Khamis, 11 Februari 2016

Melawat Ostrich

aktiviti yang dinanti...melawat PD Ostrich Farm. dekat sangat dengan apartment kami tinggal. 1km je kot. tah2 lebih dekat. malas aku nak kira..

masuk2 je kena bayar RM15 seorang dewasa, Aqlan free. disebabkan free, laki pun dengan gembira beli food untuk haiwan2 tu. pallets dan sayur. each RM3.

masuk2 je nampak ostrich dah. anak aku apa lagi...menyengih je dia, pastu ada kandang kambing kat sebelah. syok gak layan bagi makan. ostrich makan patuk2 la. kan dia burung. kambing la rebut2. ada tu sampai lompat keluar dari kandang. hahaha.

farm ni kecil je tapi kami jalan lambat2 buang masa. at least sejam la. ada burung unta, kuda, keldai, ayam. arnab, ikan, turkey, burung2. tapi main character dia ostrich la. sekali nak naik tak dapat. paling berat penunggang mesti 40kg je, cisss betul... tengok kat papan tanda 150kg. hancur musnah harapan aku.








relax je dia pegang..tak takut langsung


lembut cam baldu

kambing nakal

unta ni buat dekkk je

nampak ATV terus lupakan haiwan2

bagi naik nak turun pulak


dah ajak pergi tempat lain still nak ke ATV



ikan boleh tengok dari jauh je

ok jom balik...petang kang mandi laut lagi.

Rabu, 10 Februari 2016

9 Hari

9 hari cuti.....laki aku lah. ambil 3 hari je cuti....masuk cuti CNY dan weekend 2 kali dah dapat 9 hari. aku pun bising sebab tak pergi cuti. asyik duduk kemas rumah bila cuti panjang. ya..kadangkala perlu okay cuti ni.

so kami ke PD la......sebab check in jam 3 petang, kami pun happy2 je lalalala menuju ke sana. ke seramban dulu nak lunch. tapi Aqlan dah tidur, kami tapau jelah. aku tapau lauk minang. laki aku tapau ikan lampam dari Restoran Nelayan. kedai berlainan sebab dah sampai lewat banyak lauk dah habis.




kami sampai apartment ngam2 jam 3 petang. hurm....dah tu masuk dan baring2 dulu rehatkan diri.

jam 5 camtu kami keluar pergi mandi laut. naik kereta. boleh je jalan kaki tapi sebab tak biasa dan rasanya jauh bila di usha, dengan budak aqlan...dengan toys la pelampung la...baik naik kereta je. walhal 10 minit jalan kaki sampai dah..




habis mandi jam 6 lebih. jam 7 petang kami balikla tak elokkan. masih ramai je tak balik. aku takla nak mandi malam..ada anak kecil kot. kena jaga..

Selasa, 9 Februari 2016

Masak Berjemaah

Kelam kabut hari ni berkejar2 masa nak ke rumah Shahrin, kawan satu sekolah laki di Sunway. Mula2 beli ikan asin dan taugeh. sebab nak buat sayur untuk makan nanti. pastu beli beras Jasmine, kami berpakat nak try masak nasi ayam sama2..ramai2.

sampai2 je, Shahrin & Fina sedang masak2. aku sampai je basuh beras dulu. kena rendam 20 minit dan tos kan beras 20 minit. fuh tak pernah dengar ni. kemudian rendam ikan asin dan kupas bawang. nak kena masak terung berlada pulak..

sambil2 tu ayam stim dan roasted dimasak Shahrin. aku pun boleh pergi sofa sambil mata nak tertidur2 dah. nasi siap masak, kasi Aqlan makan dulu. nukan main laju dia makan sepinggan nasi tanpa lauk. sedap sangat la tu.. kemudian Rafiq datang pulak...hahaha...cantik dia kena masak terung sebab alasan aku tengah bagi makan kat anak. hahahah cam ngelat lak. tapi aku dah sediakan semua bahan tau.

jam 2.30 petang baru semua siap masak. adoyai...makan dengan penuh berselera masing2 sebab lapar katanya. lepas tu baru solat. melampau kekenyangan. tak boleh balik dulu...ada laki minum petang..adehhh gems2 la aku ni wei..








jam 4 petang makan pisang goreng, minum kopi Muar dan makan biskut balak. hahaha..memori sangat weiiiii...sambil2 tunggu tu lelaki2 layan TV depa tengok anime. Fina main kad dengan anak2 dia, aku? tidurkan anak pastu main Rayman. hehe..




tak lama kemudian kami pun balikla....hoii mengantuk tahap tinggi okay...dengan kenyangnya.. Alhamdulillah, seronok buat aktiviti macam ni. next time rumah kami pulak kot. nak masak apa pun dah ada dalam kepala tinggal nak try test ja...hehe.

Isnin, 8 Februari 2016

Ada Apa?

Pagi ni suami dapat berita kawan sekolah meninggal di Ipoh. Berita pasal arwah ni kami tahu dia dah dimasukkan ke hospital akibat strok. Pagi ni Allah menjemput beliau.

Suami mengejut aku yang kemudian hanya mampu buka mata sambil jawab soalan2 dia.

"Kawan i yang kena strok tu dah meninggal. I tak tahu nak peegi ke tak.."

Pergi jelah aku cakap.

"Ada apa makanan? I nak kena pergi beli makanan ke?"

Ada ayam kiub 2..telor...pandailah i masak apa nanti. Kata aku.

Suami aku ni aku tahu kalau orang meninggal dia memang nak pergi tengok. Nak solatkan jenazah. Nak hantar sampai ke kubur. Aku tahu sangat dah perangai dia. Sepanjang aku kenal dia dah berapa orang kawan2 sekolah dia yang dah meninggal dunia. Dengan bermacam2 asbab dan musabab. Kerana nyawa milik Allah jua.

You drive ke? Dalam hati aku cakap Ipoh jauh jugak tu..laki aku pun macam aku kepenatan tak cukup dan puas tidur sebab semalam lepas balik makan2 kami kemas rumah. Sampai jam 1 pagi. Ye sejak pindah sepenuhnya ke Bandar Kinrara kami belum habis kemas..dari target 2 bulan dah jadi....4 bulan. Belum hias lagi.

"Shahrin ambil i nanti. Pastu Unte drive. Oklah i tak penat sebab dia bawak.."

Oklah camtu...aku pun tutup mata. Ya Allah mengantuk gila. Aqlan pun sedap je menyempit sebelah aku.

Last aku tahu dia nak pergi dapat morning kiss. Kikikiki. Okay laki aku ni..dia ni sangat bertanggungjawab. Memangla aku bersyukur kawin dengan dia. Bukan aku nak èekkkk kat sini. Tapi ya laki aku selalu ingatkan jangan selalu cerita kebaikan pasangan pada umum. Jangan tunjukkan sangat bahagia tu. Sebab kita tak tahu apa orang luar sana fikir.

Ha la aku citer laki tanya apa ada untuk dimakan. Itu je..aku pernah tanya balik kenapa asyik tanya soalan tu. Dia kata itu tanggungjawab dia untuk bagi aku makan sambil tone suara dia tinggi. Diamla kan aku. Dah dah...

Meh aku tunjuk aku makan apa hari ni.



Kalau makan kat kedai RM15 paling cikai kot. Nasibla ada semua bahan boleh masak dan makan berulang kali dengan anak. 


Ahad, 7 Februari 2016

Sebelum CNY

Hari ni mengemas rumah lagi. Aku kat ruang tamu dengan kerja2 mengutip mainan Aqlan. Zcat plak kat luar dan bergembira dengan pressure water jet yang dipinjam dari rakan seofis. Wah apa lagi membanting tulang la mencuci karpet2 yang penuh dengan bulu2 kucing. So hilang satu kerja mencuci yang aku buat sebelum ni.

Aku dengar juga longkang dicuci dan juga patio. Ehem...pastu mengadu sikitlah tangannya masih rasa bergetar kesan pressure water jet tu.

Aku terus ke dapur pasang penangkis kucing dan karpet di ruang sinki dan dapur. Kenapa aku pasang karpet? Sebab nak elak lantai berminyak dan licin. Nanti melekit2 aku memang tak suka. Idea ni aku dapat masa pergi rumah kawan lama. Tapi itulah...kadang kucing akan tinggalkan bulunya dan juga paling haru najisnya..angin mak...tapi bab2 mop lantai ni adik ipar yang buat. Aku menyapu je. Laki aku suka vacuum. Sebut pasal vacuum ni masa mula2 buat kerja, Aqlan punyalah menangis takut dengar bunyinya. Sekarang dia pulak nak tolong vacuum. Kadang aku saja buat2 nak vacuum kaki dia. Hahaha.

Jam 4 petang kami bertiga keluar. Masa aku tutup pintu dan gate, hujan turun selebat2nya. Nasibla Aqlan dah masuk kereta. Aku jugakla yang basah. Kat kaki seluar...beg telekong..

Kami ke Bangsar Village nak bawak Aqlan masuk tempat mainan kanak2 tu. Bawah 2 tahun kena RM17 je. Kalau dah over 2 years harganya ehem...

Kami makan kat Nutmeg. Last time pergi masa bulan 11. Masa jumpa kawan2 lama. Orang takde  sangat sebab ramai yang balik bercuti panjang kan..

Passion fruit with sugar cane. Sedap kot gigit biji2 buah. Aqlan pun tumpang sedut. Dia ni suka jus lah.

Share dengan Aqlan

Sedap weiii apple pudding

Lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Aku pun usha2 buku mewarna kat Boarders tapi tak beli. Paling murah RM29.90 kot. Kecil je. Ahahaha.

Last2 kami keluar nak top up makan lagi. yal cukup..Haha. laki ajak pergi Garage 51 tapi aku tak lalu nak minum minuman dia yang pelik2 tu sebab aku dah makan apple pudding sebelum tu.

Kami pun nak ke Mohsin TTDI. Aku nak makan Maggi goreng mamak dan teh tarik je. Laki aku pun terus tukar arah. Aqlan pulak tidur jadi kami pergi solat Isyak dulu siap2 kat Masjid TTDI. Aku lak wanita terakhir kat ruangan perempuan tu jadi wanita sebelum aku siap pesan suruh tutup semua lampu dan kipas. Siap tanya berani tak? ALLAH kan ada. Apa lak nak takut.

Kami memang solat bergilir sebab tak kejut Aqlan dari tidur.

Dah tapau semua kami pun balik. Lepas makan siap sambung kemas kerja tengahari tadi. Kemas stor pulak. Dan ada jelah barang nak keluar masuk.


Sabtu, 6 Februari 2016

Style Siakap

Kami dapat jemputan ke rumah kawan sekolah Zcat. 6km je dari rumah ke Sunway. So sebelum tu singgah Mydin Mart jap beli buah tangan.

Sampai2 baru nak call diorang dah keluar ajak masuk. Diorang tu bibiknya dan anak2 perempuannya. Hehe. Tuan rumah tengah bergasak dekat dapur.

Baru duduk kejap2 dah dipanggil makan. Wow..ini memang bestla..

Kami diperkenalkan dengan salted siakap dulu. Aku ingat nasi. Hahaha. Ok. Ikan siakap dibalut penuh dengan 4 pek kecil garam kasar berharga 42 sen setiap satu. Itu kata Shahrin.

Aku tak pernah makan siakap dibalut garam. First time in my life kot. Jadi dipecahkan kulit garam dulu ye. Lepas tu baru makan ikan. So ikan tu ada campuran daun rosemary dan bawang putih. Rasanya...erm sedap okkkk.


ikan segar dari pasar ttdi
Siakap stim ialah yang kedua. Kali pertama masak dia kata. Siakap bersalut garam tu dah kali ke 3. Makan ratah2 je dulu sebab nasi yang ditanak lupa nak tekan. Hehehe. Biasalah aku pun pernah alami keadaan camtu.


Juga ada lik resipi Jamie Oliver katanya. Sedap...

yang ni aku sempat rasa satu je. tapi rempah2 dia sedaplaaaa..

Bila nasi siap masak so adalah juga telur dadar dan sos2 yang berbeza2.

Kami punya dessert ialah buah jambu batu dan mangga yang bila makan krup krap bunyinya.  Last baru makan aiskrim yang dibawa tadi.

Jumaat, 5 Februari 2016

Khamis, 4 Februari 2016

Tambah Anak

Ada sekali keluar dialog kami berdua.

Hahaha..aku gelak.

Laki tanya kenapa?

Sebab teringat Ana masa malam lepas kawin tu dia cakap dia kena bersedia laki dia nak 6 anak.

Aku? Aku tanya laki balik. U nak anak lagi ke? U rasa kita akan ada berapa anak?

Laki cakap...tahla u..i rasa anak kita seorang je. Nak start over balik..pergi hospital la klinik la...menunggu.. U nak sorang anak je kan?

Hahahaha..arwah bapak i tanya dulu2 i nak anak berapa? I cakap i nak anak 2 je..bapak terus marah..kau mana boleh mintak macam tu. Okeyla...5 aku cakap sambil dalam hati takut2 nak  beranak.

Kemudian masa belajar berlalu dan bekerja bermula. Bila fikir pasal anak aku akan takut sangat2. Takut gila okay. Takut sampai tanak kawin sebab tanak beranak punya pasal.

Laki sambung..tapi kalau boleh i nak 2 anak la. Anak perempuan. Biarlah sepasang. Sambil bawak kereta pandang ke depan memasang harapan..

Sedih pulak aku rasa. Sebab aku nak sorang anak je...jangan fikir apa2. Aku memang penakut nak beranak. Dan ya pengalaman mengandung, beranak dan membesarkan Aqlan ni amat aku ingat sangat2. Sampai aku said NO to 2nd child bila ditanya dulu oleh ahli keluarga sewaktu majlis tunang Ana.

Aku takut aku lahirkan anak yang mana nanti dia warisi perangai dan sifat2 jelik aku. Aku tahulah apa aku dah buat. Takkan aku nak cerita keaiban aku. Jadi takut2 ni menghantui aku.

Apa pun percaya atau tak aku dah ada nama untuk anak nombor 2. Hahahah. Dan aku masih harapkan seorang lelaki sebab bagi aku senang nak jaga. Dari segi auratnya ya..

Dan kalau mengandung tu tak bolehla nak marah2 ke..nak benci2 orang ke.

Aku tak mengandung okay..cuma aku dapat beberapa perkhabaran gembira. Ada kenalan yang dah pregnant.

Hahahahaha jangan aku mengandung tak sedar macam Aqlan dulu sudah...

Kalau kena darah tinggi masa mengandung macam nilah..asyik nak kena cucuk sana cucuk sini....ini masa ujian gula. Dari pagi jam 10 sampai 10 malam ulang alik jumpa nurse. Siap tunpang berehat kat rumah kak pa.

Rabu, 3 Februari 2016

Frame Ke.....

aku memang gatal tangan sikit. sebenarnya sejak muda2 dulu..eh remaja dulu aku suka buat benda2 guna tukul la...paku la..selain dari jarum dan benang la. senduk dan garam tu sebab aku lapar nak makan ok...hahaha...

masa kemas rumah, laki jumpa frame2 gambar artis2 antarabangsa yang dia dah lama tak gantung. aku tanya apasal beli ke? ha yelahhhh...yang Sting sebab dia pergi konsert diorang.. itu baru satulah.. yang aku nak cerita ni pasal Meg Ryan. hahaha..

masa tu aku tengah mencuci macam2 benda depan rumah. dia tunjuk2 kat aku nak ke? or i nak buang je....aku pun tengok dan idea mari......aku cakap simpanlah dulu..adalah nanti i nak buat..

sekali ko....aku membuat pencarian...

paku...

sebab apa aku nak paku? paku pulak bentuk L tu. sebab aku nak gantung sesuatulahhh..

maka inilah yang aku dok buat sepanjang tengahari sebelum aku masak2 untuk perut laki dan aku..dan anak laa...

aku memang kalau dah concentrate satu benda...habissssssss....

dan waktu membuat pulak sekarang ada pengacau nama Aqlan...

nanti2 aku cakap kat dia kita buat projek bersama okay. Projek buat parking kereta2 mainan dia dan bandar kot... huishhhhhhh.. idea datang mencurah2 tinggal aku rajin nak start je. sebab once start, non-stop la jadinya.

Meg Ryan..siapa yang suka weiii? Aku ingat last cerita dia berlakon dengan Johhny Depp cerita Tim Burton tu.

Bahan2 yang aku gunakan..yang stationery kaler hijau2 tu tak. saja je nak buat penyeri.

staple kan tepi2 basi frame

terover exposed cahaya kain batik frame aku

penting nak gantung frame, jadi buat ni dulu ya

krmudian baru boleh mula membuat ukuran untuk letakkank paku L

style lama. ketuk paku sikit je..cabut balik dan skrukan paku L tadi, terlebih ketuk terus besar lubangnya

tadadadadadada

aku bagi upload gambar frame Meg Ryan kat IG, laki ingat nak buat untuk dia...tidak.....next projek je. ni aku punya. tinggal lagi nak gantung je kat bilik. apakah ini?