Ahad, 27 Jun 2021

Tak Rajin

Jadi apakah yang rajinnya?

Klik2 kat butang Shopee or WhatsApp or Instagram. Sorry Facebook memang aku malas nak klik2. Telegram pun aku tak suka join group..cukupla group family, sekolah agama anak dan personal shopper yang jarang update. Haha.


WhatsApp selalu tengok group sekolah rendah anak ..Isnin Jumaat kerja sekolah kat situ...group khas adik beradik sahaja tanpa ipar duai or anak buah..group sekolah menengah ada la follow kang senyap pulak tatau cerita kawan2..tapi group ofis lama memang tak join..aku keluar sejak bahang PRU 2018. Tapi kawan2 kat Petrosains..ex volunteer tu memang aku join. Hahaha..kadang2 aku baca je. Aku ni memang malas nak berbalas mesej sangat. Juga jenis tak tanya khabar selalu. Aku introvert tahap gila.


Agak2 dengan perangai introvert aku ni ada kawan2 or kenalan yang makan hati. Dahla PKP lagila aku tak pi menziarah. Kalau tak dulu2 aku suka tiba2 datang. Tapi call la..cuma bila lalu kat satu2 tempat yang aku tahu kawan aku duduk situ mulalah aku call tanya2. Laki aku je nasib nak layan aku ke tak..selalu dia layan je..dia tau sebab aku ni susah nak berkawan..so kalau aku nak jumpa tu kira special la. Haha.


Aku rindu kawan2 baik aku..memang tahu rumah diorang kat mana. Kecuali kawan sekolah menengah aku tahu rumah parents diorang adala..tu pun tak semua...dah dulu kerja p makan rumah orang tu kan.. muka tebal 14 inchi.


Kadang2 aku rasa aku ni jenis take for granted person ke Atau aku ni mind own your business? Sebab aku macam tak peduli semua..kau cerita aku hadap je..mati kat situ kisah kau..paling2 aku cerita kat laki aku. Kalau cerita tu terlalu peribadi aku diam je..aku cerita kat laki bila perlu.. dah tu dia je kawan sebilik aku 😅. 


Aku rasa most annoying thing ialah kita ni mengumpat pastu terjadi fitnah. Aku ni nak elak sangat benda2 ni..la ni kat media social pun orang mengumpat. Dah tu aku baca komen tak reply pun kira dah mengumpat dalam hati? Tulah sebabnya aku ni malas nak pergi jenguk2 sangat social media tu. Baik aku tekan butang gembira..esok2 barang sampai.. haha. Pitam.


Oklah aku suka layan Reels kat IG sekarang ni. Blog aku ni pun tak lama lagi dia akan kurang pengunjung sebab aku dah start malas nak buat entry. Aku pun tak pergi baca blog orang dan komen2 so tak berharapla..


Apa pun sedihla akaun Nuffnang tak sempat cash out duit nak dekat RM100 juga. Apa dah jadi ek..aku pun dah malas fikir...baik baca buku cerita la.



Aiskrim ni sedap la...berebut dengan anak. Camner..

Sabtu, 1 Mei 2021

Istihadah Dan Haid

Bila belajar bab Feqah memang ni satu bab yang wajib diketahui perempuan dan lelaki. Perempuan semestinyala wajib sebab dah tentu akan kena haid.. Lelaki pula kena ambil tahu sebab bila dah berumahtangga, bukan pasal emosi perempuan je kena tengok tapi dah tentu tak boleh ada hubungan kelamin dengan isteri tu bila dia dalam haid. 

Aku tanak cerita panjang..cukupla penerangan dari orang yang arif.. cuma nak cerita pengalaman aku sendiri je. 

Sepanjang aku hidup ni belum pernah kena istihadah berhari2.. istihadah ni darah penyakit ya.. mean darah yang keluar lebih dari waktu haid iaitu 15 hari 15 malam. Meaning waktu haid paling pendek 1 hari 1 malam. Normal 7 hari dan paling maksimum 15 hari 15 malam la. Waktu suci dari haid juga ialah 15 hari 15 malam minimum. Jadi kes kalau belum sampai 15 hari 15 malam waktu suci dah datang balik period tu..tak dikira haid tapi istihadah. Jadi bila istihadah kenalah wajib buat ibadah solat dan puasa di bulan Ramadhan. Cuma setiap kali nak solat kenalah membersihkan diri dan tukar pad tu setiap kali. Ibadah sunat lain boleh dibuat. Sila rujuk penerangan dari blog mufti wilayah. 

Kes istihadah jadi kat aku. 1st Ramadhan tahun ni dah period. Tapi belum cukup tempoh suci..2 hari aku kena puasa dan solat macam biasa...kena tukar pad setiap kali solat tu memang dibuatla... walaupun pada waktu pendek antara maghrib dan isyak. Exhausted tu lain sikit...sebab period 1st dan 2nd day memang banyak..puasa lagi.. tak cukup air tapi relax dan chill ajelah. Laki cakap dugaan...sabar. 

Bila hari ketiga Ramadhan, period aku pun dah dikira haid jadi takla berpuasa. OK...pada hari ke tujuh period ends so mandi wajib...dan boleh la puasa. Kemudian sahur la..tiba kena period balik padahal aku dah cek memang dah bersih. Bab cek ni kenalah guna kapas kata orang dulu2..aku pakai putik kapas jelah senang.. And berlakula sampai 4x mandi wajib barulah aku baru betul2 dapat berpuasa. 

So ada hari aku dapat puasa penuh tapi esoknya period balik jadi kena ganti puasa tu tau. Total 12 hari aku kena ganti. Hahaha..aku gelak kat diri sendiri sebab inilah first time dalam hidup aku kena ganti puasa dengan banyak. Biasa tak kena period bulan puasa..Kalau kena pun tak la banyak kena ganti..kira kalau puasa 6 tu sap sap soi je memang habis ganti puasa juga. Ini kali ketiga aku alami period putus2 ni. Bukan bleeding banyak..tu kalau berlaku kena jumpa doktor la. Jumlah dia cuma setitis dua..macam main cak cak.. kejap ada kejap takdak. Kakak aku cakap itu tanda2 nak menopause. Awalnya wak..aku baru 44 tahun ni..haha..

Ada juga aku baca sebab aku tak period lama jadi bila dia keluar berhari2 tu sebab badan tengah nak bersihkan darah lama. Tempoh dari aku mengandungkan ke Aqeel sampai nak period pertama kali tu 3 tahun..lama kan.. Aku pulak lepas tu bulan ketiga aku start makan tneeq keluarkan Rizalman. Start dari tu period aku memang tak miss. Cuma tiba2 kali ni berhari2 pulak datangnya. Aku makan 60 biji je..lepastu aku dah makan vitamin C je..Serius nak maintain tneeq tu kena ada duit banyak sebab aku tak mampu nak beli harga asal...tunggu sale aje..dah tu kena berebut pulak beli kat website. 

Oklah dah melalut pulak. Harap perkongsian ni sedikit sebanyak ada manfaatnya. 

Istihadah 

Darah keluar lebih dari tempoh haid atau tempoh suci dari haid iaitu 15 hari 15 malam. 

Puasa Ganti (contoh) 

6 hari haid
1 hari suci dan mandi wajib 
2 hari haid 
1 hari suci dan mandi wajib 
2 hari haid 
Suci sepenuhnya dari haid dan mandi wajib 
Maka 12 hari kena ganti puasa walaupun ada hari tu dah mandi wajib dan berpuasa. Tetapi sebab ia berlaku dalam tempoh haid 15 hari 15 malam..maka wajib ganti puasa.
Ini ilmu masa belajar di sekolah lagi. La ni praktis sebab baru kena. Kadang2 aku fikir Allah bagi aku pengalaman ni sebab nak uji adakah aku akan beramal dengan ilmu yang aku pelajari. Ilmu tanpa amal sia2. Amal tanpa ilmu, gila - kata2 Imam Ghazali.

Rabu, 20 Januari 2021

Abangku Yang Ke-3 Telah Meninggal Dunia

Seminggu sudah berlalu. Aku masih teringat2 cara kematiannya. Aku masih ingat adik aku call suruh datang cepat ke kediaman abang. Dia juga hantar gambar abang.

Abang aku telah meninggal dunia. Keseorangan. Tapi Allah telah gerakkan hati adik aku untuk ziarah dia petang tu selepas balik kerja. Adik mesej kami dalam group adik beradik bagitahu dia nak ziarah tapi tak bawa kunci. Hampir kami semua adik beradik ada kunci rumah abang sebab dulu mak tinggal dengan abang. 

Abang aku pun sebenarnya dah balik tinggal di Koyan. Dijaga oleh kakak aku. Tapi sebelum PKPb dia balik ke rumahnya. Dia mahu tinggal dirumahnya. Masa tu mak pun nak ikut tapi aku tak bagi. Sebab abang pun tak berapa sihat nak jaga mak. Abang aku masa tu dah kena mild stroke  kat muka dia. Sebab tu kami risau juga dia balik rumah dia dan tinggal bersendirian. Tapi katanya kawan2nya ada untuk tengokkan dan tolong dia. Tak siapa dapat pujuk dia balik untuk tinggal di Koyan semula. Yang memang rajin jenguk abang aku ni adik aku. Dia pandai layan..selalu bab2 motor la. Diorang ni kaki motor. Maksud aku beli belek..pastu beli lagi belek lagi..haha.

Sesampainya adik aku dia ketuk2 pintu tak berjawab. Puas dia ketuk last2 dia minta jiran abang aku pecahkan pintu grill. Pintu kayu tak berkunci. Dan masa tulah adik aku jumpa abang seperti sudah tak bernyawa. Adik call dan kata "abang lut macam dah tak ada..."

Aku masa tu baru lepas habis makan. Terus naik bagitahu laki aku. Laki aku pun dah rasa semacam..dia tengah mengaji. Jadi kami terus gerak lepas Isyak. Aku pulak nak kena hantar anak2 ke rumah mak angkat minta dijagakan sekejap. 

Kami sampai masa tu polis dan ambulans sudah ada. Orang penuh. Kematian mengejut. Adik aku pun sudah ke balai untuk buat report.  Keadaan agak kelam kabut bagi aku. Katanya forensik nak datang untuk cek sekiranya abang aku dijangkiti covid19. Sebab prosedur akan jadi berlainan. Aku naik atas tengok anak buah lelaki aku sudah menunggu. Kami tak boleh berbuat apa. Tak boleh alihkan abang yang terbaring atas katil, kedua2 belah kakinya jatuh ke lantai. Nak tutup pun tak boleh. Orang makin ramai datang nak tengok dia. Seorang kenalannya datang minta ditutup badan abang tapi kami tak dibenarkan usik apa2. Lama2 polis naik dan halang semua orang dari naik ke rumahnya. Satu keaiban bagi abang aku. Tapi abang aku lengkap berpakaian.. cuma saat2 akhirnya di dunia mungkin struggle dengan sakit yang amat sangat sehingga keluar darah dari mulut. Aku terkaku sekejap.

Kemudian aku sudah pening kepala. Aku perlu balik ambil anak2 di rumah mak angkat sebelum jam 12 malam. Esok PKP kedua pula start di Selangor. 

Tarikh kematian abang aku...12 Januari 2021. Selasa. Dianggarkan jam 8.30 malam. Tapi aku rasa lebih awal. Sebab adik aku mesej jam 8.35 malam dan sebelum tu dia dah puas ketuk pintu rumah sebelum akhirnya berjaya pecahkan selak mangga pintu grill. Anggaran kami abang aku sempat buka lampu dalam rumah sebab abang aku bukan jenis on lampu awal2 lagi. 

Kawan2 abang yang datang pun bagi macam2 maklumat. Katanya abang aku sakit kepala minta belikan panadol sebab dia dah tak boleh bawak motor ke kedai. Mereka juga ada yang keluar lepak2 dengan dia hari Sabtu. Hari Ahad abang aku start sakit kepala yang amat sangat. Mereka nampak dia di kedai untuk beli panadol. Aku ambil maklumat yang hampir tepat je. Berdasarkan pil2 atas meja..abang aku memang sakit kepala dan makan panadol. Kemudian dia ke tandas. Lepas tu masuk biliknya. Kemungkinan diserang sakit jantung atau stroke dan kali ni..Allah lebih menyayanginya. Dan cukupla sudah dia sakit di atas dunia ini.

Aku akhirnya balik. Sempat ambil anak sebelum jam 12 malam. Tapi masa otw balik ke rumah memang dah lebih masa. Jarak 8.5km ke rumah aku dari rumah mak angkat. Tapi laluan takde kelibat polis peronda.

13 Januari 2021 laki aku ke balai polis untuk ambil surat. Hari ni kami nak ke pengebumian jenazah. Cerita anak buah aku forensik datang dalam jam 1 pagi lebih. Mereka siap berpakaian PPE. 5 jam untuk tunggu keputusan covid19. Adik dan anak buah balik ke rumah masing2. Kepenatan. Abang sulung pula sesudah subuh bertolak dari Raub naik motor. Semuanya macam tak terjadual dah. Kakak sulung aku minta kakak di kampung bawakan juga mak untuk kali terakhir melihat abang. Kami masa tu memang chat dalam group family tak henti2. Risau abang ada covid19. Mak tak boleh tengok jenazah. Mak warga emas dan macam2.

In the end...abang aku bebas covid19. Jadi tak perlu post mortem juga sebab ada report kesihatan. Sebelum ni abang aku dah beberapa kali masuk hospital Sungai Buloh sebab darah tinggi. Jadi jenazah dilepaskan dan dimandikan di surau berdekatan rumah dia. Nak dijadikan cerita..abang aku baru buat khairat kematian 2 hari sebelum dia meninggal. Ya Allah..hati dia sudah tahu ke? Sepatutnya juga ada jenazah lain yang perlu dimandikan dulu..tapi sebab ada proses tak lengkap, abang aku dapat turn. Anak2 buah yang mandikan kata proses mudah sangat. Mandikan pun mudah. Darah merah masih mengalir walaupun selepas dikafan.

Hari pengebumian, aku dan laki hantar anak2 ke rumah adik ipar dulu. Siap belikan makanan. Tak mahu susahkan orang. tak tahu berapa jam kami akan luangkan masa...jadi kami yang terakhir tiba. Kemudian tunggu punya tunggu rupanya salah tempat tunggu. Kawasan pengebumian abang aku atas lagi. Nak marah pun tak boleh..tu pun lepas call anak buah. Mesej2 semua tak dibalas. Jadi masa tiba, talqin sedang dibaca.





Tempat salah

Yang betul

Kami diminta beredar cepat. Jam 4 petang ada jenazah lain pula. Hari itu sahaja ada 4 jenazah. Jenazah pesakit covid19 pun ada tapi dikuburkan di kawasan yang kami sesat tadi. Maka kami semua beredar segera dan pulang ke rumah arwah abang. Di situ kami makan dan kemas2 apa yang patut. Makanan kena bawak balik, suis2 elektrik kena tutup. Gas kena tutup dan cabut kepalanya. Kemudian bermesyuarat sekejap. Kami pilih adik aku untuk selesaikan semua. Aku kasihan juga tapi aku cakap terus terang sahaja. Adik aku akur sebab memang dia pun lebih cekap dalam hal2 ini. Syukur ada adik yang pandai dan bertimbangrasa.



Masa pengebumian tu aku tak menangis. Aku ni keras hati ke apa? Aku cuma mengalir air mata. Sedih memangla sedih. Ada kenangan yang terukir dengan arwah abang. Mak aku dah tentulah sedih. Kakak2 aku pun siap ada yang menangis sampai bengkak2 mata. Yang tak hadir cuma 4 beradik. Mereka duduk jauh dan ada hal tak dapat dielakkan.

Di rumah abang


Malam tu mak tidur rumah aku, adik aku tumpang tidur rehat sekejap. Kak Ma dan suami serta seorang anak buah pun ada. Masa makan mak bercerita pasal abang. Esok pagi masa sarapan mak cakap mak mimpi abang datang senyum2 kemudian pergi. Mak aku redha. Ibu mana tak sedih anak pergi dulu.

Abang aku ni duda tanpa anak. Tapi masih baik dengan bekas isteri. Aku rasa macam diorang nak berkawin balik pun ada. Tapi Allah lebih tahu rahsia mereka. Jadi masa pengebumian, anak saudara bekas isteri abang aku pun datang ziarah.


Raya Haji yang lepas


Abang aku, tiada hutang duit...rumah sudah siap bayar habis lepas dia keluarkan EPF semasa umur 55. Kereta dan motor pun dah settled. Senang betul ajalnya sampai. Sempatla dia beli motor kegemaran dan ride dengan kawan2. Aku rasa dia tiada kekesalan. Cuma aku je kesal sebab kadang2 tak faham dengan keinginan sebenar dia..kenapa dia nak tinggal di rumahnya berbanding tinggal di Koyan..Betul2 3 bulan sahaja dia tinggal sendirian.

Laki aku cakap kita ni, mati memang sendiri. Walau adik beradik ramai, kawan2 ramai or ada anak2 akhirnya kita kembali bersendirian. Bersediakah kita?

Khamis, 31 Disember 2020

عقلان دهاري اخير ڤستي

Aqlan Di Hari Akhir PASTI

20 hb Disember 2020 cikgu di PASTI nak buat majlis graduasi yang kecil2 untuk anak2 umur 6 tahun. SOPnya pelajar datang pada masa yang telah ditetapkan. Aku sengaja tulis nama Aqlan bersebelahan masa dengan kawan baik dia. Kot2 la nanti jumpa bolehla tanya khabar budak2 ni.

Masa untuk Aqlan jam 10.50 pagi. Mentang2 la rumah dekat...10.45 pun masih kat rumah tengah bersiap2. Elok kami sampai pelajar yang berkenaan sebelum masa Aqlan pun masih bergambar. Biasala ni mesti ada masa terlebih. Cikgu peruntukkan 10 minit je setiap pelajar.




Ada seorang cikgu tak hadir sebab tak sihat. Cikgu tulah yang mengajar secara online melalui Zoom dan WhatsApp masa musim covid.






Dengan kawan dia Zayyan. Mula2 balik sekolah dulu tanya siapa nama kawan dia..dia sebut kurang jelas..elokla mak Zayyan ni pun cakap anak dia selalu sebut nama Aqlan. Hopefully baik2 je anak2 ni. Mereka akan bersekolah agama yang sama.


Khamis, 24 Disember 2020

,

چارا نق ڤيسهكن ڤڽوسوأن انق

 Cara Nak Pisahkan Penyusuan Anak


Wean off. Dah berjaya...bukan mudah ya..so aku berjaya juga akhirnya walau dugaan tu lebih kepada kesian ke anak..

Ada macam2 cara nak hentikan menyusu anak ni. Ikut nasihat nabi, 2 tahun tempoh menyusu. Aku cadangnya nak susukan hingga 2 setengah tahun. Sebab Aqeel ni minum susu formula kurang. Memang banyak menyusu kat aku je. Lama2 aku dah tak tahan sebab bila dia dah ada gigi dia asyik menggigit aje. Ingat tak sakit ke wei.....emosi terganggu sangat.

Jadi aku pun memulakan proses wean off ni betul2 pada 14 October 2020 sempena PKP kat Selangor. Hahaha..

So adalah aku baca orang dulu2 sapu kopi la..bubuh daun kobis la..aku macam haaaaaaaa?

Cara aku senang. Aku beli silicone nipple cover. Aku beli juga silicone nipple shield breastfeeding dan silicone breast boob lift up. Ok yang manakah paling berkesan?

Silicone nipple shield breastfeeding



Dah terlambat beli ni..patut beli masa baby gigi belum tumbuh..dah tumbuh banyak dia takkan menyusu sebab dia tak suka silicone tu. Hahaha..gagal.

Silicone nipple cover



Ok yang ni berkesan....anak tengok dia rasa eh dah goneeeeee...so dia gelak2.. tapi ada hari emosi melanda dia akan marah dan nak buka.. tapi yang tak bestnya benda ni mudah lekat habuk... so rajinla membersihkannya. Dan kena simpan elok..aku beli tanpa bekas..so memang rosakla..habuk ajerr..

Silicone breast boob lift up



Yang ni pun ok..lagi kuat lekatan tu. Tapi aku alami masalah kulit merengsa pulak. Jadi terpaksa ditinggalkan dan dibuang. 

Anyway lepas sebulan berlalu ingat dia tak ingat ke....dia tetap akan cuba cari jadi aku memang pakai juga walau kulit dah naik ruam..dah kena dermatitis pulak. 

Alhamdulillah akhirnya susu pun dah takde keluar langsung. Memang macam2 emosi dan pujukan kena buat. Kadang2 aku lari tidur bilik Aqlan sampai Aqeel dah tidur baru aku masuk balik. So memang Abah dia la kena tidurkan.. kekeke..

p/s: all image from Shopee 

 


Sabtu, 28 November 2020

شوڤي كوتق دوإيت

Shopee Kotak Duit


Melayan pulak aku tengok AC buat live untuk Shopee Kotak Duit 26hb lepas. Untuk pengetahuan kalau kau nak join masuk senang je..simpanla nombor cabutan..sebab cabutan dibuat Isnin hingga Khamis sampai 12.12.2020. 

So sambil berharap Shopee call ko..dah angkat HP tu kena jawab 1 lagi soalan. Sebelum pilih kotak...so masa aku tengok tu..panggilan pertama tak dijawab walau Shopee dah call 2x. 2x je depa akan call ok. Next depa akan call nombor lain pulak. Sebelum tu dia cabut 4 nombor sahaja. Nasibla nombor siapa dia akan call..kertas cabutan tu pun dia minta pengundi vote nak buka sampul nombor berapa.

Ok..Kali kedua Shopee call..so owner tu angkat. Dari JB. Dia kena jawab apa gambar belakang dari note RM1. Dia jawab betul...so next AC minta dia pilih abjad dari kotak2 yang ditandakan dengan hurup2 dari ejaan SHOPEE..maka dia pilih hurup E merah. AC tanya final ke...dia jawab ye..nak pendekkan cerita AC offer dia ambik RM500 takyah buka kotak. Dia tanak..offer pulak RM1000 pun dia tanak. Last2 buka...dia hanya dapat RM12. Adoiiii...

So hari tu huruf S la yang ada nilai RM12,000. Lain2 ada RM120, RM1.20, RM1,200 dan RM0.12..hahaha kotak untuk AC 12 sen..hahahaha lawak juga AC aku tengok malam tu.

Ok ni bukan artikel berbayar. Aku cuma tulis sebab kot korang scroll2 Shopee bolehla amik nombor..nasibla nombor korang naik..sedia jelah..hahaha..depa akan call jam 9 malam Isnin hingga Khamis. Tapi nombor hari2 tukar tau. Mana tahu anda lebih kaya RM12,000 hari ni berbanding semalam. Cehhhh..

Black Friday aku tak beli apa pun... layan tv ajoh. Tapi sebelum tu sempat buat vadey dan frozen kan. 50 biji dari 1kg kacang dhal.




Rabu, 28 Oktober 2020

بلي بارڠ ريزلمن

Beli Barang Rizalman 

Aku bukanla pembeli tegar. Haha. Dulu aku follow pastu unfollow pastu follow balik IG dia masa dia punya followers nak cecah 1 Juta. Ko mampu? dia bukan buat IG review ke apa..IG bebas iklan kecuali iklan barang sendiri. 

Rizalman ni designer. Lepas dia kata nak bersara pada Feb 2020 tu dia memang takmo buat dah baju2 yang macam dijual di Zalora kecuali baju tempahan klien2 sedia ada..or ada klien baru..kira lebih personal la. Tapi dia buat pulak jualan barang2 yang dia suka pakai dan kualiti memang tip top la. Hanya ko mampu atau tak je. Takde paksaan. So sapa nak tahu lebih lanjut p la tengok IG stories dia ka..hehe.

Ok mula2 aku nak apron kulit tu. Dah bayar ke PS tapi habis..so PS pulangkan. Penangan barang jualan nama Rizalman ni macam pisang goreng panas. Letak habis..letak habis. Dah macam tu..tak mampu redah garaj sale..upah PS. Tak mampu battle dalam internet upah PS. Bukan biasa2 ya..nasib aku tak gigit jari..apron tu best boleh tulis nama..angan tak tercapai.

Pastu keluarla apron dan beg pulak. Aku pun upah PS gak..dapat weh...hahah happy. Ni masa garaj sale jadi memang murahla sikit.

Sampai la ni aku masih belum basuh apron sejak 1st time pakai. Haha. Beg tu aku suka bawak p shopping ke Watson's. 


Kemudian aku nak beli Tneeq. Perasan kalau setiap 2 bulan Rizalman akan buat sale..murah la dari harga asal. PS pulang duit. Gagal dapat.

Kemudian aku beli mask pulak. Beli terus untuk anak2 sekali walau depa tu masih kecil. Supaya dah besar esok jangan tanya aku kenapa tak dapat. Haha.. syok la pakai mask dia ada poket untuk filter.


Pastu beli pulak sanitizer. Adududu memang mahal..tapi aku beli juga. 



Ok ni PS bagi hadiah sebab beli Tneeq under her agent code name.

Mask budak2 memang dapat lambat.




Last2 aku dapat beli sendiri tneeq. Hehe. Aku tengah cuba la tengok kesan camna. Tp kadang2 ingat kadang2 lupa. Dah tuaaa.

Harga asal RM229. Dapat beli RM180 free pulak sanitizer kecik. Untung sangat takde kos post..


Rasa dia masam2 sebab base dia tomato


Selasa, 27 Oktober 2020

,

سلامت هاري لاهير

Selamat Hari Lahir


Untuk encik sebelah saya, encik zcat yang ke 49. Tapi dia kata ikut bulan Hijrah dia dah 50 tahun 6 bulan. 


Memandangkan tak boleh kemana2 aku order je kek untuk santapan kami berempat. Order tengok iklan di FB Penduduk Bandar Kinrara. Katanya free delivery sampai 31 Oct 2020. Jadi kita order la...

Alhamdulillah keknya sedap...yang kelakar masa tu aku cakap kat laki I expecting something. Kami laki bini memang berlawan2 beli barang online ya. Sekali dah sampai aku sibuk suap anak makan maka dialah pergi ambil kat gate. Semalam lagi aku dah bagitahu aku order dessert sebab aku tak masak apa2 untuk birthday dia. Mood takde ok. Dia suka je kalau aku masakkan bundt cake tu. Aku kalau takde mood masak kalau dipaksa..maka food tu kurang kasih sayang dan tak menjadi..haha..


Kena bagi dia tiup jugak

orchidbakery_rh

Pecan cake with butterscotch RM38 saiz 5. Comel dan sesuai untuk family kecik. Anak2 suka kecuali depa tak makan Pecan.

Cream puff 20 biji RM20

Dengan first born



Khamis, 17 September 2020

لاين AHS

Layan AHS (American Horror Story)

Mula2 dulu tengok sebab Lady Gaga berlakon dalam season 5, Hotel. Pastu dah ada Netflix kan tengok la dari season 1..baru masuk season 2.

Nak tengok pun tak boleh dengan anak2. Sebab Horror kan.. darah..scene tak pakai baju la. So sekali tu aku layan habis 1 season sampai 4 pagi baru tidur. Ada 12 episodes untuk "Murder House". La ni tengah tengok "Asylum" ada 13 episodes. Ingatkan sama banyak je.

Tengok creator laki baru si Gwyneth Paltrow tu, Brad Falchuk.

Sabtu ni akan ditayangkan season 9.

Aku tengok pelakon dia ada yang berlakon season lepas. Yang pasti Sarah Paulson asyik ada je....

Nak tengok..bila takut tutup mata dengan jari. Dasar.


,

رسيڤي كروتوڤ

Resipi Kerutup


Ok memang banyak je post aku masak kerutup. Kali ni aku buat kerutup laki aku suka pulak..macam rasa dia al dantè la. Kali ni bukan main agak2. Ada ukuran jadi sementara masih ingat..baik tulis.

Blend kering
1 sudu besar (SB) ketumbar
1 SB jintan manis
1 SB jintan putih
1 SB bunga lawang
1 SB serbuk kayu manis
1 SB buah pelaga
1 SK cengkih
1 SK lada hitam
2 biji buah keras

Serbuk kayu manis tu blend asing sebab dia kan kayu...ada juga jual siap2 tapi ada bau manis2. Sesuai untuk desserts.

Blend basah mesti campur air la...
20 biji Bawang merah
11 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas


Perapkan dengan 1.2kg daging batang pinang yang dipotong kiub, simpan dalam peti ais 2 jam minimum. Lagi lama perap lagi sedap. Kali ni aku buat perap dalam 12 jam.


Panaskan kuali
Minyak kelapa
2 biji bawang besar hiris
3 SB Cili boh
Masak hingga pecah minyak
Masukkan daging yang diperap

Selepas setengah jam..
Masukkan 2 kotak kecil santan kacau sebati dulu
1 SB asam jawa dibancuh dalam 1 cawan air
1 SK garam kasar
2 SK garam halus
1 SB Gula melaka/nira
3 SB kerisik

Bila hampir masak baru masukkan..
1 helai daun kunyit racik halus2
3 helai daun limau purut.

Selasa, 1 September 2020

بليان اتس تاليان

Belian Atas Talian

PKPP disambung hingga 31 Disember 2020. Terusla menyokong peniaga online sebab nak ke kedai bawak anak2 tak berani..lagipun boleh memilih dan membandingkan harga. Masuk cart berbulan2 sampai barang pun dah sold out tapi muka tetap selamba ambik pulak barang lain masuk cart. Hahahaha.

Sekarang suami pun dah beri kuasa kat aku untuk beli barang rumah..barang basah memang dia yang beli sebab dia suka p market. Jadi aku beli susu, rak, pakaian anak, sabun cuci kain secara online. Ada jugalah benda merepek yang lain.

April

Ko mampu muka aku disorokkan. Hahaha

3/4. Baju raya...online murah je RM70. Yang jahit lain. Yang nak beli pun lain. Ngada. Kain aku 2XL. Baju XL. Aku malas nak refund..alter je sudah.

Best betul letak guli. Tapi guli tu pulak Aqeel kemam..so guli kena sorok.

Mainan Aqeel. Hadiah birthday. Bagi murah2 je...hehe tapi dia suka. La ni mana pergi tah. Aku nak gam je laki tak bagi sebab nak bagi dia bina2. Ok yang ni laki yang bayar guna akaun shopee dia.

Beli dengan kakak aku,  member Tupperware. Musim PKP boleh la beli macam ni.

Tupperware mondo RM90. Untuk buat bawang goreng. Halus sangat racik. Best2.. siap beli free 2 biji Tupperware..

Yang ni mintak laki belikan. Puas hati. Setakat ni sekali je baru charge dan masih boleh guna dengan efisien. Bye bye razor. Ni dari stainless steel jadi  tak berkarat so takla luka kulit tu or merengse.

Harga shave ni memang mahal..tapi dapat beli RM130 je online dengan penjual dari China. Kat Malaysia harga nak RM200. Lepas tu kalau kepala dia nak tukar boleh beli je dalam RM50 lebih..kenapala tak pakai sejak dulu..masa2 kerja ada duit gaji tu kan...

Beli kaler hitam. Mula2 pakai 1 penutup je untuk 1 cucian..lama2 3 penutup. Hahaha..tapi bekas dia besar gabak ni so masa nak tuang sabun kena hati2. Penutup dia pun tak friendly la so aku pakai penutup sabun lama.

27/4. Sabun cuci kain jenama Dozee. BMF product ni. 10kg..puas hati pakai..masih ada baki. Tapi nak order baru dah. 4 bulan..lama..puas wehhh

May

Bila dah panas silicone merah tu jadi pink ya.

6/5. Non stick frying pan untuk masak lempeng RM 62.87. Best tau kuali ni memang aku syor korang beli.

7/5. Beli barang dengan online seller dari Johor. Tools saja RM27.12. Biasalah.



8/5. Beli gak shawl pleated dari sirah collection. Beli 2 free 2 scrunchy free pos. Yay. Sehelai RM59.


Beli sehelai baju untuk aku RM16.48. Beli sebab aku suka prints dia.


10/5. Pusheen plush toy untuk Aqlan RM20. Nampakla anak pun pandai pilih mainan.


12/5. Measuring cup kaca. RM22.32 500ml dengan penutup kaca juga. Silicone mould  waffles RM4. Cartoon wall sticker RM6.06 beli 2. Cake mix batter dispenser RM15.60. Ni la barang2 beli dengan orang yang hantar tak cukup barang..order 11 dapat 5. Tapi dah dapat refund pun.


19/5 Boleh terjebak beli kuali batu Spotlight. Masa ni dah boleh keluar beli2 barang ramai2. Tengok orang beratur kat mall berjam. Bayar jelah postage RM15. Kuali ni... RM80 untuk 2 murahla kan.

June

2/6 beli lagi satu kuali batu Spotlight. Kali ni 26cm. Sebelum ni saiz 20cm dan 30cm. RM42.50..half price yooo.



6/6. Easy mop 3 in 1 RM59.90. So beli sebab tanak bawak baldi dan mop ke hulur ke hilir. Senang nak mop dapur dan ruang makan.


Sarung comforter RM19.80 sehelai beli 2. Adil untuk anak2.

8/6. Susu Pediasure RM56.90 sekotak. Beli 2 kotak buat stok.


11/6. Cushion cover 4 helai RM18.25. Tapi ada terms and conditions kalau tak..takdelah dapat diskaun..



First time pakai Sendayu Tinggi. Not bad huh. Marilah sokong produk Bumiputera yang berkualiti.

9/6. Sarung Bantal RM7 2 helai. Sarung tilam RM18 untuk sehelai beli 2 la adil kan.


10/6. Langsir bilik budak2 RM19.90 sehelai.

Puting susu tommee tippee 2 teats RM21. Beli gak botol susu 9oz RM23.90.


15/6. Rak besi serbaguna RM68.50. Asal buat rak pantri tapi tak muat..stok makanan banyak. Akhirnya jadi rak botol air dan Tupperware.

Ingat nak pasang sendiri tapi gagal. Susah weh.


29/6. Rak besi Mega Rack RM90 satu. Beli 2..ya ampun lama gila nak sampai kat tangan. Tak tahu kenapa PosLaju simpan lama sangat.

July


9/7. Susu Pediasure RM56.01 sekotak. Mesti beli 2 sebab Aqeel minum sekotak 10 hari. Nape tak beli 3 terus? Haha.


11/7. Marble print wallpaper RM16 5 meter. Beli sebab nak balut2 perabot yang dah usang.


14/7. Boxer untuk Aqlan RM14.58 untuk 4 helai. Laki aku suka budak ni pakai boxer lagi. Elok untuk anu depa bernafas.



17/7. Mask untuk Aqlan RM36.90 50 helai. Dah order juga mask Rizalman untuk dia tapi belum tiba. Add on mask untuk laki RM23 50 helai gak.


18/7. Samu Giken Digital Turbo Air Fryer RM365.90 untuk 10 liter. Khind kami dah kaput. Puas hati pakai yang ni.

20/7. Sebamed soap for baby RM75.80 1000ml. Murah kot. Jauh tu kat Kedah... anak2 memang pakai sejak lahir. Dulu2 beli kat farmasi mahal juga kan.

20/7. Filler untuk mask RM12 untuk 30 helai. Kena beli la sebab dah beli mask kain Rizalman. Hahaha.

Lapik tu kat kedai bakeri RM15 jugak. Reflective mirror tu bergulung lama sebelum dibuka...

23/7. Lapik untuk rolling dough RM6.55. Gatal beli...pakainya belum juga.

Pastu beli reflected mirror RM28.77. Laki suruh beli nak tampal balik ke frame cermin aku sebab dia pecahkan. Bila nak buat tak jadi..macam susah. Berkedut. Sudah tak payah guna..tertipu ni.


24/7 order shawl pleated dari Sirah Collection lagi...beli 4 helai free 2 scrunchy hehe. Free pos. Yay.

AUGUST



4/8. RiMask Rizalman. Beli 2. Satu RM29. Ada filler pocket tau. Order sekali untuk budak2 tapi masih dalam production.

6/8. Susu Pediasure RM55.70 sekotak. Free delivery sebab dihantar oleh Shopee Xpress. Susu ni memang best beli..order hari ni esok sampai. Perghh...salah order terbeli 2 kotak perisa coklat. Layan jelah...


10/8. Rak besi Mega Rack RM100 untuk pantri. Kayu rak upgrade so mahal sikit berbanding dulu. Tapi puas hatilah kali ni dia hantar guna Gdex laju je. Dulu pakai PosLaju..nak dekat 4 minggu kot....



9/8. Sanitizer Rizalman. RM79.90 beli dengan PS Kak Mar. Siap dia hantar ke rumah. Hahaha..rupanya dia duduk dekat Taman Kinrara.


14/8. Rak besi untuk microwave, air fryer, periuk nasi dan toaster RM83.90. Kali ni beli dengan TS Brilliant sebab Mega rack takde warna yang aku nak. Beza la rak ni besi dia kurang kukuh. So patutlah murah....tapi sebab 2 tingkat je so takpelah.

27/8. Susu Pediasure RM55.90 sekotak. Tapi kali ni beli dari Johor sebab yang biasa beli tu takde stok 600gm. So kenalah caj pos tapi murah je sebab ada diskaun shipping. Hehe. Beli vanilla dan chocolate. Lama dah Aqeel tak minum susu vanilla. Sekali tu 1 hari dia bantai minum 15oz. Amik.