In

Sebelum CNY

Hari ni mengemas rumah lagi. Aku kat ruang tamu dengan kerja2 mengutip mainan Aqlan. Zcat plak kat luar dan bergembira dengan pressure water jet yang dipinjam dari rakan seofis. Wah apa lagi membanting tulang la mencuci karpet2 yang penuh dengan bulu2 kucing. So hilang satu kerja mencuci yang aku buat sebelum ni.

Aku dengar juga longkang dicuci dan juga patio. Ehem...pastu mengadu sikitlah tangannya masih rasa bergetar kesan pressure water jet tu.

Aku terus ke dapur pasang penangkis kucing dan karpet di ruang sinki dan dapur. Kenapa aku pasang karpet? Sebab nak elak lantai berminyak dan licin. Nanti melekit2 aku memang tak suka. Idea ni aku dapat masa pergi rumah kawan lama. Tapi itulah...kadang kucing akan tinggalkan bulunya dan juga paling haru najisnya..angin mak...tapi bab2 mop lantai ni adik ipar yang buat. Aku menyapu je. Laki aku suka vacuum. Sebut pasal vacuum ni masa mula2 buat kerja, Aqlan punyalah menangis takut dengar bunyinya. Sekarang dia pulak nak tolong vacuum. Kadang aku saja buat2 nak vacuum kaki dia. Hahaha.

Jam 4 petang kami bertiga keluar. Masa aku tutup pintu dan gate, hujan turun selebat2nya. Nasibla Aqlan dah masuk kereta. Aku jugakla yang basah. Kat kaki seluar...beg telekong..

Kami ke Bangsar Village nak bawak Aqlan masuk tempat mainan kanak2 tu. Bawah 2 tahun kena RM17 je. Kalau dah over 2 years harganya ehem...

Kami makan kat Nutmeg. Last time pergi masa bulan 11. Masa jumpa kawan2 lama. Orang takde  sangat sebab ramai yang balik bercuti panjang kan..

Passion fruit with sugar cane. Sedap kot gigit biji2 buah. Aqlan pun tumpang sedut. Dia ni suka jus lah.

Share dengan Aqlan

Sedap weiii apple pudding

Lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Aku pun usha2 buku mewarna kat Boarders tapi tak beli. Paling murah RM29.90 kot. Kecil je. Ahahaha.

Last2 kami keluar nak top up makan lagi. yal cukup..Haha. laki ajak pergi Garage 51 tapi aku tak lalu nak minum minuman dia yang pelik2 tu sebab aku dah makan apple pudding sebelum tu.

Kami pun nak ke Mohsin TTDI. Aku nak makan Maggi goreng mamak dan teh tarik je. Laki aku pun terus tukar arah. Aqlan pulak tidur jadi kami pergi solat Isyak dulu siap2 kat Masjid TTDI. Aku lak wanita terakhir kat ruangan perempuan tu jadi wanita sebelum aku siap pesan suruh tutup semua lampu dan kipas. Siap tanya berani tak? ALLAH kan ada. Apa lak nak takut.

Kami memang solat bergilir sebab tak kejut Aqlan dari tidur.

Dah tapau semua kami pun balik. Lepas makan siap sambung kemas kerja tengahari tadi. Kemas stor pulak. Dan ada jelah barang nak keluar masuk.


Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...