Aku pembeli tegar online akhir2 ni. Actually aku dah start
sejak tahun lepas lagi. Benda yang mula2 aku beli ialah rawatan spa kaki. Lepas
tu aku dah semakin teruja….asyik beli..beli..
Kebanyakan barang aku
beli online melalui Dealmates sebab bagi aku mudah. Aku ni banyak2 kedai
online, malas sikit nak log-in bagai. Jadi selalula dapat update newsletter
dari diorang ni.
Setakat ni semua barang2 yang aku order memang dapat cepat.
1st experience lambat dapat mascara jenama Max Factor. Bila aku
email pihak dealmates diorang cakap barang kena checking by custom sebab dianggap
senjata berbahaya? Haha. Kemudian disebabkan lambat lagi sampai nak 2 bulan, mereka
bagi aku credit RM10 untuk next purchase.
Okay sebenarnya aku marah ni sebab ada ke patut scarf Zara
yang aku beli 2 helai dia hantar sehelai jek. dahlah asyik delayed memanjang. Aku
beli pada 8 dec 2012, semalam 31 jan 2013 dah petang baru sampai. Lepas tu
sehelai jekkkk..eee geramnya aku. Terus aku email beritahu aku beli two (2)
lahhhhhh…. Siap aku copy paste transaksi i-pay resit bayaran online. Kemudian tak
dijawabnya. Panas hati.
Emel terakhir aku terima menyatakan barang dalam
penghantaran pada waktu pagi 31 Jan 2013. Aku terus jawab, ok thanks tapi aku
beli 2 helai tau bukan 1 helai, jadi aku lampirkan sekali certificate
pembelian. Kemudian dia balas kata barang akan dihantar lagi bila ada stok
terbaru. Chettt… sampai hari ni setiap kali buka emel aku tunggu balasan dari
diorang. Aku ni jadi tawar hati sikit bila dah jadi macam ni. Aku beli 2 helai
dengan harga RM35. Kalau tak sehelai RM20. Kan ke rugi beli sehelai.
beli online memang macam tu.. bersabar saja la..
BalasPadamsaya pun memang banyak beli online sbb jenis tak keluar rumah *xde transport*
Risiko ada di mana-mana. Tapi sekurang-kurangnya tak perlu kuar rumah bersesak kat kedai belek-belek sampai berjam. Itupun tujuan bisnes online.
BalasPadamdiaorang tak nak ganti balik or pulangkan duit semula ke...ini tak adil!!!
BalasPadambaru je dapat emel balasan. stok habis, itu pasal dia kirim sehelai je dulu..aku pelik punyalah lama beli tapi lambat dapat dan dapat satu je dulu...entah siapa dia lebihkan...
Padamberikut emel balasan;
Customer Service, Feb 06 17:26 (MYT):
This is your dealmates care Fatin
Hi,
The stock for the rest of the colour of the zara scarf will be arriving soon. For those who haven't receive the other color,we will sending out once the stock arrive.We are sorry for the inconvenience cause.Thanks!
DealMates.com