Suami mengejut aku yang kemudian hanya mampu buka mata sambil jawab soalan2 dia.
"Kawan i yang kena strok tu dah meninggal. I tak tahu nak peegi ke tak.."
Pergi jelah aku cakap.
"Ada apa makanan? I nak kena pergi beli makanan ke?"
Ada ayam kiub 2..telor...pandailah i masak apa nanti. Kata aku.
Suami aku ni aku tahu kalau orang meninggal dia memang nak pergi tengok. Nak solatkan jenazah. Nak hantar sampai ke kubur. Aku tahu sangat dah perangai dia. Sepanjang aku kenal dia dah berapa orang kawan2 sekolah dia yang dah meninggal dunia. Dengan bermacam2 asbab dan musabab. Kerana nyawa milik Allah jua.
You drive ke? Dalam hati aku cakap Ipoh jauh jugak tu..laki aku pun macam aku kepenatan tak cukup dan puas tidur sebab semalam lepas balik makan2 kami kemas rumah. Sampai jam 1 pagi. Ye sejak pindah sepenuhnya ke Bandar Kinrara kami belum habis kemas..dari target 2 bulan dah jadi....4 bulan. Belum hias lagi.
"Shahrin ambil i nanti. Pastu Unte drive. Oklah i tak penat sebab dia bawak.."
Oklah camtu...aku pun tutup mata. Ya Allah mengantuk gila. Aqlan pun sedap je menyempit sebelah aku.
Last aku tahu dia nak pergi dapat morning kiss. Kikikiki. Okay laki aku ni..dia ni sangat bertanggungjawab. Memangla aku bersyukur kawin dengan dia. Bukan aku nak èekkkk kat sini. Tapi ya laki aku selalu ingatkan jangan selalu cerita kebaikan pasangan pada umum. Jangan tunjukkan sangat bahagia tu. Sebab kita tak tahu apa orang luar sana fikir.
Ha la aku citer laki tanya apa ada untuk dimakan. Itu je..aku pernah tanya balik kenapa asyik tanya soalan tu. Dia kata itu tanggungjawab dia untuk bagi aku makan sambil tone suara dia tinggi. Diamla kan aku. Dah dah...
Meh aku tunjuk aku makan apa hari ni.
Kalau makan kat kedai RM15 paling cikai kot. Nasibla ada semua bahan boleh masak dan makan berulang kali dengan anak. |
Sedap tu, makan berkali-kali pun tak apa... :)
BalasPadamBetul kakcik. Siap suami boleh makan juga.
Padamuntunglah masih ada benda yang hendak di makan :p
BalasPadam