Dapat beli udang sekilo je. Memang besar udangnya. Sekilo RM50. Penjual nak habiskan jadi dapat sekilo lebih sikit. Esoknya suami pergi lagi ke pasar cari udang. Beli lagi 2 kilo. Kali ni dapat RM90 untuk 2 kilo. Terus menuju ke rumah makcik.
Aku ni pun selalu lupa nama asal makcik ni. So memang panggil Auntie Joe je. Dia pun bahasakan dirinya camtu..kami sampai nak masuk zuhur..tapi auntie Joe dah masak nasi dan sup ayam. So lepas solat bagi Aqlan makan dulu sambil layan TV.
Selepas tu barulah auntie Joe start masak udang dan sayuran. Nasib dah makan biskut Oreo buat alas perut tadi. Hehe. Tak terasa lapar sangat sebab tengah suap anak. Sambil berborak2. Tak lama kemudian baru adik ipar sampai dengan kawan dia. Siap bawak kek.
Masa makan tiba penuh makanan atas meja. Kami pun duduk ramai2 penuh semeja bulat. Semua makan bertambah2. Yang seronoknya asyikla meratah udang..ikan..sayur campur yang manis2. Aduh kalau bayar kat kedai ni mahu beratus2. Makan nasi bertambah..lupakan niat nak makan sikit tu ya. Rugi je kalau tak makan.
Muka auntie Joe tadak sebab hari tu dia tak patuh syariah untuk tayangan. |
Macam2 cerita keluar. Auntie Joe baru balik China nak pergi Itali pulak. Dah pencen kan seronok la dia nak jenjalan jer..
Habis makan nasi..kek pulak dikeluarkan. Tiba2 auntie Joe cam terharu pulak. Rupanya Birthday dia dah lepas tapi belum sambut. Hehe nasibla ada kek. Siap tiup lilin bagai. Yang Aqlan pun nak tiup lilin juga. So 2x pasang lilin. Hahaha.
Lepas dah habis makan semua kami nak kena pergi cari air botol untuk Aqlan. Elok je tadi sebelum masuk gate rumah auntie Joe, botol air Aqlan pecah terhentak atas jalan tar. Haaaa la..beli baru seminggu tu. Now nak cari yang lebih elok. Cerita pasal botol air dia ni dah nak 10 botol kot.
Balik tu semua orang happy. Happy tummy..happy family. Kikikiki...
Malam lapar...sambung makan udang, sayur manis dan ayam rendang mama masak semalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.