hari ni aku bersyukur melihat seorang kawan yang tak pernah kelihatan di surau, terkedek-kedek datang mencari telekong.
walaupun aku tak pernah menasihatinya, namun aku gembira dengan sesiapa yang telah menyedarkannya.
cuma ada beberapa orang lagi yang masih liat untuk menunaikan kewajipan ibadah solat ini. kata kakak, solatla ibadah paling senang, tapi begitu ramai yang malas melakukannya.
mari berdoa semoga saudara seagama yang masih belum menemui indahnya solat dan bacaannya itu akan mendapat hidayah dari Allah secepatnya.
kerana esok, belum tentu masih ada sisa nyawa.
Mudah2an terbuka pintu hati mereka...
BalasPadamsyukur...doa yang the best
BalasPadam