In Gathering Makan Luar

29 Zulhijjah 1437H, Apa Yang Tercapai, Apa Yang Tidak Terbuat

Awal Muharam 1437H niatnya nak solat di 40 buah masjid berlainan. Tapi hanya sampai 17 je. Kalau ikut solat di masjid2 yang sama, ada lebih 40. Alhamdulillah. Kalau dipanggil untuk solat di masjid pun aku dah gembira. Masjid kan rumah Allah.

Nak jual kain2 pasang secara online tak terbuat. Kain berlambak adalah kat rumah tu. Ada kain cotton Jepun, sutera Thai dan kerawang Indonesia. Ambil2 gambar kemudian tak upload untul dijual. Hahaha. Paling tak boleh blah ambil salah satu kain kemudian jahit untuk diri sendiri.

Selain itu nak buat part time kerja dari rumah. Itupun tak jalan kecuali masukla beberapa ringgit sebab jawab survey. Suka naaa jawab survey berbayar...

Anyway hari ni bermula dengan kenduri kawin staf ofis laki di Klang. Kemudian ke PD nak mandi air laut. Last sekali pergi rumah Yome di Seremban 2. Tahun depan rumah dah lain. Erm adikku murah rezeki sekeluarga. Dapat beli rumah kaw2 murah. Moga2 kaw2 jugalah keberkatan hidupmu sekeluarga.

Layan gambar sudahla ek..

NI GAMBAR TANPA AQLAN YANG TAH LA SIBUK DIA NAK MAIN BANTAL2 PELAMIN.

AQLAN CUBA BERGAYA DENGAN JARI TUNJUK KE DEPAN. TAH SIAPA DIIKUTNYA KAMI TAK TAHU.

Turn out satu Indian Family belakang kitorang tu dari BK4. Maka berbual mesralah kami sekeluarga..

Umur sebaya...rambut dah sepesen. Jantina je lelain. Haha. HANII dan AQLAN.

GAMBAR KALAU DAH ORANG RABUN JAUH AMBIL TU...HII GERAM BETUL ADIK AKU NI. BTW DIA NAK JUAL MOTOR NI. DAH LAMA TAK MEREMPIT DENGAN DIA.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...