In

Mencari Baju Menyusu

Hoh hari ni keluar pula sebab aku yang nak baju baru. Semalam Aqlan. Alasan alasan.

Selfie dengan budak kecil

Terus menuju ke the curve. Semalam kelam kabut nak siapkan anak dan diri sendiri. Nasib LB pandai siapkan diri sendiri.  Heh.

Beg tangan dapat kurangkan berat dah. Diapers dan tisu lembab masuk dalam poket bawah carrier. Shawl bawa untuk menyusu di tempat awam jika terpaksa.

Makan kat Iga Penyet. Budak kecil nak susu. Ok done.

Kemudian ke Dynas Nursing Attire di 1st Fl. Tengah pilih baju nak susu lagi. Cari baby room. Rupanya berak. Hahaha. Sambung menyusu dan rembat 2 helai baju dan sehelai inner. Penjimatan agak banyak. Cuma bengkek tak boleh guna kad kena pakai cash. Habis cash aku....cash ni simpan untuk beli barang runcit ke or pergi klinik.


Lepas tu kawan2 LB nak jumpa sekejap di Johnny Rocket.  Baru minum setengah gelas hot chocolate nangis lagi. Pergi baby room penuh. Terus aku guna shawl jelah susukan Aqlan kat bench luar bilik. Ramai yang beratur tunggu turn nak menyusukan anak dan menukar lampin. Biliknya cantik tapi 2 je. AEON lagi praktikal. Mendengar anak2 kecil menangis memang haru je. Sebab mak dia tak bawa cover kot malulah nak menyusukan kat bench. Kesian. Macam nak tercabut anak tekak budak tu melalak.

Balik semula ke Johnny. Sambung borak. Dapat hadiah untuk Aqlan. 5:30pm kami balik. Budak kecil tidur dengan nyenyak. Seronok betul hari ni.
Hadiah dari Tasha & Rudy



Related Articles

3 comments:

  1. baju dynas ni lawa tp mahal heheh..aku tak pakai baju nursing pun dulu selak aje hahaha..tapi aku pakai shawl ada butang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku guna pin baby je untuk shawl. Aku nak pergi wedding. Tu yang beli baju. Alasan lagi...

      Delete
  2. Saya ada menjual pakaian menyusu, peralatan & kelengkapan menyusu.. fanpage fb : Azeramya. blog : azeramya.blogspot.com. sudi-sudi lah jenguk. mana tahu kalau berminat nak beli. tq

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...