Selasa, 19 Disember 2017

Tilam Elok Satu Keperluan Kan?

Muda2 dulu tilam bujang sekeping pun kau ngantuk terus lena. La ni ko golek sana sini belum tentu lena.

Ok misi beli tilam King dan divannya dah berakhir. Mari kita share pasal harga. Sebab harga ni yang menyebabkan kita mampu beli ke tak ikut keperluan dan kewangan kita. Kadang2 dah simpan duit, ada emergency tak boleh teruskan. Tunggu la lagi. Macam tu lah kami. Walaupun bayar guna kredit kad tapi laki bukan jenis bayar minimum. Dia saja guna kad untuk dapatkan points. Bil kredit kad sampai dia bayar penuh. Dia tak suka guna cash.

So Auntie tu suruh aku ambil gambar semua barang yang dibeli sebelum balik supaya apa yang dihantar nanti sama dengan apa yang diterima. Dia malas nak gaduh2 katanya.


Jenama Goodnite Siri DeVato

Anti-bug



Bantal free ni dia suruh bawak balik terus sebab risau si tukang hantar lupa bagi.

Bawah ni bil yang kami terima. Aku macam besar kecik besar kecik je biji mata bila tengok harga asal. Memang takkan belilah...!!!

Katil dan tilam harga asal nak RM10k. Memang takkan beli ok kalau harga asal.

Harga tak masuk akal macam ni memang hurmmm. Tak dinyatakan harga topper tu. Sebab dia FOC. Tapi bila tengok kat kertas atas topper, harganya RM899 untuk King. Sebab tulah laki aku happy sangat. Berbaloi kan. Aunty yang layan kami tu pun bagus sangat. Elok je dia laki bini layan kami. Mula2 ada customer lain juga tapi bila depa balik tak jadi beli, pastu tengok kami asyik dok try test tilam dia pun layan kami. Siap bagitahu diskaun2 dan apa barang free dapat.

Aku punya keperluan ialah nak tilam baru sebab tilam lama dah ada bahagian tenggelam. Divan lama pun tak sedap nak menyandar. So sambil test tilam aku test sandar kat divan juga. Kalau nipis je memang murah. Kalau tebal sikit memang mahal la. Keperluan laki aku mestilah tilam yang keras. Bukan keras macam baring atas ambin, tapi tak lembut la. Dia nak ada spring. So kami pilih tilam pocket spring sebabnya bila hang bangun ke beralih badan ke orang sebelah tak rasa. Kalau coil spring memang terasa. So dimana nyenyaknya kan...

Last2 kami pilih jenama Goodnite. 10 inci tebalnya. Pastu katil pun 10 inci. Pergh tinggi. Tambah lagi topper tu aku rasa mahu 2 inci. Total dah 22 inci. So budak kecik memang payah nak memanjat. Haha..aku duduk pun kaki berjuntai.

Then laki aku rasa ini tawaran paling menarik. Dia pun dah malas nak pergi tempat lain. Pulak2 diorang nak hantar hari yang sama..perghhh terus berangan la nak tidur atas katil baru dan tilam baru malam ni. Bincang punya bincang dengan Uncle tu dia kata boleh buangkan tilam dan divan lama tapi kena bayar upah pekerja sebab kalau tak mulut diorang menceceh. 2 orang pekerja. Seorang kena bagi RM20. Ok je asalkan tilam busuk tu go away. Mana nak campak dalam rumah ni. Semua bilik dah ada tilamnya..lagipun memang dah tak best pun. Caj hantar RM60 je sebab Batu 14 dengan BK dekat je. Tapi bila tengok lori sampai macam dari Banting, Klang. Ahahaha...tak kisah lah. Janji dapat tidur dengan tilam baru malam ni.




Waranti 12 tahun.


Keje memanjat jelah kau kan Aqlan

Gambar lepas pasang cadar semua bagai tak boleh di share. Hehe. Budak tu memang tidur masih dengan kami. Instead of sebelum ni suka tidur tepi sekarang kena tidur tengah.. setakat 2 malam dah tidur ni memang puas hatila. Siapa bangun p toilet tengah2 malam pun tak sedar. Kira tidur tak sedar dirilah..

Oh sape nak beli tilam harga murah camni silalah ke FB page https://m.facebook.com/mingo1220/?ref=bookmarks diorang. Depa ni tak buat banner ok. Selalu je aku tengok diorang buat sale. So walaupun sale dah habis 17 Dec 2017 lepas, tapi rajin2la tengok kot2 ada lagi sale sebelum 2018. Katanya tahun depan harga semua naik mencanak2. Kami beli ni fesyen lama..arghhh asal sedap sudah..

5 ulasan:

  1. Murah tu... memang betul la dulu2 beli tilam & katil tak cerewet... sekarang pegi jalan2 tido tempat lain pun masih teringat selesa tido katil kat rumah... tilam kena selesa especially utk tulang belakang kita...

    BalasPadam
  2. betul penting...faktor umur lagi...lagipun xpe mahal n selesa sebab nak pakai lama tilam tu...xbleh beli tgkap muat je

    BalasPadam
  3. Tilam ni kalau yang selesa memang berbaloilah beli sis kan. Takpe 12 tahun warranty tu :) Janji puas hati

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.