Sabtu, 10 Ogos 2019

Balik Raya Haji 1440H Di FELDA Sungai Koyan

Indahnya balik beraya bersama keluarga. Walaupun tak semua ada, tapi tu pun dah penuh rumah mak...Ingat nak tidur dalam rumah mak, kena juga tidur homestay.

Kami balik sehari sebelum raya, Sabtu. Ahad raya so Isnin dapat cuti ganti. Laki tambah cuti sampai Selasa.

Cadangnya kami nak balik awal pagi. Dalam jam 3 pagi gitew. Hujan lebat sampai aku syok tidur sedar subuh je. Laki aku dah bangun jam 3 pagi camtu dia kata hujan lebat sangat camner nak gerak. Lagipun dia tengok jalan masih jem kat Gombak. Baik tidur je. Hahaha.

Kesudahannya kami keluar rumah jam 12.30 pagi. Sempatlah sahur kelam kabut minum air pun tak habis sebab dah masuk imsak nak masuk subuh lagi 10 minit je.

Sebelum balik singgah Shell untuk beli food bagi budak2. Aqlan la especially. Dia tu makan nak sedap.



Disebabkan jalan masih jem teruk KL Karak maka laki putuskan masuk jalan Jelebu. Hahahaha...Aku dan adik pernahlah ikut jalan ni dulu2...Masa tu dah lama....Aku pun pernah juga lalu sini ke rumah kawan2.

Jammed sekejap


Bawa balik 2 bekas penuh je. Yang sikit tu masuk freezer nak makan esok2.

Kami singgah solat jamak di Masjid Raub. Bukan yang kat simpang tu tapi selepas Petronas. Bersih je sebab tak ramai datang sini. Masa ni bau sambal petai yang kuat tu buat laki cek. Rupanya minyaknya dah terkeluar. So habis la karpet alas kaki. Takpelah basuh je nanti.



7 petang kami sampai la Koyan. Sebab berhenti kat 99speedmart kejap. Beli air nak buka puasa. Ais pun beli. Wah siap ada 2 kedai ni kat area Raub. Watson's pun ada. Wah wah..

So ada la yang puasa juga jadi kami buka puasa ramai2. Selepas dah makan..solat..sakan borak dan penat sangat dah badan tu baru balik homestay. Surprisingly homestay tu ELOK sangat2. Mula ada yang nak tidur dengan kami..last2 kami sekeluarga je tidur. Haha. Pasal homestay ni citer entry lain la.

Siap ada air mineral..biskut..

Lepas mandi..minum teh o panas baru tidur nyenyak..oh kena iron dulu....aduhai. alhamdulillah ada yang nak jagakan Aqeel esok bolehla solat raya kat Masjid Koyan yang baru..Hehe..

Khamis, 8 Ogos 2019

Cempedak Goreng

Last week mentua bagi 2 biji cempedak. Belum masak. Kami tunggula..hehe aku asyik dok belek kot dah berair, dah berpeluh2 dia kena balut dengan surat khabar. Hari ni aku belah dia. Of coz masa tu laki dah balik sebab kalau dia tak tolong jaga Aqeel nanti budak tu mulalah nak tolong kopek sekali.

3x goreng ya. Ini 1st batch.

Dah lama aku tak goreng cempedak. Laki aku suka makan. Dia balik cerita orang jual 5 biji RM4. Cekik darah betul. Aku sebenarnya pun ingat nak kopek tu makan mentah2 sikit dan simpan esok jelah baru goreng...haha..sebab aku dah masak nasi ayam. Tapi laki aku asyik tanya lebih 1x you nak goreng cempedak kan.. nasi ayam tu you simpan I bawak bekal esok. See laki aku nak makan jugak cempedak goreng, malam ni jugak. Hahaha..jadi lepas maghrib aku turunla masak. Minta dia jaga Aqeel lagi. Aku dah siap kopek semua sebelum maghrib. Siap pakai sarung tangan plastik. Bergetah weh..pisau aku pun kena minyakkan lepas tu.



Batter dari sini Majalah Rasa. Memang sangat sedap.

Lebihan


Aku tak ingat berapa biji semua yang aku goreng. Aku makan 11 biji goreng. 1 mentah. Laki aku makan banyak betul. Siap nak rebus biji. Aku kata takyahla..bila pulak nak rebus kalau simpan dalam peti ais biji tu. Sebab kan nak balik kampung cuti raya haji. Even mentua aku cakap kalau nak lagi dia bagi lagi bila kami balik Ipoh nanti. Adoi... aku memang suka cempedak ni. Orang jual dah la mahal.

Tengah2 makan sambil menyuap Aqeel makan nasi ayam. Titiber dia macam buat perangai lak. Dia ni memang tak boleh duduk lama kat bawah. Suka nak naik katil. Dia dah puas main kita tak siap makan ke...basuh pinggan ke..kalau dia dah bising tu kena bawak jugak naik. Sudahnya laki aku bawak naik lepas aku bagi dia susu. Tak boleh sambung makan cempedak dah. Macam dah kenyang gila. Manis leting takyah cakap. So ada sebekas juga bagi pada helper. Oh dia tak duduk dengan kami ya...dia datang cuci rumah 2 minggu sekali. Aku bagi kat dia sebab last dia datang dia bau cempedak tu. Tapi dia ni jenis tak mintak2. Kerja2 je.. tapi aku fahamlah dia teringin. Dahla mahal kan. Kalau dengar kisah dia aku pulak rasa bersalah sebab makanan selalu tak habis buang je. Tapi kalau bagi orang mestilah yang elok belum diusik. Kalau dah saki baki takkan nak bagi. So panjang kan pemberian dari mentua aku. Rezeki tu sampai pada siapa yang Allah pilih.

Aqlan dan Aqeel tak suka makan cempedak goreng buat masa ni lah. Rugi betul.

Selasa, 6 Ogos 2019

Chocolate Chips

Ni biskut easy step. Hanya perlu tambah telur dan mentega. Tulah resipi ikut kotak. Lama dah laki aku beli nak buat dengan Aqlan. Rasa lama sebab aku tengok 19 Ogos ni expired.

Yang pasti biskut ni sedap. Laku keras haha.

2nd round. Kecik sikit


Haha letak rapat dia kembang setaman terus member macam johan

2nd batch pandaila letak jauh2 sikit

soft baked cookies




Khamis, 1 Ogos 2019

Kek Coklat Walnut

Aqlan suka kek. Aku pun suka. Since dah beli walnut dari Mahnaz pastu bila makan camtu tak sedap sangat baik buat kek. Haha.

Resipi Google jek.

Aqlan memang membantu aku buat. Dia akan aku suruh basuh tangan. Lap. Pastu baru boleh tolong. Dia suka kacau2. Syok la tu. Layan jelah anak bujang aku ni. Adik dia main pinggan mangkuk biarkan.

Aku mintak laki cek kek dah masak ke.. dia cucuk2 kek ni..tu banyak lubang.

Gambar lain takdak sebab semua macam rakus makan kek ni. Aqlan tak suka kacang jadi aku tak bubuh banyak. Ikut resipi ada hias walnut atas kek. Kang dia nampak tak makan. Tu pun dia tanya apa ada dalam kek. Aku cakap walnut la. You remember Ibu chopped the walnut? Haha sebab dia excited waktu aku chopped dark chocolate sebelum masak atas air panas. Apa nama teknik tu? Aqlan asyik ingatkan..put the pot..water..and put another bowl and put chocolate Ibu.. dulu masa buat lava cake aku tanak buat. Masa tu dia dah ingatkan jugak. Haha. Ajak anak lagi tengok MKR. Kan...

Aku happy anak2 suka makan apa aku buat. Ada jugak masa diorang memilih.

Rabu, 31 Julai 2019

Mangkuk Kaca Ikoo Glass Cosway

Dah lama aim nak beli. Bila dah sedia beli tu barulah beli. Maksudnya bila ada keperluan baru beli. Sekarang fikir mana nak letak atas rak. Semua dah penuh.

Jadi ia masih dalam kotak. Tapi kita buat reveal siap2. Selama ni panaskan lauk banyak kali guna bekas plastik. Now ada kesedaran kita nak guna mangkuk kaca. Senang. Dari peti ais terus ke microwave. Untuk oven tak berani la nak guna ya.





Buat ukuran guna tangan. Nasib tangan tak gemuk.

Saiz paling kecil


Saiznya 300ml, 850ml, 1650ml dan 3050ml.

Beli ni sempena bulan harijadi. So jadi member ni bila birthday month boleh beli barang bernilai sehingga RM200 tapi bayar RM100 je. Jadi memang la setiap tahun aku akan buat stok untuk setahun terus. Mostly toiletries la. Sebab aku serasi sangat dengan ubat gigi dan berus giginya maka itulah yang wajib aku beli. Selain tu beli sabun untuk cuci drum mesin basuh, sabun pencuci ultra power untuk merendam tanpa perlu tonyoh2. Ada anak kecil ni kan..kadang budak2 ni najis terkena seluar. Aku rendam semalaman je settle esok tinggal bilas je. Begitu jugalah jenis najis2 lain yang keluar dari 2 lubang tu. Memang confirm bersih takyah tonyoh. Dah bertahun juga aku pakai. Pastikan kalau nak beli kotaknya warna merah. Kalau ahli pun dan harga cecah lebih RM20 untuk 1kg.. tu pasal suka beli time birthday..haha.


Tak kelihatan pulak sabun power tu. Kena tindan dengan drum cleaner.

Sabun Pureen tu dah tentu bukan dari kedai Cosway.

Dan sempena 40 tahun Cosway bulan Ogos ni free membership untuk setahun..So kalau nak jadi ahli free boleh la daftar dengan kedai Cosway berdekatan. Aku dah jadi ahli sejak 10 tahun lepas rasanya.

Jumaat, 26 Julai 2019

Hainan Chicken Rice Or Nasi Ayam Style Cina

Budak mana tak suka makan nasi ayam kan? Aqlan suka. Now Aqeel pun dah start makan. Aqeel tak cerewet bab makan. Seronok pulak menyuap budak ni makan.

Berbalik pada nasi ayam..aku mula suka nasi ayam hainan sejak berkahwin la. Laki  punya pengaruh makanan cina ni kuat sebab dia keturunan cina. So no wonder la Aqlan mata sepet cam cina kan.. aku yang bukan cina ni pulak dikata cina masuk Islam. Hahaha. Itulah yang berlaku kalau pergi mall. Ada je cina2 suka tengok anak2 kami.

Nasi.

Masa ni baru siap je belum kacau mesra

Planta 2 sudu besar
Kulit ayam
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia cincang
Minyak bijan 1 sudu kecil
Garam 1 sudu kecil
Air stok rebusan tulang rangka ayam 2 cawan.
Beras jasmine 2 pot basuh dan tos.
Semua ni masak atas dapur dulu baru pindah ke periuk nasi elektrik.

Ayam Stim.


4 bahagian ayam drumstick
1 bahagian ayam boneless sebab nak kulit. (Budak makan isi mana diorang tahu hisap tulang)
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
Halia 2 inci hiris mancis
Kukus 45 minit.

Puas hati masak sampai ke tulang takde merah darah tu.

Bab masak2 ni Aqlan suka sangat. Sebab dia suka tolong2. Tapi masak kali ni dia tak tolong la.. Haha.. sebab aku pun kalau renyah macam ni memang tak suka ditolong. Kita nak cepat. Selalu dia tolong kalau buat dessert.

Budak2 semua dah makan. Aku je belum. Nak kasi diorang tidur la..

Khamis, 25 Julai 2019

Aqeel Kena Post Fever Rash

Macam hurmmm? Korang pernah dengar ke post fever rash ni?

Masa aku buka baju Aqeel nak mandikan dia tengok2 satu badan depan belakang merah2. Eh risau tapi aku fikir ruam je. Tapi tetap mesej ke laki la. Sebab Aqeel baru baik demam 3 hari. Aqlan pulak ingat adik dia kena gigit bug.


Petang tu kami jumpa doktor jugalah nak  confirm. Laki takut campak je. Aku dah google siap2 semua aku tetap rasa bukan. Heyyy mak punya rasa hati ni lain tau.

Doc ni siap buat gambarajah kat aku. Sebab aku tunjuk kat dia rash tu dia pulak google tunjuk campak tu camner rupanya. Hehe. So dapat la calamine lotion dan ubat gatal/selsema. Alhamdulillah Aqeel tak menggaru dan dia mesti nak sejuk2 je tak boleh berpeluh2.

Kes post fever rash paling teruk pun kena masuk air je sebab tak lalu makan dan minum. Aqeel ni makan macam biasa je. Alhamdulillah.


Rabu, 24 Julai 2019

Ayam Dengan Kentang Bakar

Kisahnya tanak makan nasi. So nak cari resipi yang mudah..anak2 boleh makan..Tak pedas tu paling penting. Dan masa penyediaan cepat serta bahan senang dicari dalam dapur.

Apasal tanak makan nasi.? Biasa aku masak nasi mesti 2 pot. Kadang habis. Kadang tak. Kalau tak habis jadi nasi goreng atau cucur nasi atau paling sedih kena buang. Kalau masak 1 pot je..malam kalau lapar nak kena masak lagi. Haha. Pernah je masak 1 pot. Pastu makan jelah apa yang ada...kunun. Malam nak tidur perut bunyi2.

Resipi asal dari sini.. aku olah ikut tekak dan bahan apa yang ada kat rumah. Elena yang share resipi ni pun cakap dia nak buat masakan yang mudah disediakan.


Aku masak menggunakan Microwave oven jadi memang kena lain sikit caranya. Dari segi suhu dan masa.

Berebut kulit ayam dengan Aqlan.

Masa nak masak ni pun tak lama...prepared bahan pun tak lama. Sangat2 recommend untuk ibu2 yang nak cepat2. Macam aku ada 2 anak je pun...Tapi yang kecik tu mengikut aku ke mana2 je. Rak pinggan mangkuk paling bawah dah jadi play kitchen dia. Yang si abang asyik datang cek..ibu what are you doing? Ibu what you cook? Ibu when we can eat? Ko rasa.....?

So resipi aku yang diolah ya...

Aku pun tak tahu parts chicken sangat. Google la wei kan kalau tak pandai tu mengaku jelah. Hahaha.

10 ketul ayam bahagian drummette
2 ketul ayam bahagian thigh
8 biji kentang kuning saiz kecil (600gm)
2 labu bawang putih chopped
1 biji bawang merah saiz besar penumbuk (Haha. Tangan akulah.. Tangan korang tatau besar mana...) potong kasar
Serbuk Oregano
Serbuk cili
Garam
Lada hitam blend kasar
Minyak zaitun untuk masak

Semua ni campur dalam satu mangkuk besar. Lumur2. Tak yah perap..sambil tu panaskan oven 180°. Patut 200°. So aku guna mode hot blast. So 4 minit setengah oven siap panas..aku pun masukkan dalam loyang kek. Aku takde bekas sesuai. Alas loyang dengan kertas aluminium dan bubuh minyak zaitun. Masukkan bahan semua..aku susun satu2. Pastu bubuh lagi minyak zaitun atas bahan2 tu. Ha masakla 65 minit.

Masa ni tak bubuh minyak atas bahan2. Patut minyak tu pun kena dilumur sekali dengan bahan2 tadi sebelum susun dalam loyang.

Takkan nak keluarkan balik so aku just spread over olive oil atas bahan2.

Ikut resipi 45 minit masak suhu 220°. Tapi aku kena tambah lagi 20 minit sebab kentang tak cukup tender. Microwave oven kan..

Siap lepas 65 minit masak in total dan rehat 14 minit dalam oven. Al Dantè uolls.

Tataula aku boleh eat healthy clean bagai tu. Yang penting masakan dibakar dan di stim lebih baik kan. Doakan diri ni nak buang lemak..bertahun dah sejak beranak pinak dia duduk tempel kat belly.

Selasa, 23 Julai 2019

Melayu, Tapi Belajar BM Pandai Tak?

Masa sekolah rendah ada satu peperiksaan.. soalan dia kena tambahkan kata "ter" "ber" macam tu lah. Aku pun jawab satu tu perkataan tu LUAR aku tambah jadi "KELUARGA". Bila dapat kertas jawapan balik, dah salah. Aku sedih dan murung. Masa tu darjah dua. Tapi bila final exam aku jadi pelajar terbaik untuk BM. Dapat la buku2 cerita. Aku sayang sangat buku2 tu. Buku yang sesuai untuk bedtime stories tapi aku tak pernah dibacakan. Bedtime stories ni omputeh je buat zaman2 tu. Aku dah boleh baca buku cerita sejak umur 6 tahun. Buku favourite aku Badang. Hahaha.

Masa tingkatan 5...fast forward terus kan...

Cikgu BM aku garang gila. Cikgu Noraini. Ya tuhan aku dapat E untuk karangan BM. Ko rasa? Aku nak ambil SPM ni. Tapi itulah keputusan untuk ujian bulanan yang ke berapa tah. Murung aku tak yah cakap. Susah gila..bab koma ke noktah ke baris selang semua kena PERFECT. Aku dah la orang yang belajar bersungguh untuk pass exam je. So...memang bersungguhla aku belajar. Last2 SPM aku A2 je untuk BM. Haha. Ni mesti karangan. Hantu betul
memang tak pandai kan..kena ikut step. Permulaan, isi, rumusan. Giler...

Dan sebab tak pandai BM sikit jadi nak masuk UKM sebab dengarnya masa tu UKM silibus dalam BM dan pensyarah cakap BM. Takut aku nak masuk universiti cakap English. Aku cakap gagap. Lembab. Haha. Terkial2 takde confident.

Dannnnnn..........sebab pandai BM ni bila masuk kerja, aku selalu kena ditugaskan buat surat rasmi untuk dihantar ke jabatan2 Kerajaan. Acknowledgement dari bekas2 bos aku. So yeah...aku memang ada masalah sikit bila lihat ejaan salah, perletakan tarikh semua tu boleh bagi eyesore kat aku. Fah macam cikgu grammar BM pulak aku masa tu. Haha.

Now anak sulung aku, Aqlan tu nak kena ajar bercakap Melayu. Sian ko jumpa kawan sebaya bercakap tak reti..yang tu BM yang dia ni BI jadinya main2 jelah buat isyarat badan. Haha. Tahun depan dah nak sekolah nak. Harap cikgu ko tak pening.


Sabtu, 13 Julai 2019

Lama Dah Mengidam Nak Gunapakai

Betul la influencer dalam IG atau blog ni boleh membantu marketing sesebuah perniagaan. Tapi diorang ni kena pandai jugakla. Jangan nampak sangat dibayar. Kena buat2 professional marilah target pengguna macam aku ni terjebak. Hahaha tahniahla kepada Azlinda Alin dan Suzie Jepun Mari. Sebab aku asyik skroll post korang aku rasa nak beli jugak. Hehe.

Aku memang terkejut bila Nivea buat product untuk baby. Ya ampun..terus nak try. Jumpa di Watson's. Tiada di Guardian. Ok aku tahu bila baca dari IG isteri Shamsul Yusuf. Puteri Sarah Liyana? 

Sebenarnya ada yang smoothie berry tu diskaun 40% boleh dapat harga RM11++ tapi aku macam nak beli yang ni jugak sebab terikut kata Suzie Jepun

Ada free lagi. Tapi tak banyak dah yang free. Harusla aku menjadi sampai jumpa yang ada free. Hahaha. Ok RM18++ ni ada dekat Guardian je. Berbaloi la 1kg free lagi...ahahaha

Ok aku memang tak boleh stick dengan satu2 jenama sebab kulit aku akan takde perubahan atau akan jadi lebih teruk. Kering la selalunya. Jadi kali ni dah jumpa kat Watson's kenalah beli. Haha.

Yang ni kat kiosk. Tak tiru siapa2. Dah pernah ada sehelai warna kelabu. Sedap pula pakai. Beli hitam pula. Nasib je jumpa. RM28.

Aku teringin gak nak beli innersejuk tu. Kan harga RM42 sehelai. Apa rasa drychill fabric tu. Ada siapa2 pernah pakai ke mehla share cerita. Aku kalau pandai buat inner jenis ni aku buat dah...kain tu memang susah sikit nak cari. La ni nak cari kain scuba. Katanya cantik terletak buat awning tudung segera.
, ,

Patut Ke Mak Jah Je..Sampai Uncle K Pulak

Lepas kejadian mesin basuh buat hal, dah ok aku basuh kain 4 round terus. Cuaca pun baik panas sangat2. Apa lagi naikla rajin tu.

Ayam mentah dah bawak keluar. Ingat nak masak ayam rose atau ayam halia. Breakfast ingat nak masak penkek. Sekali naik bilik laki ajak sarapan luar. Ok kita ke Mak Jah la. Aku pun pakai baju ala kadar jelah sesuai dengan kedai tu. Ehehe..

Dah on the way atas jalan tiber ajak ke Uncle K di SACC Mall, Shah Alam.

Aku pun teringatla ayam mentah...atas sinki.

Nasi goreng kambing. Aku makan sejak tengok dalam JJCM tahun berapa tah. Dulu2 ada kat TTDI.

Nasi Arab untuk Aqlan dan Aqeel 

Nasi goreng daging black pepper



Dah sampai kami makan nasi. Makanan beratla. Kemudian Aqlan masuk main kat indoor playground tingkat 3. Aku jalan2 pergi Watson's la..Naelofar la..memang ada je kan angkut kalau takde laki kat sebelah. Macam bebas kejap. Hahaha.

Weekend RM20 untuk 3 tahun ke 12 tahun kot. Tak ingat la had umur. Stoking RM4. Aqeel tak masuk. 





Dah habis shopping aku cuba nak ke Guardian tapi gagal. Rupanya kena turun escalator. Aku asyik guna lift ke B. Nampak parking jelah.

Selepas solar zuhur cepat2 ajak balik tengok cuaca macam nak hujan. Teringat kain di jemuran. Teringat ayam..harap2 tak busuk.




Mengintai Aqlan makan Kinder Bueno

Lepas biskut ke 2

Venti

Grande

Tapi sempat juga minum Starbucks lagi. Drive thru je. Free kad masih berbaki RM30. Laki pun dapat claim lagi 1 air free. Haaa dia pun suka dark Caramel coffee Sphere Frappuccino tu. Sedap wehh kali ni kopi lagi bitter.

Sampai gate rumah tak dan2 angkat baju. Hampir semuanya kering. Panas betul ya. Sebab ada yang disidai bawah porch.