Rabu, 16 Disember 2015

5 Rabiulawal 1437H - Dia Dah Pergi

Pagi ni dapat berita melalui whatsapp family. Kak Nomi sepupu kami, anak kepada Mak Long iaitu kakak Mak dah meninggal dunia malam semalam. Beliau meninggal di Johor ketika keluar makan malam dengan kawan2.

Kak Nomi memang dah lama dengar beritanya sakit2. Masa anak abang choi kawin dia dijemput tapi tak mampu hadir. Kesihatannya tak mengizinkan.

Arwah meninggalkan seorang anak angkat, Hajar. Suami beliau juga sudah lama meninggal dunia. Insyaallah anaknya itu kuat. Umur sebaya Yuhana tak silap aku.

Melalui mak aku dapat tahu kak nomi ada call mak beberapa hari sebelum meninggal. Kak nomi ni anak saudara yang paling suka melayan dan mengajak mak keluar berjalan. Kira anak saudara kesayangan la.

Aku tak pernah ke rumah kak nomi kecuali ketika dia duduk di rumah peninggalan arwah ibunya. Arwah adalah seorang bekas guru dimana itu juga adalah pekerjaan ibunya.

Perawakan arwah amat menyenangkan. Cakap dengan penuh adab sopan. Takde menjerit langsung. Masa beliau kahwin dulu ada aku pergi. Lama sangat dah. Masa aku kecik2 lagi.

Kali terakhir jumpa beliau ialah pada awal tahun ni sewaktu perkahwinan anak arwah Che Eè.


Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.