharga tau. Cepat buat sesuatu dengan pintu dan tingkap tu!

    BalasPadam
  3. oh sekarang dah ada 5 mangga. pitams..

    BalasPadam
  4. tu la satu2nye menda yg RS paling takut bila dah tggl 3 beranak ni.mntak dijauhkan..

    BalasPadam
  5. maybe ada yang perasan ko tinggal sorang ni

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.