Ahad, 20 Disember 2015

8 Rabiulawal 1437H - House Warming BBQ Party

Kami dijemput untuk house warming party rumah baru Tasha and Rudy di Shah Alam. Tema pot luck. So masing2 bawak makanan ya.

Suami bercadang bawak nenas. Nak grill nenas. Oh lately ni dia suka tengok resipi online dan masak. Mostly malam la. Lepas balik kerja dia pun bekerja kat dapur. Ringkas tapi yummeh.

Jam 6 lebih baru kami bertolak. Start jam 5 petang tapi sebab si Aqlan masih tidur kita pun baring lagila...hoii rasa bahagia Ahad ni, sebab boleh tidur lama. Memanjang berjalan setiap minggu. Letih dah. Hehehe.

Kami sampai je ayam sedang dibakar. Erm..minum air sedap dulu. Soda lemonade.

Seterusnya...layan gambar jelah.




Swing jangan tak swing



Ketam bakar

Dah tu sempat lagi buat tour dapur. Ok aku admit dapur dia cantik. Ada pulak island table. Ehemm kat situ jelah kami makan pizza last2.




Island table yang jadi idaman. Hurmmmmm. 

Doh guna tepung suji dan tepung gandum. Style Jamie Oliver.

Laki bini masak ni. Tuan rumah sediakan Pizza sedap giler.

Patut tour tingkat atas tapi dok menunggu pizza ke 3 masak

Nenas grill. My husband sediakan. Perghh semua dok puji dia. Sedap dimakan dengan daging medium rare dan pizza. Macam next time nak buat lagi.

Habis makan kami duduk luar ramai2 sambil minum nescafe panas. Dan dengarlah plan kawan2 nak melancong. Erm kami belum buat keputusan nak ikut ke tak. Nak kena tinggal anak. Nak kumpul duit. Bila ditanya aku cepat2 cakap ikut husband sebab dia menanggung kita sepenuhnya sekarang.

Rafiq berbaju putih tengah planning sambil cerita pengalaman dia.




Benjol dah anak bujang ni..adoiiiii. kata diorang biasalah budak2. Anak2 diorang semua dah besar. Anak kami je masih kecil.

Suddenly...terbuka cerita Hani pun dah retire 2 bulan lepas. Aku baru juga tahu Tasha dan retired 3 bulan lepas masa reconstruction MAS. Tu pasal dia boleh concentrate renovate rumah bagai. Memang terkejut Hani berhenti. Sebab dia lawyer kat Bloomberg. Tanya suaminya Amin camna? Happy. Ya kami orang perempuan memang suka duduk rumah tengok anak2 membesar. Aku tak nafikan memang bergelut dengan kewangan kalau gaji kecil tinggal di KL-Selangor ni. Terpulang pada cara berbelanja juga sebenarnya. Pilih hidup sederhana. Sentiasa doa nak senang bukan nak kaya. Sebab kaya ni bahaya. Boleh jadi istidraj.

Kami minta pulang dulu sebab anak kami dah mengantuk. Puas hatilah budak tu main2 sampai dapat benjol kan. Kesian anakku.

Khamis, 17 Disember 2015

Restoran Samila Thai Cuisine, Puncak Jalil

Hari ni tak masak. Masak maggi tomyam cup je. Malam dah lapar.

Husband ajak pergi Puncak Jalil. Banyaknya kedai tomyam. Sampai satu kedai kami berhenti sebab boleh parking sebelah meja makan je. Aqlan tidur jadi kami tak mahu ganggu dia. Jadi enjin kereta di on kan sepanjang masa. Siap cek ada kunci pendua. In case kan. Banyak sangat kes anak terkunci dalam kereta. Tapi kami tak kunci sebelah pintu. Tetap berjaga2.

Nak minum air berasaskan soda tapi belum ada. Pelayan pun terangkan apa yang takde dalam menu. Ok je..

Kami order macam2 tapi...masakan sekejap je dah sampai. Takdelah nak menunggu dampai setengah jam. Sambil tunggu tu main Neko Atsumé dulu. Hahaha.

Kami pun makan dengan tenangnya. Sebab Aqlan tak perlu dilayan. Kalau tak selalu kena rotate la makan.

Masa husband bayar agak lama. Dia balik cakap kena dengar kisah sedih owner. Apa yang sedihnya?

Hari ni baru first day beroperasi. Buka pun lambat. Banyak makanan belum ada. Maafla kalau ada makanan tak mengikut selera. Semua sekali RM33.50. Air RM7 sebab gelas besar. Sup ekor RM10. Tu je paling mahal dalam bil kami. Boleh datang lagi try makanan lain pulak.










Ehhh aku tak rasa kedai baru sebab makanan cepat sampai dan sedap. Kena je tekak aku. Takdela blunder ke hape kan. Itu yang penting. Tenang dan rileks. Cuaca pun baik hari ni. Sejuk2 tak..panas tak. Very nice.

6 Rabiulawal 1437H - Acuan Roti Bentuk Panda

Siapa tak rambang mata kalau pergi MR. DIY? Aku boleh duduk sejam kat situ tengok barang je. Belum pilih beli lagi tu. Hahaha.

Masa duduk Ampang dulu ada je MR. DIY ni kat Fiesta a.k.a Axis. Tapi tak semeriah di Giant Bandar Kinrara. Setelah mereka ambil alih lot kedat perabot Bahagia, aku lebih bahagia menengok barang2 dalam MR. DIY ni.

Macam2 mak nenek ada. Kira hampir semuanyalah ada. Harga pun berpatutan.

Salah satu barang aku beli ialah acuan untuk membuat roti rupa panda. Selalu aku baca blog ibu2 kat luar sana yang menghias makanan untuk anak2 mereka agar lebih menarik. Yelah budak2 cepat bosan. Kalau pandai cara dia makan. Kalau tak....dia minum je.

Aku ni pun anak belum sampai 2 tahun nak cari idea hidangkan makanan untuk Aqlan ermmmmm....selalu google je mesti pergi ke Australia.

Yang ni senang sangat gunanya. Tapi...aku tetap akan simpan instructions kot2 lupa.




Aku letak jem je. Ada satu tu dibakar dalam toaster tapi Aqlan macam paksa diri makan. Haha. Tapi cute la. Husband cakap roti yang lebih2 boleh buat puding. Ok nak kena korek resipi lagi.

Rabu, 16 Disember 2015

5 Rabiulawal 1437H - Dia Dah Pergi

Pagi ni dapat berita melalui whatsapp family. Kak Nomi sepupu kami, anak kepada Mak Long iaitu kakak Mak dah meninggal dunia malam semalam. Beliau meninggal di Johor ketika keluar makan malam dengan kawan2.

Kak Nomi memang dah lama dengar beritanya sakit2. Masa anak abang choi kawin dia dijemput tapi tak mampu hadir. Kesihatannya tak mengizinkan.

Arwah meninggalkan seorang anak angkat, Hajar. Suami beliau juga sudah lama meninggal dunia. Insyaallah anaknya itu kuat. Umur sebaya Yuhana tak silap aku.

Melalui mak aku dapat tahu kak nomi ada call mak beberapa hari sebelum meninggal. Kak nomi ni anak saudara yang paling suka melayan dan mengajak mak keluar berjalan. Kira anak saudara kesayangan la.

Aku tak pernah ke rumah kak nomi kecuali ketika dia duduk di rumah peninggalan arwah ibunya. Arwah adalah seorang bekas guru dimana itu juga adalah pekerjaan ibunya.

Perawakan arwah amat menyenangkan. Cakap dengan penuh adab sopan. Takde menjerit langsung. Masa beliau kahwin dulu ada aku pergi. Lama sangat dah. Masa aku kecik2 lagi.

Kali terakhir jumpa beliau ialah pada awal tahun ni sewaktu perkahwinan anak arwah Che Eè.


Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

Isnin, 14 Disember 2015

3 Shopping Mall Dalam 1 Hari

Sale Mark's and Spencer punya pasal la. Ha dah datang seruan shopping tu laki aku punya teruja kalah aku la...layankan aje. Sebab dia selalu layan aku shopping. Itulah tujuan kawin kan. Hahahaha.

Ok kami ke Paradigm dulu. Cari cari cari....tak jumpa kaler Mustard. Ye ada saiz tapi panjang sangat. Buat apa beli pastu bayar lagi untuk alter. Bab alter laki aku memang suka pergi kedai alter bawah shopping mall. Kalau korang biasa buat harga upah dia...memang boleh kayalah diorang hasil alter je. Tapi..jahitan diorang memamg tip top. Sebijik macam tak alter. So aku tak bagi. Tu yang suka shopping seluar laki kat sini. Kalau beli kat tempat lain..ha tambahla lagi duit untuk alter.

Kemudian laki masuk Popular nak beli isi planner dia. Jimat katanya. Pakai buku yang sama tukar isi je. Dan kalendar kuda juga. Huhu. Kalendar mesti tunjuk 3 bulan pada satu muka. Ermmmm laki aku ni... cerewet ok.

Aku pula ke Kaison sebelah je. Mata rambang weh masuk sini. Rembatla barang untuk anak. Anak anak....ko saje dalam ingatan sekarang ya.

Dah kemudian kami ke Sunway Pyramid. Ada seluar tu tapi still takde saiz. Grrrr...sudahnya laki aku amik seluar jenis kain corduroy. Boleh buat jalan2 katanya. Aku amik payung. Dah. Bayar.

Bestnya kat branch sini ada bahagian Value Buy. Tapi tak boleh dapat diskaun la. Dan keluasan kedai agak kecil berbanding di 1 Utama dan KLCC.

Pastu macam2 kedai kosmetik Korea aku masuk sebab nak survey harga bedak. Kedai Missha baru buka weh...tapi harganya mahal berbanding beli online. Ermmm telan air liur tengok harga.

Last2 aku masuk La Senza. Jeng jeng...sale akhir tahun 40% untuk item tertentu sehingga 3 Januari 2016. Aku kalau kat sini memang suka beli especially item renda2 dia...lebih baik dari Victoria Secret. Terus terang yang perkenalkan aku dengan produk ni ialah Reen dan adik ipar aku. Pastu sangkut. Abis.

Menjelang asar kami balik. Ngantuk sangat.

Lepas Maghrib pergi The Mines. Tapi bukan cari seluar dah la. Laki ada game bowling ofis dia. Dept diorang menang. Lepas menang pergi lepak dengan staf dia kat Old Town.

Hurmmmm tanak keluar dah... dah 3 hari kot keluar aja. Aku lak yang letih. Hahaha.


Ni buatan Malaysia ok. Aku tetap menyokong kalau produknya ok. 2 RM35. Kalau 1 RM20.

Bukan hanya nak bergaya diluar sahaja. 

ABC kayu bermagnet

Bekas simpan ABC

Laki belikan. Magic color RM10. Ahli dapatla RM7. Phew murah. Zaman kecil suka sangat. Ni buat doodle kata laki. Sharpie mahal dia cakap.

3 Rabiulawal 1437H - Payung Kontot Untuk Suami

Sejak kejadian hujan lebat kat taman rama2 tu..laki takde payung lipat untuk ke ofis. Yang boleh muat dan masuk dalam bag packnya.

Payung tu rosak sampai kena buang. Patah tetulangnya.

Jadi adalah harapan nak beli payung baru. Maka mulalah mencari.


Ermmmmm payung ni kami berdua berkenan betul. Sebab teknologi buka dan tutup payung ni sangat mengujakan. Tekan satu button untuk open dan close.

Kedua, payung ni mempunyai pemegang kayu. Menambahkan lagi ciri2 maskulinnya.

Payung ni hadiahkan kat laki. Benda biasa je tapi sangat berguna. Jadi ya, harganya luar biasa.


Ahad, 13 Disember 2015

2 Rabiulawal 1437H - Mark's And Spencer Sale 2nd Item For 40% Discount

Besar kecik je mata aku tengok kenyataan ni kat Mark's and Spencer. Laki aku dah teruja sangatlah. Katanya rugi tak beli seluar ni. Kang naik harga lagi kang..

Kami pun ke 1 Utama. Cari seluar dialah. Walaupun....  laki memang susah nak shopping. Sebabnya pakaian dia dah banyak. Dan saiznya luar biasa sikit. So kalau kat kedai2 tempatan ni saiz selalu menjadi satu masalah. Kalau besar pun mesti ada yang akan tak cantik potongannya. Jadi gobos la. Tengok laki pakai hudoh nak sorok je pakaian tu tak bagi pakai dah. Hahaha.

Yelah...kat sini ada jual seluar ikut ketinggian dan kebesaran anda. Laki pakai saiz 44-29. Hah kan cari je saiz tu. Tak kira apa kaler. Asal bawah bajet. Sebab bila dicongak dengan diskaun tu akan jimat banyak. Harga seluar lelaki jenis yang dia nak ni bermula dengan RM99.

So aku pun tolonglah cari. Dia cari juga sambil tolak stroller anak. Semua tempat seluar aku pergi.

Last2 jumpa gak sehelai. Tapi aku kenan betul kaler Mustard. Hoii cantik. Takde saiz lak. Akhirnya beli kaler krim.

So untuk dapatkan juga 40% diskaun tu last2 beli baju Aqlan. Aku tak beli apa2. Bagi aku baju wanita memang mahal sangat. Lingerie aku mampu jugak lagi nak spend duit kat situ sebab kualitinya memang awesome. Still under control bajet tu ya.

Seluar yang laki suka kat sini jenis waist akan berubah ikut pergerakan kita. So dia takkan rasa tak selesa bila duduk. Sebab ada seluar dengan kemasan di pinggang bila duduk je rasa nak tercungap ek lagilah lepas makan..pastu nak kena adjust tali pinggang pulak bagi lebih selesa..

Cutting juga tak nampakla pelik dan hudoh. Penting untuk laki rasa confident dengan pemakaian beliau. Ko jangan ingat perempuan je rasa nak nampak cantik. Syukurla laki aku pandai menjaga gaya ikut tempat. Kadang2 aku pulak yang comot bila keluar dengan dia. Aiiiii terasa diri ni ok. Tapi takdelah 24 jam bergaya kan...

Baju budak pun kainnya sangat selesa. Tahan lama dan tak mudah ada lubang2 halus. Ko boleh tahu baju tu camna kain yang mudah lubang2 bila asyik dibasuh mesin. So belilah walaupun tak boleh pakai. Anak aku kurus. Saiz umur 2 tahun pun belum tentu umur 2 tahun nanti boleh pakai. Yang umur 8 bulan pun boleh pakai. Maybe sebab ni saiz US. Nasibla abahnya bayarkan semua. Mamanya dah tak mampu ok.

On check out baru nampak payung. Erm payung laki rosak. Patut beli payung untuk dia.

Lepas tu masuk balik sebab nak collect point 1 card. Rugi tak collect. Pastu tanya sale sampai bila? Patut 13hb last tapi sebab Selangor menang bola esoknya cuti so diorang extend sale. Hah ada lah plan esok.

Tapiiiiiiiii on the way balik dah keluar parking bagai nampaklak signboard spent more than RM200 boleh collect complimentary gift. Ahhh dah rugilah tak collect...ahhhhhhhhh tensen sekejap.

Anyway sempat buat kad 1 Kid untuk Aqlan. Ada kad ni boleh naik stroller 1 Utama untuk budak 3 jam pertama percuma. Cuma geram nape diorang tak bagitahu kami masa tu pasal complimentary gifts. Huahua..

Btw 1 Utama la terbaik dari segi perkhidmatannya kepada pelanggan. Hampir semua kedai boleh collect point 1 Card. Tukar jadi points untuk bayar parking. Suka nooooo.

Laki cakap beli baju budak sikit2 barulah tak terasa. 4 helai RM129. Bila dicongak sehelai dalam RM33 la. Macam beli baju tempatan jugak. Ada diskaun lagilahh murah.

Buat baju raya tahun depan jelah.

Sabtu, 12 Disember 2015

Dari Rembau Ke Melaka

Balik dari kenduri kami tak tahu nak buat apa. Kami takdak plan. Plan nak beli pisang makanla..jagung rebusla..

Yome nak bawak anak2 p mandi manda. Water theme park or laut.

Oklah jom jer....

Alih2 sampai melaka nak pergi zoo. Hujan turun. Parking dapat.

Keluar....pergi taman rama2. Parking ada dan cuma ada lebih kurang 50 minit je masa sebelum tutup jam 5.30 petang. Kami masuk juga bayar seorang RM18. Bawah 12 RM12. 3 tahun ke bawah free tak silap la.

Tengah2 jalan...hujan makin lebat. Kami pun berteduh. Nak buat apa kan. Tak boleh jalan pun. Lama jugakla duduk kat pondok bampir 20 minit akhirnya kami jalan juga. Budak2 tak tahan. Anak aku lagilah tak tahan. Kalau boleh dia nak redah je. Bila marah siap protest baring2. Geramnya.







Sudahnya kenalah dukung dia sambil angkat payung. Kuat tangan ni angkut budak 10kg.

Tengah2 jalan boleh pulak ambil gambar. Tapi bayak pakai kamera godang. Which is lama lagilah nak upload ke netbook.



So gambar2 dari smartphone sudah.

Kamilah yang terakhir. Hahaha.

Dah keluar dari kawasan tu terpaksa tunggu depan tangga masuk gift shop sebab hujan lebat semula.

Seharian hujan ni.

Aku dah basah ni...geli ni nak pergi solat tak selesa maka ke Mydin nak beli baju baru. Alasan  kan. Biasalah.

Kemudian ke Masjid yang berdekatan. Tukar pakaian...mandikan anak...lega.

Dah tu lapar pulak kami ke Pantai Klebang. Kami ke area Bustel. Hotel dalam bas. Takdelah kami nak tidur kat situ. Sesuai untuk backpackers. Aku biasalah bab tempat nak menyucikan diri jadi isu.



Kemudian kami makan di salah satu kedai makanan yang mempunyai dapur dalam bas. Not bad. Yome belanja. RM62.

Dah habis semua kami pun balik. Masa tu dah jam berapa. Laki siap minum Nescafe sebab nak drive jauh kan.

Hoiii ngantuk sangat. Tapi masing2 happy. Layan juga mak aku tu. Yelah tangga2 kat dalam taman rama2 tu boleh tahan saiz ketinggian untuk orang sebaya mak. Tapi bila mak pun tak habis2 cerita..kira dia happy aku pun happy la.

Esok je kami hantar mak balik Kota. Tak mampu dah...


1 Rabiulawal 1437H - Kenduri Kawin Cucu Jiran Mak Pulak

Entry kawin tak habis2. Selagi dijemput selagi tulah kami pergi. Pulak2 dapat jumpa orang2 yang dikenali.

Kali ni ke Rembau. Cucu jiran mak. Tapi jiran tu dah meninggal suami isteri. Kami masih lagi berhubung dengan ahli keluarga mereka.

Pagi2 ambik mak dulu kat Kota. Kemudian ke Seremban 2 ambil adik nak ikut konvoi.

Kami sampai just nice je. Pengantin tiba tak lama kemudian. Tapi dah sebab pengantin tak dikenali sangat. Kenal mak pak dan makcik pakcik dia je.

Mak kata suami pengantin pemain bola sepak. Tak tahulah...

Dah jadi trend ek. Bergambar free di majlis perkahwinan. Berapalah kosnya kan?

.