Isnin, 14 Disember 2015

3 Shopping Mall Dalam 1 Hari

Sale Mark's and Spencer punya pasal la. Ha dah datang seruan shopping tu laki aku punya teruja kalah aku la...layankan aje. Sebab dia selalu layan aku shopping. Itulah tujuan kawin kan. Hahahaha.

Ok kami ke Paradigm dulu. Cari cari cari....tak jumpa kaler Mustard. Ye ada saiz tapi panjang sangat. Buat apa beli pastu bayar lagi untuk alter. Bab alter laki aku memang suka pergi kedai alter bawah shopping mall. Kalau korang biasa buat harga upah dia...memang boleh kayalah diorang hasil alter je. Tapi..jahitan diorang memamg tip top. Sebijik macam tak alter. So aku tak bagi. Tu yang suka shopping seluar laki kat sini. Kalau beli kat tempat lain..ha tambahla lagi duit untuk alter.

Kemudian laki masuk Popular nak beli isi planner dia. Jimat katanya. Pakai buku yang sama tukar isi je. Dan kalendar kuda juga. Huhu. Kalendar mesti tunjuk 3 bulan pada satu muka. Ermmmm laki aku ni... cerewet ok.

Aku pula ke Kaison sebelah je. Mata rambang weh masuk sini. Rembatla barang untuk anak. Anak anak....ko saje dalam ingatan sekarang ya.

Dah kemudian kami ke Sunway Pyramid. Ada seluar tu tapi still takde saiz. Grrrr...sudahnya laki aku amik seluar jenis kain corduroy. Boleh buat jalan2 katanya. Aku amik payung. Dah. Bayar.

Bestnya kat branch sini ada bahagian Value Buy. Tapi tak boleh dapat diskaun la. Dan keluasan kedai agak kecil berbanding di 1 Utama dan KLCC.

Pastu macam2 kedai kosmetik Korea aku masuk sebab nak survey harga bedak. Kedai Missha baru buka weh...tapi harganya mahal berbanding beli online. Ermmm telan air liur tengok harga.

Last2 aku masuk La Senza. Jeng jeng...sale akhir tahun 40% untuk item tertentu sehingga 3 Januari 2016. Aku kalau kat sini memang suka beli especially item renda2 dia...lebih baik dari Victoria Secret. Terus terang yang perkenalkan aku dengan produk ni ialah Reen dan adik ipar aku. Pastu sangkut. Abis.

Menjelang asar kami balik. Ngantuk sangat.

Lepas Maghrib pergi The Mines. Tapi bukan cari seluar dah la. Laki ada game bowling ofis dia. Dept diorang menang. Lepas menang pergi lepak dengan staf dia kat Old Town.

Hurmmmm tanak keluar dah... dah 3 hari kot keluar aja. Aku lak yang letih. Hahaha.


Ni buatan Malaysia ok. Aku tetap menyokong kalau produknya ok. 2 RM35. Kalau 1 RM20.

Bukan hanya nak bergaya diluar sahaja. 

ABC kayu bermagnet

Bekas simpan ABC

Laki belikan. Magic color RM10. Ahli dapatla RM7. Phew murah. Zaman kecil suka sangat. Ni buat doodle kata laki. Sharpie mahal dia cakap.

6 ulasan:

  1. cepat2 buat doodle mak, wak nak tenok ., hehe2

    BalasPadam
  2. jap, baru tukar header romantika deamor atas tuu memey hebattzz makk., ammvoiii ;D

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Kalau dah dapat husband macam ni...memang seronok la layan shopping. Kita tumpang sekaki.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.