Rabu, 30 April 2014

Berkelambu

First time pakai. Tah tengah pump susu rasa ada dengar bunyi nyamuk. Selalu takde pun.

Susu pun tak berjaya disimpan. Sikit sangat. Huhu. Sian anak aku. Badan pun masih tak berapa best. Tunggu esok. Yeah.

Selasa, 29 April 2014

Hari Ke 56

Diam tak diam kan.

Makan memang dah macam2. Cuma telur mata je aku tak sanggup dengan seafood tu.

Anak pun dah makin berat. Tak sabar nak jumpa doktor Jumaat ni aku main timbang2 dengan dia. Kami berdua 70.2kg. Aku sahaja 65.5kg. Pergh dah 4.7kg. Patutlah. Gambar pagi tadi.


Macam biasa kena riba dulu baru letak sebelah. Kang menangis kang..

Oh hari ni baru mandi petang. Sebab selama ni aku kesejukan.

Isnin, 28 April 2014

Tiada Hasil

Hari ni takde hasil susu. Alasan satu Aqlan menyusu banyak hari ni.  Kejap kejap nak menyusu.  Aku pun duduk tingkat atas sampai lepas maghrib.  Itupun sebab Zcat balik tapaukan makanan dari meeting dengan client kat Shah Alam. Siap belikan lauk tambahan kari kambing.

Ye aku dah makan macam2. Takkan nak tunggu tepat2 60 hari. Makan pun tak teratur. Masa makan pun ikut anak tidur baru boleh makan. Buat dia nak berkepit 24 jam memang tidakla. Kadang2 sampai ke petang aku tak makan. Itu pasal aku sumbat roti je kadang2 buat alas perut.

Alasan kedua aku baca novel Awan. Haha. Ending aku nangis. Pastu aku jumpa kesilapan watak aku pun selamba bagitau penulis dia kat twitter. Penulis pun dah minta maaf bagai pelik pula aku. Editor kan patut cek.

So sudahnya 28hb April tiada stok susu. Dahla susu pun makin kurang je. Aku ni pun dah banyak hari tak minun susu kambing dan ESP.  Terperangkap dengan Aqlan. Kuat beriba.  Letak je bangun.

Kadang2 aku pun tak tahu macam mana nak atur urusan harian macam ni. Biasa aku minum susu 2x sehari. La ni 1 cawan pun tak dan. Makin nak habis tempoh cuti bersalin makin Aqlan nak menempek kat aku. Elok tidur beriba letak je terus bangun. Siap nangis. Dah macam mana aku nak buat kerja..

Sedih gak aku ni kadang2. Ke aku yang tak boleh tinggal dia langsung? Hurmmm..

Sebab tu bila Zcat balik aku bersyukur. Bolehla aku pergi lari makan kejap. Letih2 dia pun tetap tolong aku. Kerja ofis tak bawa balik. Dia tolong tengokkan anak pun aku dah happy.

Ahad, 27 April 2014

Kurang Sihat

Akibat kerja keras semalam. Satu badan lenguh. Nak ke SACC tengok barang baby pun dah tak daya. Luar dalam rasa lenguh.

So hari ni tak jalan2. Takpelah tunggu Jumaat. Nak pergi cucuk Aqlan.

Hari Khamis nak mengurut balik.

Hari Sabtu ada wedding saudara sebelah Zcat.

Ahad patut dah siapkan barang Aqlan nak hantar ke pengasuh. Huwaaa macam nak hantar anak masuk asrama. ..

Sabtu, 26 April 2014

Jumpa Pengasuh, Mengemas & Ziarah

Balik Ampang hari ni. Atas 2 sebab nak jumpa bakal pengasuh Aqlan dan nak mengemas rumah.

First time naik Besraya Extention. Masih belum kena tol. Taktaula berapa nanti kena.

Rumah pengasuh di Taman Tasik Tambahan. Betul2 depan gerai pisang goreng.  Wah kami ingat dia buat side income! Mujurlah tidak. Setelah bersembang dan bercerita bagai, aku pun confirm je nak ambil. Padahal takde testimoni ni. Dahla jumpa nombor dalam iklan website. Aku ni kira berserah je sebab dah usaha lain tak jalan. Malas nak cerita.

Yang penting...hanya Aqlan baby yang dijaga. Ada 2 budak lain tapi dah besar. Okaylah. So Insyaallah kebajikan Aqlan terpelihara. Full stop. Berserah pada Allah. Inilah yang terbaik.

Balik rumah Zcat buka peti ais dulu. Terus istighfar. Sebab dah contaminated. Maka kami berdua terus cuci. Buang hampir semua yang ada. Takkan Tupperware aku nak buang kot. Cuci jelah..

Mop lantai berkali-kali. Vacuum Zcat yang buat. Lepas tu dah sakit pinggang. Sakit2 badan. Lenguhnya ya Allah dah lama 5ak buat kerja rumah macam ni.

Rumah tentulah berhabuk sebab dah 2 bulan kena tinggal.

Lepas tu pin plug rosak pulak. Nak kena mengadu kat landlord pulak. Ni satu keja. Kalau nak suruh perbaik kenalah kami tunggu dalam rumah tu. Sudah jam 4 kami ke Bandar Baru Bangi.

Pergi rumah kak pa sebab hari tu ada kirim mangga dari Perlis. Hanya ditanam di Perlis. 2 biji RM18 ok.

Kemudian ke rumah Fairuz pulak. Saja nak jumpa dia. Best friend kan. Jam 8 lebih baru kami gerak balik ke pandu lalu. Aku nak makan apple pie. Yums.

Harap esok ada air.  Banyaknya nak cuci pakaian.  Walaupun yang tukang buat tu Zcat. Dialah basuh, sidai dan angkat. Aku lipat je.

Jumaat, 25 April 2014

Yeay Buku-buku Dan Mug Sudah Sampai!!!

Excited. Bila Zcat kirim gambar parcel 3 bungkus. Erm seminggu juga tunggu yang aku bayar Khamis lepas. Lagi 2 parcel bayar Isnin baru2 ni. Tak apalah janji sampai. Bolehla baca. Eh esok balik Ampang patut habiskan buku2 yang dah lama beli tapi tak habis2 baca tu.

Jeng jeng jeng
12 buku 12 buku...

Mana satu nak start ni


I punya kuning. Merah for Zcat dan putih for Aqlan. 



Khamis, 24 April 2014

Hujan Yang Turun + EBM Produced

Hujan turun dengan lebat pagi ni. Aku dan Aqlan sedsp baring+tido atas katil. Aku dah bangun dia tidur sambil mulut ngomel dalam tidur.

Ketika semua masih tidur awal pagi tadi aku sempat pump susu kali kedua. Dulu sikit sangat aku buang je. Tadi pagi dapat lebih 40ml or 1oz ++.

Kenapa lambat buat EBM? sebab aku akan balik duduk Ampang. Kalau aku pump awal2 pun kemudian semua susu nak kena angkut, aku risau susu rosak dalam perjalanan. Walaupun cuma 40 minit je setelah dicampur waktu jammed aku rasa membazir. Tapi aku buat juga untuk testing berapa banyak sebenarnya aku boleh produce. Hihi. Rasa 1 botol nak pump sampai 4oz je kot. Sebab Aqlan ni kalau minum susu formula pun paling tinggi 3oz. Lebih buat memang buang je. Bukan mahu sejuk2 ni.

Rabu, 23 April 2014

Oh Bukuku Kenapa Belum Sampai?

Ye ketamakan mengundang rasa gelisah. Sebab buku-buku yang di order masih belum tiba. Semuanya dipos atas nama LB beralamatkan ofisnya. Kenapa bukan rumah? Risau aku tak dengar satu. Risau aku sibuk dok melayan anak pun satu.

Minggu ke tujuh Aqlan kurang meragam hari ni. Baik saja. Tapi mamanya tetap kelam kabut masak dan makan. Apa pun hari ni dia happy dan banyak main.

Sakit belakang kesan ubat bius masa pembedahan ke? Epidural ke tu? Aku ni memang tak arif lagi...

Selasa, 22 April 2014

Apa Dah Jadi???

Suka sangat alter paparan web maka aku kehilangan beberapa benda dan tak boleh masukkan balik.

Contoh blog i'm following. Dah berapa minggu gagal. Aku pun dah fedap.

Ke sebab aku akses dari pelbagai device dia jadi camni. Kalau betul macam ni aku kena log out dari semua accessible devices. When? Bila anak tak meragam.

Sudahnya setiap kali nak blogwalking aku kena baca scrolling kat reading list di dashboard. Nasibla kalau dah tengah2 malam baru leh baca..

Tetap usaha 1 hari 1 entry....nak pay out duit nuffnang ke tak ek.? Hurm...

Isnin, 21 April 2014

Gila Baca Buku Terbitan Buku Fixi

Yeah sejak mula2 mengetahui kewujudan buku2 terbitan syarikat Buku Fixi pada tahun 2011.

Kisahnya aku baca blog Obefiend. Maka bermulalah aku mencari buku2 ni di Popular Ampang Point. Mula beli 3 buku je ke 2 je. Aku pun tak ingat. Lepas tu kat Popular 1 Utama aku rembat lagi 5 kot. Aku memang lupa dah.

Kemudian bila wujud online sales lagila aku gembira. Takyah dah nak terhegeh2 cari di kedai buku or kirim kat orang di pesta buku.

Kemudian aku bagi kawan ofis pinjam. Eh diorang pun suka. Sudah terjebak. Tapi ada juga buku2 yang diorang tak boleh terima sebab unsur seks yang terbuka. Ceh nak baca buku Melayu kontemporari memang tidakla aku ni. Dah muak baca zaman belajar dulu. Itupun pinjam je. Nak beli kedekut je. Ahahahaha.

Aku suka kelainan sebab Buku Fixi ni satu perkataan je tajuk dia. Macam Pecah. Dendam. Kasino. Dan sebagainya. Lepas tu tulang buku warna warni.

Pernah sekejap buku aku dipinjam tak tahu siapa dan belum dipulangkan. Aku pulak masa tu tengah buat audit Buku Fixi. Gila tak..ko ingat aku pandai audit kerja aku sendiri je ke kat ofis tu. Memang meroyan kejap hilang buku. Kemudian dipulangkan. Buku2 ni aku balut. Mana yang dan la. Hahahaha. Sebab banyak sangat.

Tapi masa berpantang aku tak baca sangat. 1 biji je aku baca. Wah kenapa? Tak boleh concentrate kalau dah menyusu anak.

Sekarang aku ada 3 buku lagi belum habis baca. Lepas tu order lagi 12. Buku2nya murah kalau beli online 6 buah hanya RM99. Kalau sebiji purata RM20 la. Kan ke untung. Siap beli online ada free gift bag. Haha jadilah kan.

Lagi 2 minggu aku pun kena masuk kerja. Pulun la nak baca buku 15 biji kalau mampu.  Haha. Maybe tidak...maybe ya.. tengok kelakuan anak. Lalalala..

Last books that i bought last year. KASYAF, LOVE IN PENANG & CERPEN still pending to read

BOLA & KOPI is limited edition. 1500 copies only. Kalau sesiapa yang nak beli jangan cuba beli dari aku. Hehe. Oh ya aku susun buku ikut yang mana aku khatam dulu. So PECAH yang first khatam.

Ahad, 20 April 2014

Mencari Baju Menyusu

Hoh hari ni keluar pula sebab aku yang nak baju baru. Semalam Aqlan. Alasan alasan.

Selfie dengan budak kecil

Terus menuju ke the curve. Semalam kelam kabut nak siapkan anak dan diri sendiri. Nasib LB pandai siapkan diri sendiri.  Heh.

Beg tangan dapat kurangkan berat dah. Diapers dan tisu lembab masuk dalam poket bawah carrier. Shawl bawa untuk menyusu di tempat awam jika terpaksa.

Makan kat Iga Penyet. Budak kecil nak susu. Ok done.

Kemudian ke Dynas Nursing Attire di 1st Fl. Tengah pilih baju nak susu lagi. Cari baby room. Rupanya berak. Hahaha. Sambung menyusu dan rembat 2 helai baju dan sehelai inner. Penjimatan agak banyak. Cuma bengkek tak boleh guna kad kena pakai cash. Habis cash aku....cash ni simpan untuk beli barang runcit ke or pergi klinik.


Lepas tu kawan2 LB nak jumpa sekejap di Johnny Rocket.  Baru minum setengah gelas hot chocolate nangis lagi. Pergi baby room penuh. Terus aku guna shawl jelah susukan Aqlan kat bench luar bilik. Ramai yang beratur tunggu turn nak menyusukan anak dan menukar lampin. Biliknya cantik tapi 2 je. AEON lagi praktikal. Mendengar anak2 kecil menangis memang haru je. Sebab mak dia tak bawa cover kot malulah nak menyusukan kat bench. Kesian. Macam nak tercabut anak tekak budak tu melalak.

Balik semula ke Johnny. Sambung borak. Dapat hadiah untuk Aqlan. 5:30pm kami balik. Budak kecil tidur dengan nyenyak. Seronok betul hari ni.
Hadiah dari Tasha & Rudy