Aqlan ni kan ada satu perangai suka pakai jaket. Jadi aku selalu cakap pakai jaket panasla.. aku juga cakap boleh pakai jaket bila pergi Airport. So dia menantilah nak pergi Airport tu. (Dia ni juga suka pakai baju lengan panjang tak kira siang atau malam).
So kami ke airport la baru2 ni hantar dan amik adik ipar ke/ dari Korea Selatan. Asal nak parking tepi je pastu blah tapi kesian jugak ke anak ni kan dah janji..siap dah pakai jaket ok. So masuk parking yang sejam RM4 tu (apasal la mahal kan)..
Sebab minggu Krismas maka banyaklah hiasan..puas jugak jalan2 dalam tu sambil bawak dia supaya tak menuju ke kedai2 mainan atau coklat. Haha..tu fav dia tu. Dia memang suka2 sangat dalam airport. Lari2 dan jumpa kawan2 sebaya mulalah nak main2. Ada yang layan tu oklah kan..sindrom anak takde adik beradik. Haha.
Ni gambar masa hantar..21 Dec lepas.
Takde beli apa coklat pun. Beli sepasang pyjama untuk Aqlan. Tapi abah dia la bayar eh. Ibu takde gaji besar. Ibu dia dapat elaun je tiap2 bulan dari abah dia jugak. Hehe..
Rabu, 27 Disember 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
jom p korea wey? hahahaha.
BalasPadamTak mampulah weii..haha
Padam