Saturday, June 18, 2016

Kinrara, Bukit Indah, Axis & Kota Damansara

Jam 3 lebih keluar ke Bazar Bukit Indah, Ampang untuk beli tepung pelita. Last week lewat sampai dah habis. Kali ni siap tunggu owner buka meja. Kami juga dapatkan air tebu dan air mata kucing.

Dah dapat ke Axis Atrium untuk beli lauk di Asian Taste sebab tiba2 plan tukar nak buka puasa dengan Mak dan keluarga Yome.

Maka bermacam lauk dan kuih muih atas saprah dan suratkhabar. Duduk atas lantai makan ramai2.

Yome bawak KFC, roti john, agar2, air tembikai dan samosa. Beli kat area rumah mak je.




Popiah basah gemuk ni pun satu kemestian kalau ke Bukit Indah.





Tepung pelita Salleh. Dulu2 dalam bekas plastik custom made. Bila ditanya kenapa tak buat dah? Harga dah naik, dia tak untung. So 5 biji kuih ni RM3 sekarang. Kuih inilah menyebabkan kami ke Bukit Indah sekali lagi.

Dalam bentuk plastik pun ada. Rasa sama je.

Mak, aku dan Yome. Aku dan Yome dah membesar ni. So boleh pulak main2 siapa leher paling besar antara aku, Yome, Zcat dan Kema.

Previous Post
Next Post

About Author

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.