Saturday, October 8, 2016

Jumpa Kawan Lama, Hadir Birthday Party Dan Layan Tantrum Aqlan

Jam 9 lebih pagi dah pergi sarap kat dalam kawasan Masjid BK4. Punyalah dah lama aku berulang alik duduk BK, aku tak tahu pun ada gerai masakan Terengganu dalam masjid. Hinggalah si Ann bagitahu. Dia pulak nak datang untuk makan. Aikkk apasal laki tak pernah bagi tahu. Aiseh geram pulak tiba2.

So aku terus order nasi minyak dan ambil ayam goreng seketul. Order teh tarik sė.

Kami bertiga pun makanla dengan senyap. Hahaha..Ann ambik nasi dagang, si Faizal nasi apa tah aku pun tak perasan dah. Last2 habis je. Pastu Ann tambah laksam pulak. Adoi..aku tumpang rasa je sebab makan nasi dah banyak.

Dah borak2 kering tekak tambah air teh o ais pulak.. kena RM9 je. Aiseh murah k...

Makanan dia takdelah sedap gila tapi bolehlah dengan harga dan portion memang berbaloi. Nask suruh diri sendiri masak nasi dagang lagi tidaklah buat masa terdekat ni. So kalau nak makan aku pergi masjid jelah..



Laksam Ann. Pic ni dan bawah dari hp dia.


Lepas Zuhur lak pergi birthday party anak kawan laki kat Kelana Jaya. Lama dah member ni usaha nak dapat anak. Sekali dapat anak..sambutan 1st birthday penuh hadiah2. Alhamdulillah. Kami bagi hadiah, bila balik ada cabutan bertuah...dapat hadiah jam dinding.

Sepanjang kat majlis aku makan kek je sebab kekenyangan makan nasi minyak. Aqlan pulak makan cupcake..sekali dikorek tengok kaler hijau terus reject. Yang aku tak tahan dia asyik pergi ambil cupcake baru dan confirm semua kek kaler hijau. Sudahnya dia makan krim kat atas kek je. Mana yang tak sempat dia kacau tu aku pulang balik..banyak wehh..siap dia ngamuk baring2 atas lantai. Dia hanya nak makan cupcake... yang lain semua tanak..



Dengan birthday girl, Aurora. 


Topi Mushroom Super Mario pun dapat tapi Aqlan tak suka pakai.

Previous Post
Next Post

About Author

2 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.