breakfast pagi dah jadi brunch. yelah dah syok sangat baring atas katil size King..lepas mandi pecut motor terus ke tempat makan tengahari semalam. ye...off season, ko jangan harap banyak kedai dibuka. kami ni antara local yang dalam kuantiti kecil je melancong..yang lain2 kebanyakannya tourist dari luar negara.
kemudian kitorang keliling cari souvenir & pergi usha harga snorkeling pulak. kami didekati oleh penduduk yang memiliki bot laju sendiri dengan offer untuk island hoping yang agak murah. 4 pulau kecik RM200.00. diingatkan awal2, kami pergi musim off season for snorkeling dan segala aktiviti pantai sebab cuaca yang tak menentu. tapi nasib kami baik sebab hari tu, langit cerah. jadi lepas beli souvenir, balik solat siap2 kemudian keluar terus.
mengikut owner bot nama Musa, sebuah teksi akan dihantar untuk ambil kami dari hotel ke tempat botnya berlabuh. ok sekali yang datang kereta kembara. takde air-cond. pitam. mujur perjalanan singkat. tang tambang teksi, Musa yang settlekan.
dekat jeti ni ikan sebesar lengan. ikan2 tu siap gigit2 kami minta roti. oh pasal roti, Musa sediakan juga. |
setelah seharian berenang dari jam 2 hingga jam 6 petang, kami balik ke bilik yang dah di kemas bersih. oh semalam tak amik gambar sebab dah letih..haha
first time masuk bililk ber-tiles! sebab kawasan pantai, kalau pakai karpet, busuk dan basahla jadinya |
first time aku jumpa peti besi elektronik. dok memikir apa kata laluan nak type..hehe |
makan malam di sebelah luar hotel, Delima 1. berbaloi dan sangat sedap. lebih baik dari Delima 2 tu.
Sedap nampaknya hidangan tu. :)
BalasPadam