Selasa, 9 Februari 2016

Masak Berjemaah

Kelam kabut hari ni berkejar2 masa nak ke rumah Shahrin, kawan satu sekolah laki di Sunway. Mula2 beli ikan asin dan taugeh. sebab nak buat sayur untuk makan nanti. pastu beli beras Jasmine, kami berpakat nak try masak nasi ayam sama2..ramai2.

sampai2 je, Shahrin & Fina sedang masak2. aku sampai je basuh beras dulu. kena rendam 20 minit dan tos kan beras 20 minit. fuh tak pernah dengar ni. kemudian rendam ikan asin dan kupas bawang. nak kena masak terung berlada pulak..

sambil2 tu ayam stim dan roasted dimasak Shahrin. aku pun boleh pergi sofa sambil mata nak tertidur2 dah. nasi siap masak, kasi Aqlan makan dulu. nukan main laju dia makan sepinggan nasi tanpa lauk. sedap sangat la tu.. kemudian Rafiq datang pulak...hahaha...cantik dia kena masak terung sebab alasan aku tengah bagi makan kat anak. hahahah cam ngelat lak. tapi aku dah sediakan semua bahan tau.

jam 2.30 petang baru semua siap masak. adoyai...makan dengan penuh berselera masing2 sebab lapar katanya. lepas tu baru solat. melampau kekenyangan. tak boleh balik dulu...ada laki minum petang..adehhh gems2 la aku ni wei..








jam 4 petang makan pisang goreng, minum kopi Muar dan makan biskut balak. hahaha..memori sangat weiiiii...sambil2 tunggu tu lelaki2 layan TV depa tengok anime. Fina main kad dengan anak2 dia, aku? tidurkan anak pastu main Rayman. hehe..




tak lama kemudian kami pun balikla....hoii mengantuk tahap tinggi okay...dengan kenyangnya.. Alhamdulillah, seronok buat aktiviti macam ni. next time rumah kami pulak kot. nak masak apa pun dah ada dalam kepala tinggal nak try test ja...hehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.