Khamis, 6 Oktober 2016

,

Review Untuk Penanggal Mekap Paling Berkesan Dan Mudah Bagi Akulah

Tidak berbayar. Tapi suka2 nak share dengan pemakai mekap tegar. Aku jarang pakai mekap. Zaman anak dara rajinla. Haha. Dah kahwin adala juga pakai tapi bukan full sampai segala mekap nak pakai atas muka. Kalau tengok balik gambar 15 tahun dulu atau 10 tahun dulu boleh gelak kat diri sendiri. Kau apahal pakai mekap macam ni...?

Sekarang aku pakai weekend outing je. Takat pergi Giant nasibla aku nak pakai krim muka. Nak oles lipstik pun malas walaupun koleksi lipstik lagi banyak berbanding zaman anak dara..ni semua kerja orang bisnes online.

Terdahulu aku mula2 pakai Biore botol pink untuk tanggalkan mekap. Tapi kena pakai kapas 4 segi tu la. Kat rumah oklah...jalan2 macam leceh. Pernah sekali terbuka penutupnya...sebab aku ada saiz travel. Kalau yang saiz biasa ada lock penutup yang khas. Biore ni ada 2 elemen. Minyak dan air. Kena goncang2 dulu baru tuang atas kapas. Memang mudah tanggalkan mekap waterproof tu. Cuma tak suka bila cuci kat area mata, pedih terasa sebab minyak tu. Dan kena cuci muka lepas tu. Sebab berminyak muka. Kan dah kena bawak 2 benda. Aishh..eh 3.


Kemudian aku pakai Bioglo dibeli dari Cosway. Yang ni lagi senang. Waterbased. Muka kering2 tu tekan 2x pump pencuci tu terus sapu2 je sambil gosok2 muka. Bilas. Hilang semua. Tak perlu cuci muka sebab ia termasuk pencuci muka. Aku suka..tapi botolnya agak besar. Pernah sekali kena rampas di Airport masa nak ke Singapore sebab masukkan dalam handbag. Sedih woo sebab harga pun RM30+. Balik dari Singapore beli baru. Haha. Yang ni sesuai pakai kat rumah jelah.


Last sekali tisu basah. Macam2 jenis dah aku pakai. Tapi aku sekarang stick dengan Bifesta. Ada 46 helai satu pek. Ada sekali tu Aqlan jumpa dia tarik2 keluar dalam 20 helai macam tu...masa tu umur dia setahun je kot.. hurmmmmm..Senang pakai satu helai pun cukup cuci semua mekap. Macam tak caya punyalah jimat. Dan lagi tak perlu cuci muka juga sebab dah didatangkan sekali dengan tisu tu. Tak payah nak buang masa. Masuk dalam beg settle. Cuma aku belum jumpa saiz lebih kecil dari sekarang. Mula2 buka tisu baru memanglah berat. Sebab dia tisu lembab. Esok2 dah nak habis ringan je. Segala waterproof mekap memang tertanggal dengan mudah. Rasa sejuk2 je. I prefer dan cadangkan ini pada semua yang nak cepat. Yelah lepas solat kau nak pakai mekap balik kan...aku dulu kerja mekap pagi je. Lepas zuhur semua hilang dah. Haha..tak kuasa. So kalau tak hilang2 tu..orang boleh detect tak suci dari hadas besar la..


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.