Hari ni pun berbuka puasa di IOI City Mall nun. Sebab utama ke sana adik ipar nak belikan bantal untuk maknya lah..mak mertua ku lah..jadi lepas minum seteguk air kosong kami ke sana.
Dah sampai tak tahu nak makan apa..Aqlan nampak kedai2 jual mainan dah pandai mintak. Tapi kami tak layan. Tengah2 jalan baru perasan selipar dia dah takde kat kaki!!!! Sudahnya adik ipar tolong cari, aku hold Aqlan, laki pergi pilih kedai makan.
Kami akhirnya masuk Kakatoo. Satu sebabnya ada macam2 jenis masakan dan ada yang sesuai untuk Aqlan.
Aku pilih nasi kerabu. Untuk Aqlan beef spaghetti cheese. Laki koay teow dan adik ipar nasi goreng. Portion besar. Harga pun besar. Tapi lapar kan...habis semua. Aku amik set, jadi add on tambah RM2 untuk air ice lemon tea dan free kuih sagu. Sedap weh.
Balik rumah makan dessert pulak adik ipar belanja. Mahal juga ek kek cheese Pablo ni RM45. Rasa sia kurang manis. Ok je..tak minat sangatlah nak repeat tu.
Akhirnya juga baju yang nak kena kelim tang leher siap ketiga-tiganya. Tu pun bergasak dengan Aqlan yang tak sudah2 nak peluk tangan aku buat tidur. Mana nak menjahit nak kena gerak2 tangan tu. Sudahnya dia nyanyi2 layan perasaan sebab ipad dah habis bateri. Elok je aku pun siap jahit dah ngantuk. Budak tu pun landing sebelah dah lena.
Mujur bangun jam 7. Mandi semua dan siap2 nak solat dan buka puasa dululah. Sukati citer aku tunggang terbalik. Kan..
Lepas balik IOI aku kemas beg. Share satu beg besar dengan Aqlan. Senang. Beg Star Wars tulah. Dah calar balar sejak naik kapal terbang. Nasibla ko beg. Tapi tak mampu nak kemas dah ngantuk pulak dan penat. Sambung esok jelah..erm banyak juga nak kena buat esok. Salah satunya nak iron baju raya siap2.
Khamis, 22 Jun 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jumpa kat mana selipar Aqlan? 😂
BalasPadamkata mummynya masing2 jumpa ditempat berlainan...hahaha...adoi nasib jumpa, selipar favorite tu
Padamhari tu first time gi IOI city mall tetiba mcm best pulak, tak pergi gi IOI, tp penat jalan besar sgt tempat dia
BalasPadamIOI tu ramai sangat orangla..memang penuh, kalau takleh kontrol anak takyahlah pergi. memang kami pun kena banyak bertabah.
PadamLama tak pi IOI, last pergi masa baru dibuka masih belum banyak kedai..
BalasPadamApa yg menarik kat sana Anis? Apa pun tunggu lepas Raya boleh repeat ke sana.. 😊
Banyak tempat menarik DUIT. hehe.
Padam