In Resipi

Resipi Churros Ala Mexican Atau Cakoi Spain Kata Orang Rumah

Aku dah lama ushar resipi ni. Macam2 keluar. Last2 aku ke satu blog omputih ni dan salin. Sebabnya semua bahan ada kat rumah.

1 cawan air
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak sayuran
1/2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan ni dalam kuali atau periuk dan masak hingga didih atas dapur.

1 cawan tepung serbaguna MFM

Sediakan mangkuk untuk adun tepung dan bahan2 yang dimasak tadi. Gaul rata. Adunan akan membentuk macam doh sebab bahan yang dididihkan tadi panas. Jangan panik ya. Sebab rupanya macam doh donut.

Masukkan dalam beg piping dan paipkan siap2 atas dulang. Kita letak atas pinggan plastik Ikea je. Takdelah melekat2.

Setelah itu panaskan minyak dan goreng deep fry.

Dalam bekas lain, masukkan gula halus sesuka rasa hati dan satu sudu kecil serbuk kayu manis.

Kontot2 je buat sebab tak reti nak piping. 

Sedap ni...Aqlan suka makan.

Related Articles

4 comments:

  1. Macam senang sangat ni...tapi nak membuatnya kena tunggu jin rajin datang juga... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll..suami belikan piping tu dah berbulan2 sebenarnya untuk buat churrros. Haha.

      Delete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...