Ahad, 20 Disember 2015

8 Rabiulawal 1437H - House Warming BBQ Party

Kami dijemput untuk house warming party rumah baru Tasha and Rudy di Shah Alam. Tema pot luck. So masing2 bawak makanan ya.

Suami bercadang bawak nenas. Nak grill nenas. Oh lately ni dia suka tengok resipi online dan masak. Mostly malam la. Lepas balik kerja dia pun bekerja kat dapur. Ringkas tapi yummeh.

Jam 6 lebih baru kami bertolak. Start jam 5 petang tapi sebab si Aqlan masih tidur kita pun baring lagila...hoii rasa bahagia Ahad ni, sebab boleh tidur lama. Memanjang berjalan setiap minggu. Letih dah. Hehehe.

Kami sampai je ayam sedang dibakar. Erm..minum air sedap dulu. Soda lemonade.

Seterusnya...layan gambar jelah.




Swing jangan tak swing



Ketam bakar

Dah tu sempat lagi buat tour dapur. Ok aku admit dapur dia cantik. Ada pulak island table. Ehemm kat situ jelah kami makan pizza last2.




Island table yang jadi idaman. Hurmmmmm. 

Doh guna tepung suji dan tepung gandum. Style Jamie Oliver.

Laki bini masak ni. Tuan rumah sediakan Pizza sedap giler.

Patut tour tingkat atas tapi dok menunggu pizza ke 3 masak

Nenas grill. My husband sediakan. Perghh semua dok puji dia. Sedap dimakan dengan daging medium rare dan pizza. Macam next time nak buat lagi.

Habis makan kami duduk luar ramai2 sambil minum nescafe panas. Dan dengarlah plan kawan2 nak melancong. Erm kami belum buat keputusan nak ikut ke tak. Nak kena tinggal anak. Nak kumpul duit. Bila ditanya aku cepat2 cakap ikut husband sebab dia menanggung kita sepenuhnya sekarang.

Rafiq berbaju putih tengah planning sambil cerita pengalaman dia.




Benjol dah anak bujang ni..adoiiiii. kata diorang biasalah budak2. Anak2 diorang semua dah besar. Anak kami je masih kecil.

Suddenly...terbuka cerita Hani pun dah retire 2 bulan lepas. Aku baru juga tahu Tasha dan retired 3 bulan lepas masa reconstruction MAS. Tu pasal dia boleh concentrate renovate rumah bagai. Memang terkejut Hani berhenti. Sebab dia lawyer kat Bloomberg. Tanya suaminya Amin camna? Happy. Ya kami orang perempuan memang suka duduk rumah tengok anak2 membesar. Aku tak nafikan memang bergelut dengan kewangan kalau gaji kecil tinggal di KL-Selangor ni. Terpulang pada cara berbelanja juga sebenarnya. Pilih hidup sederhana. Sentiasa doa nak senang bukan nak kaya. Sebab kaya ni bahaya. Boleh jadi istidraj.

Kami minta pulang dulu sebab anak kami dah mengantuk. Puas hatilah budak tu main2 sampai dapat benjol kan. Kesian anakku.

6 ulasan:

  1. wow bestnyaaaa rumah baru =)
    BBQ ramai2 pun best ehehe.. meriah..

    CT dtg blogwalking sini.. follow sini..
    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..

    BalasPadam
  2. Salam Anis... wahhh dah makin besar dah anak yer..

    Sama ler macam Kak Azie, pegi rumah mesti intai dapur dulu. Suka gak island kitchen camtuh. Aduhh bila la leh ada rumah lawa camtuh.
    Yup...bertabah dan bersabar untuk senang selesa bukan mesti jadi kaya pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak Azie. Ha la nak masuk 2 tahun dah tahun depan. Rumah macam tu seronok tengok kabinet dia la. Semua design Tasha reka sendiri dan beli tiles sendiri. Upah kontraktor pasang ja..

      Padam
  3. wahh bestnyer house warming rumah baru tuuuh., huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best sangat wak...siap ada bintang boleh dilihat malam tu

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.