Ahad, 13 Disember 2015

2 Rabiulawal 1437H - Mark's And Spencer Sale 2nd Item For 40% Discount

Besar kecik je mata aku tengok kenyataan ni kat Mark's and Spencer. Laki aku dah teruja sangatlah. Katanya rugi tak beli seluar ni. Kang naik harga lagi kang..

Kami pun ke 1 Utama. Cari seluar dialah. Walaupun....  laki memang susah nak shopping. Sebabnya pakaian dia dah banyak. Dan saiznya luar biasa sikit. So kalau kat kedai2 tempatan ni saiz selalu menjadi satu masalah. Kalau besar pun mesti ada yang akan tak cantik potongannya. Jadi gobos la. Tengok laki pakai hudoh nak sorok je pakaian tu tak bagi pakai dah. Hahaha.

Yelah...kat sini ada jual seluar ikut ketinggian dan kebesaran anda. Laki pakai saiz 44-29. Hah kan cari je saiz tu. Tak kira apa kaler. Asal bawah bajet. Sebab bila dicongak dengan diskaun tu akan jimat banyak. Harga seluar lelaki jenis yang dia nak ni bermula dengan RM99.

So aku pun tolonglah cari. Dia cari juga sambil tolak stroller anak. Semua tempat seluar aku pergi.

Last2 jumpa gak sehelai. Tapi aku kenan betul kaler Mustard. Hoii cantik. Takde saiz lak. Akhirnya beli kaler krim.

So untuk dapatkan juga 40% diskaun tu last2 beli baju Aqlan. Aku tak beli apa2. Bagi aku baju wanita memang mahal sangat. Lingerie aku mampu jugak lagi nak spend duit kat situ sebab kualitinya memang awesome. Still under control bajet tu ya.

Seluar yang laki suka kat sini jenis waist akan berubah ikut pergerakan kita. So dia takkan rasa tak selesa bila duduk. Sebab ada seluar dengan kemasan di pinggang bila duduk je rasa nak tercungap ek lagilah lepas makan..pastu nak kena adjust tali pinggang pulak bagi lebih selesa..

Cutting juga tak nampakla pelik dan hudoh. Penting untuk laki rasa confident dengan pemakaian beliau. Ko jangan ingat perempuan je rasa nak nampak cantik. Syukurla laki aku pandai menjaga gaya ikut tempat. Kadang2 aku pulak yang comot bila keluar dengan dia. Aiiiii terasa diri ni ok. Tapi takdelah 24 jam bergaya kan...

Baju budak pun kainnya sangat selesa. Tahan lama dan tak mudah ada lubang2 halus. Ko boleh tahu baju tu camna kain yang mudah lubang2 bila asyik dibasuh mesin. So belilah walaupun tak boleh pakai. Anak aku kurus. Saiz umur 2 tahun pun belum tentu umur 2 tahun nanti boleh pakai. Yang umur 8 bulan pun boleh pakai. Maybe sebab ni saiz US. Nasibla abahnya bayarkan semua. Mamanya dah tak mampu ok.

On check out baru nampak payung. Erm payung laki rosak. Patut beli payung untuk dia.

Lepas tu masuk balik sebab nak collect point 1 card. Rugi tak collect. Pastu tanya sale sampai bila? Patut 13hb last tapi sebab Selangor menang bola esoknya cuti so diorang extend sale. Hah ada lah plan esok.

Tapiiiiiiiii on the way balik dah keluar parking bagai nampaklak signboard spent more than RM200 boleh collect complimentary gift. Ahhh dah rugilah tak collect...ahhhhhhhhh tensen sekejap.

Anyway sempat buat kad 1 Kid untuk Aqlan. Ada kad ni boleh naik stroller 1 Utama untuk budak 3 jam pertama percuma. Cuma geram nape diorang tak bagitahu kami masa tu pasal complimentary gifts. Huahua..

Btw 1 Utama la terbaik dari segi perkhidmatannya kepada pelanggan. Hampir semua kedai boleh collect point 1 Card. Tukar jadi points untuk bayar parking. Suka nooooo.

Laki cakap beli baju budak sikit2 barulah tak terasa. 4 helai RM129. Bila dicongak sehelai dalam RM33 la. Macam beli baju tempatan jugak. Ada diskaun lagilahh murah.

Buat baju raya tahun depan jelah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.