Sabtu, 8 Oktober 2016

,

Jumpa Kawan Lama, Hadir Birthday Party Dan Layan Tantrum Aqlan

Jam 9 lebih pagi dah pergi sarap kat dalam kawasan Masjid BK4. Punyalah dah lama aku berulang alik duduk BK, aku tak tahu pun ada gerai masakan Terengganu dalam masjid. Hinggalah si Ann bagitahu. Dia pulak nak datang untuk makan. Aikkk apasal laki tak pernah bagi tahu. Aiseh geram pulak tiba2.

So aku terus order nasi minyak dan ambil ayam goreng seketul. Order teh tarik sė.

Kami bertiga pun makanla dengan senyap. Hahaha..Ann ambik nasi dagang, si Faizal nasi apa tah aku pun tak perasan dah. Last2 habis je. Pastu Ann tambah laksam pulak. Adoi..aku tumpang rasa je sebab makan nasi dah banyak.

Dah borak2 kering tekak tambah air teh o ais pulak.. kena RM9 je. Aiseh murah k...

Makanan dia takdelah sedap gila tapi bolehlah dengan harga dan portion memang berbaloi. Nask suruh diri sendiri masak nasi dagang lagi tidaklah buat masa terdekat ni. So kalau nak makan aku pergi masjid jelah..



Laksam Ann. Pic ni dan bawah dari hp dia.


Lepas Zuhur lak pergi birthday party anak kawan laki kat Kelana Jaya. Lama dah member ni usaha nak dapat anak. Sekali dapat anak..sambutan 1st birthday penuh hadiah2. Alhamdulillah. Kami bagi hadiah, bila balik ada cabutan bertuah...dapat hadiah jam dinding.

Sepanjang kat majlis aku makan kek je sebab kekenyangan makan nasi minyak. Aqlan pulak makan cupcake..sekali dikorek tengok kaler hijau terus reject. Yang aku tak tahan dia asyik pergi ambil cupcake baru dan confirm semua kek kaler hijau. Sudahnya dia makan krim kat atas kek je. Mana yang tak sempat dia kacau tu aku pulang balik..banyak wehh..siap dia ngamuk baring2 atas lantai. Dia hanya nak makan cupcake... yang lain semua tanak..



Dengan birthday girl, Aurora. 


Topi Mushroom Super Mario pun dapat tapi Aqlan tak suka pakai.

,

20 Buku Dah Tiba, 17 Yang Lama Belum Habis Baca

Haha...jangan kecam..jangan kata membazir. Buku2 terbitan Fixi ni ada pasaran gelap tahu tak. Buku2 yang tak akan diterbitkan lagi boleh dijual oleh si pembeli asal sesuka hati depa kepada yang berminat. Siap bid. In fact aku ada 2 buku yang serupa dan ada orang berminat tapi aku pulak terlupa terus kat orang tu. Adoii..

10 Buku terakhir diterima pada 6 Oktober

10 Buku terawal, diterima pada 4 Oktober. Kecuali Horror Stories sampai 6 Oktober sebab masih di publisher pada hari aku buat bayaran online.

Aku beli sebab aku suka baca buku. Bunyinya klise...haha..tapi aku ngaku kenapa banyak buku tak dapat dibaca sebab sejak ada Aqlan hidupku berubah. Timing nak baca buku tu kena ikut mood jugak.

Ada buku2 yang aku tak gemar nak baca pun. Hahaha..

Aku juga ada penulis kegemaran. Dulu2 aku bantai beli semua. Tapi bila dah tahu gaya penceritaan dia macam mana..next buku dia susah sikit aku nak buat koleksi. Ada tu aku follow kat IG. Mereka pun manusia ada kehidupan tersendiri. Tapi kebanyakan writer yang aku suka lelaki. Perempuan susah sikit.

Patut ada lagi satu list tapi tak print. 

Terpaksa buat list khuatir terbeli dua..audit tau..

Jumaat, 7 Oktober 2016

Jaga Tumit Kaki Pecah Tu Supaya Jangan Bertambah Sukar Dirawati

Aku memang alami tumit kaki pecah2. Dah macam2 krim kaki beli. Juga dah macam2 peeling foot socks dah dicuba. Tapi biasa tak lama bertahan. Ikutkan sebulan sekali kena pakai peeling foot socks tu. Aiii benda alah ni kemain mahal jugak kan untuk sepasang. Nanti aku nak cari yang murah tapi berkesan.

Pagi ni test la satu foot mask tu lepas mandi. Sebab lepas mandi kulit badan kita kan lebih lembut. Pakai dalam 40 minit juga. Aku ni dah tersalah beli. Patut beli peeling mask. Aku beli foot mask je. Haha dah sejuk2 kaki tu macam pakai mask kat muka.

Lepas tu aku pun pakai pelindung tumit kaki. Diperbuat dari silikon rasanya bila pakai agak licin juga. Tapi sebab dah tumit tu keras ok jelah.

Nak try pakai selalu...tak kira dimana..kecuali pergi qadak hajat. Atau mandi.

Beli kat Lazada je..RM18

A Week Before He Point At My Picture And Said..

Ibu.

Before that Abah is commonly to him. He can call his father Bah.. Bah..but sound like boh...boh.

And he pointed to his picture and recognize as Aqlan.

That's a special rhymes for calling us. Haha.

Well he make my tears drop.

He just enter 2 years and 7 months last October 5, and we wish nothing than he will growing up gracefully.

At Pakcik Lut's House on 3rd October 2016

At Taman Rekreasi Bukit Jalil on 1st Oct

Khamis, 6 Oktober 2016

,

Review Untuk Penanggal Mekap Paling Berkesan Dan Mudah Bagi Akulah

Tidak berbayar. Tapi suka2 nak share dengan pemakai mekap tegar. Aku jarang pakai mekap. Zaman anak dara rajinla. Haha. Dah kahwin adala juga pakai tapi bukan full sampai segala mekap nak pakai atas muka. Kalau tengok balik gambar 15 tahun dulu atau 10 tahun dulu boleh gelak kat diri sendiri. Kau apahal pakai mekap macam ni...?

Sekarang aku pakai weekend outing je. Takat pergi Giant nasibla aku nak pakai krim muka. Nak oles lipstik pun malas walaupun koleksi lipstik lagi banyak berbanding zaman anak dara..ni semua kerja orang bisnes online.

Terdahulu aku mula2 pakai Biore botol pink untuk tanggalkan mekap. Tapi kena pakai kapas 4 segi tu la. Kat rumah oklah...jalan2 macam leceh. Pernah sekali terbuka penutupnya...sebab aku ada saiz travel. Kalau yang saiz biasa ada lock penutup yang khas. Biore ni ada 2 elemen. Minyak dan air. Kena goncang2 dulu baru tuang atas kapas. Memang mudah tanggalkan mekap waterproof tu. Cuma tak suka bila cuci kat area mata, pedih terasa sebab minyak tu. Dan kena cuci muka lepas tu. Sebab berminyak muka. Kan dah kena bawak 2 benda. Aishh..eh 3.


Kemudian aku pakai Bioglo dibeli dari Cosway. Yang ni lagi senang. Waterbased. Muka kering2 tu tekan 2x pump pencuci tu terus sapu2 je sambil gosok2 muka. Bilas. Hilang semua. Tak perlu cuci muka sebab ia termasuk pencuci muka. Aku suka..tapi botolnya agak besar. Pernah sekali kena rampas di Airport masa nak ke Singapore sebab masukkan dalam handbag. Sedih woo sebab harga pun RM30+. Balik dari Singapore beli baru. Haha. Yang ni sesuai pakai kat rumah jelah.


Last sekali tisu basah. Macam2 jenis dah aku pakai. Tapi aku sekarang stick dengan Bifesta. Ada 46 helai satu pek. Ada sekali tu Aqlan jumpa dia tarik2 keluar dalam 20 helai macam tu...masa tu umur dia setahun je kot.. hurmmmmm..Senang pakai satu helai pun cukup cuci semua mekap. Macam tak caya punyalah jimat. Dan lagi tak perlu cuci muka juga sebab dah didatangkan sekali dengan tisu tu. Tak payah nak buang masa. Masuk dalam beg settle. Cuma aku belum jumpa saiz lebih kecil dari sekarang. Mula2 buka tisu baru memanglah berat. Sebab dia tisu lembab. Esok2 dah nak habis ringan je. Segala waterproof mekap memang tertanggal dengan mudah. Rasa sejuk2 je. I prefer dan cadangkan ini pada semua yang nak cepat. Yelah lepas solat kau nak pakai mekap balik kan...aku dulu kerja mekap pagi je. Lepas zuhur semua hilang dah. Haha..tak kuasa. So kalau tak hilang2 tu..orang boleh detect tak suci dari hadas besar la..


Rabu, 5 Oktober 2016

Resipi Churros Ala Mexican Atau Cakoi Spain Kata Orang Rumah

Aku dah lama ushar resipi ni. Macam2 keluar. Last2 aku ke satu blog omputih ni dan salin. Sebabnya semua bahan ada kat rumah.

1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak sayuran
1/2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan ni dalam kuali atau periuk dan masak hingga didih atas dapur.

1 cawan tepung serbaguna MFM

Sediakan mangkuk untuk adun tepung dan bahan2 yang dimasak tadi. Gaul rata. Adunan akan membentuk macam doh sebab bahan yang dididihkan tadi panas. Jangan panik ya. Sebab rupanya macam doh donut.

Masukkan dalam beg piping dan paipkan siap2 atas dulang. Kita letak atas pinggan plastik Ikea je. Takdelah melekat2.

Setelah itu panaskan minyak dan goreng deep fry.

Dalam bekas lain, masukkan gula halus sesuka rasa hati dan satu sudu kecil serbuk kayu manis.

Kontot2 je buat sebab tak reti nak piping. 

Sedap ni...Aqlan suka makan.

Selasa, 4 Oktober 2016

5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Dalam Program Menguruskan Badan Anda

Artikel ini berdasarkan maklumat program diet oleh pakar nutrisi bertauliah dan seorang pakar senaman, Isabel De Los Rios. Artikel asal boleh dibaca di website ini.

Memang agak terkejut bila dibaca dan dilihat kembali. Aku tuliskan secara ringkas je. Aku blog pun untuk panduan diri sendiri. Mungkin lebih bermunasabah kot bagi aku. Haha.

5 sebab makanan perlu dielakkan dan mengapa?

Pemanis buatan.
Susu soya.
Marjerin.
Jus oren.
Roti gandum penuh.

Semuanya mengapa? Sebab semuanya ada bahan tiruan. Bahan buatan. Dan melalui pemahaman pembacaan aku, semua jenis makanan ini adalah yang dikilangkan.

Nampaknya kebanyakan makanan apa yang segera dan dikilangkan memang tak bagus. Buat sendiri lagi baik. Kecuali gula memang tak mampu buat sendiri.

Katanya lagi diet yang betul ialah datangnya dari 20% senaman dan 80% dari pengambilan makanan.

Memang ada orang boleh kurus cepat tapi akan naik 2 kali ganda berat badan tak lama kemudian.

Bagi aku apa yang penting ialah kesihatan tak kira badan tu bagaimana saiznya. Dan ingat ya curvy dan gemuk adalah 2 perkara berbeza. Flabby dan muscle juga berbeza. Ada orang badannya sedap2 bila dipegang. Ada orang boleh rasa lembik2 bila dipicit. Tak ada tulang yang gemuk. Saiz tulang sama je. Berbeza hanya mengikut iklim tempat tinggal.

Isnin, 3 Oktober 2016

Nasi Dagang Terengganu, Setelah lebih 10 Tahun Aku Tak Masak

Dah lama teringin nak masak. Siap beli rempah sampai rempah expired. Masa tu duduk di Kg. Baru Ampang lagi. Kemudian order lagi rempah ratus dari kak Ma. Hari ni baru nak buat.

Nasi dagang ni menguji keimanan. Kalau takde mood memang aku tak buat. Ni pun salah satu eksperimen makan buat Aqlan. Sebab anak aku tu suka makan nasi berperisa. Laki siap cakap, kalau dia tak nak makan macam mana.? Pandailah back up makanan apa yang ada untuk Aqlan.

Telefon kak ma minta resipi. Sebelum tu baca juga di blog Azie Kitchen. Setelah digabungkan kedua2nya...maka terhasil masakan nasi dagang ni..kak ted siap cari resipi dalam blog aku. Aku tak pernah blog pasal nasi ni. Maklumlah baru nak masak kali kedua....aku tulislah resipi untuk rujukan akan datang untuk siapa2.

Kami ke Hero Nova Saujana lepas call kak ma. Nak cari bahan. Laki tanak ikan tongkol jadi aku nak beli ayam. Sebelum keluar rumah rendam beras siap2. Kak ma kata 3 jam pun okay...biar beras kembang dan kurangkan tempoh memasak.

Bulan ni ada lagi buku kupon Hero. So nak buat stok la...penuh satu troli. Si Aqlan pow telur 2 biji. Satu telur ada eyeball. Satu lagi telur kinder bueno dapatlah sepasang kasut bola sepak..besar jari kelingking jelah. Hehe.

Baiklah ni berdasarkan apa yang aku masak. Aku takde letak cili api dan belimbing buluh macam Azie Kitchen. Aku tak menumis. Semua pakai masuk macam kak ma cakap.

Mula2 lepas da toskan nasi yang direndam lebih kurang 3 jam tu kita panaskan air periuk kukus. Kak ma kata kalau kukus pakai periuk elektrik tak berapa....dalam keluarga kami.. nasi dagang ialah kak ma punya specialist selain dari pizza. Memang kami akan makan dengan banyak kalau dia masak. Eh resipi tak bagi..hahaha..

Rempah cap bunga rose ni aku tak tahu ada jual kat sini ke tak..sebab memang aku selama ni kirim dari kakak di Terengganu

Daun pisang 50sen



Ayam goreng togel tanpa garam atau serbuk kunyit


Nasi ni kalau makan macam tu je pun sedap


Laki aku potong2..aku masukkan garam dan cuka serta gula sikit



Resipi Nasi
3 cawan beras siam plastik tertera bunga Sakura Sunflower
1 cawan beras pulut
(Campur bersama dan rendam at least 3 jam supaya kembang)
1 inci halia
2 biji bawang sederhana besar
(Halia dan bawang dihiris)
Sesudu kecil halba (aku pakai taruh je sebenarnya. Rendam kasi lembut)
Santan cair 2 setengah cawan. Aku beli santan pekat 1 kg. Nak jadikan dia cair, ambil 1 cawan pekat dan tambah 1 setengah air.
Santan pekat 1 2/3 cawan campur dengan 1 sudu garam kasar.
Daun pisang untuk alas periuk kukus yang berlubang2 tu. Aku takde dulang bulat. Lagipun wangi.

Setelah air kukus didih, letak periuk kukus berlubang yang dialas dengan daun pisang. Masukkan beras dan masak 20 minit.

Setelah tu angkat nasi separuh masak tu masuk dalam bekas besar dan gaulkan dengan santan cair. Masukkan semula dalam periuk kukus dan kukus 20 minit lagi. Itulah sebabnya kena rendam beras. Kalau tak lagi lamalah nak masak nasi tu weii. Masa ni aku tambah daun pisang menutupi tepi2 periuk kukus sebab kali ni nasi dah berair mulalah nak meleleh masuk ke air kukus.

Siap masak masukkan dalam bekas besar. Campurkan santan pekat, hirisan bawang dan halia serta halba. Kacau sebati dan perelokkan rupa nasi tu.

Resipi Kuah Ayam
Ayam bahagian dada 2 belah 2, bahagian peha 4. Total dapatlah 8. Bersihkan dan goreng separuh masak. Korang nak pakai bahagian mana ikutlah...
Bawang shallots India 10 biji. Aku rasa macam letak lebih..hahaha.
Bawang putih 5 ulas.
Halia 1 inci.
Lengkuas 2 inci. Blend semua ni. Ayam taklahhh...
4 batang cili merah. Belah tengah.
Santan pekat 1 setengah cawan. Sebenarnya aku pakai habis semua santan belen dari masak nasi tu. Senang cerita beli sekilo bahagi 2. Hehe.
Air 1 setengah cawan.
3 sudu besar Rempah masak cap Bunga Rose
1 bungkus rempah gulai cap bunga rose
3 sudu besar cili kering kisar
1 silinder kecil gula melaka.
2 sudu garam bukit.
2 keping asam keping.

Renihkan santan pekat dulu.
Masukkan rempah2, bahan kisar, cili dan masak hingga didih.
Masukkan air, ayam, gula melaka, asam keping.
Dah didih masukkan garam dan cili.

Hidangan ni boleh dimakan 5-6 orang. Aqlan makan boleh tahan jugakkk...sukalah tu.

Lepas maghrib jumpa mak dan abang lut bagi depa makan jugak. Abang aku tu bukan selalu nak terus keluar bilik kalau aku datang. Ni aku datang terus dia keluar pastu aku tunjuk makanan terus dia makan. Amikkkkk...

Alhamdulillah sebab dibenarkan untuk memasak bagi mak aku rasa. Nak ke rumah kak ma jauh sangat.

Untuk orang cerewet macam laki dan adik ipar aku,  bila depa kata sedap tu...maka sedaplah..ye aku dikelilingi pengkritik makanan. Aku pun dah join group pengkritik makanan. Jangan berat sebelah sudah.

Ahad, 2 Oktober 2016

1 Muharam 1438H Ulang Tahun Perkahwinan Kami Yang Ke 4

Kami suka sambut ikut bulan hijrah. Senang dan confirm cuti satu negara. Hehe.

Siang kami ke Kueh di Shah Alam dan malam tanpa Aqlan kami ke Meat Point di TTDI.


SEDAP. AQLAN MAKAN KALER KUNING JE

5 biji RM4. 10 biji RM7.

Honestly suka Anis Coffee kat BK4 tu tapi dah takde pacak kedai dah..sedih..


Old Town punya lagi umphhhhh 



Perlahan2 turun ke bawah siap dengan telekung nak elak Aqlan syak kami nak pergi dating. Dia kena tinggal dengan mummy dia. Hehe thanks to adik ipar.



Zcat punya. 


Aku makan Black Angus Ribeye

Mushroom dan Chimichuri gravy. Chimichuri tu ialah parsley. Sedap.

Cremè Brulè tak boleh lawan Menatè

Dalam pada tu sempat berkira2 nak tengok movie ke tak. Tapi semua dah terlambat sebab dah lewat...dan aku tengok senarai movie takde yang menarik.

Dapatkan diskaun 15% untuk steak sahaja pada bulan Oktober 2016. Tapi kena share picture steak depa kat IG or Twitter or FB or apa lagi satu ek...kekek tak ingat. Kena cek IG depa @ttdimeatpoint

Otw balik singgah McD makan Mango Sundae.

Sabtu, 1 Oktober 2016

,

29 Zulhijjah 1437H, Apa Yang Tercapai, Apa Yang Tidak Terbuat

Awal Muharam 1437H niatnya nak solat di 40 buah masjid berlainan. Tapi hanya sampai 17 je. Kalau ikut solat di masjid2 yang sama, ada lebih 40. Alhamdulillah. Kalau dipanggil untuk solat di masjid pun aku dah gembira. Masjid kan rumah Allah.

Nak jual kain2 pasang secara online tak terbuat. Kain berlambak adalah kat rumah tu. Ada kain cotton Jepun, sutera Thai dan kerawang Indonesia. Ambil2 gambar kemudian tak upload untul dijual. Hahaha. Paling tak boleh blah ambil salah satu kain kemudian jahit untuk diri sendiri.

Selain itu nak buat part time kerja dari rumah. Itupun tak jalan kecuali masukla beberapa ringgit sebab jawab survey. Suka naaa jawab survey berbayar...

Anyway hari ni bermula dengan kenduri kawin staf ofis laki di Klang. Kemudian ke PD nak mandi air laut. Last sekali pergi rumah Yome di Seremban 2. Tahun depan rumah dah lain. Erm adikku murah rezeki sekeluarga. Dapat beli rumah kaw2 murah. Moga2 kaw2 jugalah keberkatan hidupmu sekeluarga.

Layan gambar sudahla ek..

NI GAMBAR TANPA AQLAN YANG TAH LA SIBUK DIA NAK MAIN BANTAL2 PELAMIN.

AQLAN CUBA BERGAYA DENGAN JARI TUNJUK KE DEPAN. TAH SIAPA DIIKUTNYA KAMI TAK TAHU.

Turn out satu Indian Family belakang kitorang tu dari BK4. Maka berbual mesralah kami sekeluarga..

Umur sebaya...rambut dah sepesen. Jantina je lelain. Haha. HANII dan AQLAN.

GAMBAR KALAU DAH ORANG RABUN JAUH AMBIL TU...HII GERAM BETUL ADIK AKU NI. BTW DIA NAK JUAL MOTOR NI. DAH LAMA TAK MEREMPIT DENGAN DIA.