In

Style Siakap

Kami dapat jemputan ke rumah kawan sekolah Zcat. 6km je dari rumah ke Sunway. So sebelum tu singgah Mydin Mart jap beli buah tangan.

Sampai2 baru nak call diorang dah keluar ajak masuk. Diorang tu bibiknya dan anak2 perempuannya. Hehe. Tuan rumah tengah bergasak dekat dapur.

Baru duduk kejap2 dah dipanggil makan. Wow..ini memang bestla..

Kami diperkenalkan dengan salted siakap dulu. Aku ingat nasi. Hahaha. Ok. Ikan siakap dibalut penuh dengan 4 pek kecil garam kasar berharga 42 sen setiap satu. Itu kata Shahrin.

Aku tak pernah makan siakap dibalut garam. First time in my life kot. Jadi dipecahkan kulit garam dulu ye. Lepas tu baru makan ikan. So ikan tu ada campuran daun rosemary dan bawang putih. Rasanya...erm sedap okkkk.


ikan segar dari pasar ttdi
Siakap stim ialah yang kedua. Kali pertama masak dia kata. Siakap bersalut garam tu dah kali ke 3. Makan ratah2 je dulu sebab nasi yang ditanak lupa nak tekan. Hehehe. Biasalah aku pun pernah alami keadaan camtu.


Juga ada lik resipi Jamie Oliver katanya. Sedap...

yang ni aku sempat rasa satu je. tapi rempah2 dia sedaplaaaa..

Bila nasi siap masak so adalah juga telur dadar dan sos2 yang berbeza2.

Kami punya dessert ialah buah jambu batu dan mangga yang bila makan krup krap bunyinya.  Last baru makan aiskrim yang dibawa tadi.

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...