In

Keliling FELDA Sungai Koyan

last week balik Koyan. punyalah dah lama tak balik sejak raya puasa tahun lepas. haa bukan tak sedar diri ya tapi mak kita memang suka pergi ke rumah anak2 dia. jap rumah kakak ni, jap rumah abang ni jadi macam mana nak balik Koyan kalau mak pun takde kat rumah.

maka inilah first time balik setelah menjadi girlfriend berlesen kepada Zcat,..huehue..

bila nak balik tu kena confirm dulu dengan mak, buatnya mak menyinggah ke rumah jiran2 pulak ataupun ke bandar2 berdekatan....masa balik tu ada kenduri kawin 2 hari berturut2, maka kami buat keputusan pergi 1 jelah. yang sama dengan blok rumah mak. baju pun bawa sepasang je takkan nak repeat esoknya walaupun pakai sejam je... cuaca punyalah panas...

sesudah jam 5 petang barulah pergi keliling Koyan dengan motor. kereta parking agak jauh sikit sebab khemah kenduri dah blok jalan ke rumah. lagipun senang sikit. oh terasa berhoneymoon gitu naik motor dengan LB. hehehe..yelah masa ke Tioman pun keliling kampung dengan motor.

maka kalian layankan jelah gambar Koyan yang terbaru ni...

hurm...agaknya apalah yang Zcat dok fikirkan..

projek kerajaan untuk membina semula masjid Sg Koyan. buat masa ni penduduk solat di  dewan orang ramai

dah runtuh masjid lama..penuh memori terutama masa raya

gambar dari atas motor yang bergerak jadi nak di zoomkan malas...maka nampak bulan sabit merah sudahla...

kat sini pun pernah solat raya bila masjid penuh

tempat mengundi esok... tak pernah belajar di sekolah ni. maklumla dah duduk asrama sejak umur 9 tahun. pergi bersukan adalah..lari sambil bawa bola ping pong. dapatlah hadiah bekas pensil 4 segi panjang tu siap dengan alatulis. itupun dah gembira..

kena balik Koyan lagi bila masa mengundi esok

sudah maju..dulu takde pun terminal. duduk bawah pokok je tunggu bas.

cam paparazi pun ada aku hari tu, diorang ni pun perasan aku dan zcat pusing2 ambil gambar. ala2 tourist gitu. haha


lain benar rasanya tengok sekolah ni. 2 tahun je sekolah pun.

motor arwah bapak. next..mana motor ni nak pergi?

jom jalan2 lagi...

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Weekly Popular

loading...