Rabu, 4 Disember 2019

Hotel Del Luna

Tiber layan drama Korean. Aku sempat tengok gazette kat Astro sebelum kami berhenti langgan Astro 5 September 2019 lepas. Punyalah lama..sekali keluar kat Netflix..fuhhh layann.


Cerita ni agak luar biasa. Sebab pemilik hotel ni sebenarnya hidup dah seribu tahun. Dari hotel dia cuma tempat tidur yang buruk sampai jadi mewah sangat2.

Pemilik hotel, Ms. Jang ni agak bergaya, suka pakai barang2 mewah..kereta je dah berpuluh2 biji. Ada sebab kenapa dia caj mahal penginap hotel dia la. Kan hobi dia shopping manjang.. hahaha..

Penginap hotel sebenarnya hantu atau roh yang tak boleh melintas ke Samdo River. Depa ada hal belum habis kat dunia ni. Kalau dah habis barulah pihak hotel hantar guna kereta mewah lalu bawah terowong berlumut.

Pekerja2 hotel pun hantu yang tak balik ke Samdo River. Sebab nak balik naik limousine kenalah bekerja..kalau tak kena naik bas..depa orang kaya2 tapi sebab tak mampu bayar penginap duduk Hotel Del Luna, kenalah kerja. Hahaha.

So macam2 roh la yang perangai masing2 boleh tahan gak walau dah mati. Tapi Ms. Jang pandai manage...yelah dia paling ditakuti oleh pekerja2 lain pun.

Penukaran manager baru hotel dah diatur sejak 20 tahun lepas. Masa nak dapatkan manager ni pun macam2 Ms. Jang ni buat. Sanggup dia bayar yuran sekolah manager sejak kecil. Ni semua bapak manager punya silap.. tulah sapa suh mencuri pastu lari dari polis jatuh tangga pulak dah berdarah2 kepala koma..

Cerita ni kelakar. Skrip dia pun bagus bukan poyo2 bukan cinta budak sekolah. Tapi elemen kaya tu mestilah. Haha..layan..

6 ulasan:

  1. neno neno neno.. peminat k-drama nak tumpang lalu ni. hahaha. masa awal2 hotel del luna tayang kat TVN 395 ke Oh!394, tak hengat... ak tak pasan.. sbb dh telalu byk k-drama yg ak record. dah episod 12 mcmtu br baca review sana sini. Ngam2 dia masuk je netflix..kita kasi zassssss. hahahhaha. beb, k-drama byk yg best beb. cayalah. dari malay drama. ak terpaling adore cerita penyiasatan depa. rasa mcm, pehal kreatif sgt? walaupun tetap ada unsur2 kartun.. hahahha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku memilih sangat..ok now Netflix boleh layan zasss terus..tapi TV kan share dengan anak2. Huahua

      Padam
  2. beb, tgk VAGABOND(kdrama) plssss... sangat best!

    BalasPadam
  3. sy bukan peminat K Drama tapi kalau anak balik cuti dan diaorg layan kat tv, Umi diorg pun tumpang sekali hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 sebelum kawen memang layan pastu sekarang dah tak tahu siapa pun pelakonnya. Asal jalan cerita menarik baru layan.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.