In Hobby Online Shopping

20 Buku Dah Tiba, 17 Yang Lama Belum Habis Baca

Haha...jangan kecam..jangan kata membazir. Buku2 terbitan Fixi ni ada pasaran gelap tahu tak. Buku2 yang tak akan diterbitkan lagi boleh dijual oleh si pembeli asal sesuka hati depa kepada yang berminat. Siap bid. In fact aku ada 2 buku yang serupa dan ada orang berminat tapi aku pulak terlupa terus kat orang tu. Adoii..

10 Buku terakhir diterima pada 6 Oktober

10 Buku terawal, diterima pada 4 Oktober. Kecuali Horror Stories sampai 6 Oktober sebab masih di publisher pada hari aku buat bayaran online.

Aku beli sebab aku suka baca buku. Bunyinya klise...haha..tapi aku ngaku kenapa banyak buku tak dapat dibaca sebab sejak ada Aqlan hidupku berubah. Timing nak baca buku tu kena ikut mood jugak.

Ada buku2 yang aku tak gemar nak baca pun. Hahaha..

Aku juga ada penulis kegemaran. Dulu2 aku bantai beli semua. Tapi bila dah tahu gaya penceritaan dia macam mana..next buku dia susah sikit aku nak buat koleksi. Ada tu aku follow kat IG. Mereka pun manusia ada kehidupan tersendiri. Tapi kebanyakan writer yang aku suka lelaki. Perempuan susah sikit.

Patut ada lagi satu list tapi tak print. 

Terpaksa buat list khuatir terbeli dua..audit tau..

Related Articles

4 comments:

  1. sama lah bila dah de anak ms utk membca buku @ novel dah berubah, baru pegang belom bukak, dah kena ambil acaner..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya menbaca. Satu hobi yang bermanfaat.
    WP suka juga membaca, tapi masa agak terhad.
    Banyak masa kat kebun aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya berkebun...suka juga tapi bila dah macam2 nak buat ada yang tak terbuat.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...