Selasa, 4 Oktober 2016

5 Jenis Makanan Perlu Dielakkan Dalam Program Menguruskan Badan Anda

Artikel ini berdasarkan maklumat program diet oleh pakar nutrisi bertauliah dan seorang pakar senaman, Isabel De Los Rios. Artikel asal boleh dibaca di website ini.

Memang agak terkejut bila dibaca dan dilihat kembali. Aku tuliskan secara ringkas je. Aku blog pun untuk panduan diri sendiri. Mungkin lebih bermunasabah kot bagi aku. Haha.

5 sebab makanan perlu dielakkan dan mengapa?

Pemanis buatan.
Susu soya.
Marjerin.
Jus oren.
Roti gandum penuh.

Semuanya mengapa? Sebab semuanya ada bahan tiruan. Bahan buatan. Dan melalui pemahaman pembacaan aku, semua jenis makanan ini adalah yang dikilangkan.

Nampaknya kebanyakan makanan apa yang segera dan dikilangkan memang tak bagus. Buat sendiri lagi baik. Kecuali gula memang tak mampu buat sendiri.

Katanya lagi diet yang betul ialah datangnya dari 20% senaman dan 80% dari pengambilan makanan.

Memang ada orang boleh kurus cepat tapi akan naik 2 kali ganda berat badan tak lama kemudian.

Bagi aku apa yang penting ialah kesihatan tak kira badan tu bagaimana saiznya. Dan ingat ya curvy dan gemuk adalah 2 perkara berbeza. Flabby dan muscle juga berbeza. Ada orang badannya sedap2 bila dipegang. Ada orang boleh rasa lembik2 bila dipicit. Tak ada tulang yang gemuk. Saiz tulang sama je. Berbeza hanya mengikut iklim tempat tinggal.

4 ulasan:

  1. seperti yang aku selalu katakan, diet is "80% nutrition and 20% exercise"
    its important

    BalasPadam
  2. Salam... exercise tu kena betul. KA macam yoyo senang turun dan senang naik. He3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan2 kaki dan lari2 anak pun ok jugak...senang..Hihi

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.