Saturday, May 18, 2019

Buka Puasa Dengan Mak, Jamu Sup Tulang

Lama dah tak masak2 untuk mak. Dulu2 mak masakkan siap panggil suruh datang buka puasa dan tidur. Ada keluarga kecil kami ni tak dapatla tidur dah. Kena balik rumah. Aqeel is the person yang suka tidur golek2 atas katil. Aqlan takpe dia boleh je tidur dengan mak aku atas toto.

So pagi2 dah prepared bahan untuk masak. Bila masak sup tulang laki selalu akan join. Jadi dia akan cuci daging, tulang dan rebus dalam pressure cooker. Pastu bawang2 semua dia kupaskan. Aku benci kupas bawang..especially yang kecil2.

After zuhur baru aku start masak. Senang je bila ada bahan dah siap untuk campak2 dalam periuk. Laki balik masjid minta tolong dia cek daging dah empuk je sebab time tidur bergolek Aqeel dah tiba.


Jam 6.30 petang baru kami bertolak. Bawakla sup, nasi dah garnish. Bawak juga limau naval yang manis gila tu.

Masa makan tengok mak makan bersungguh2 ya Allah seronok sangat. Dah hari2 dia makan lauk kedai kam sebab tinggal berdua je dengan abang lut. Kuih muih abang lut beli. Siap2 solat isyak semua baru kami balik.


If mak  sudi duduk dengan aku, aku akan cuba masak selalu untuk mak. Sebagaimana mak selalu masakkan untuk aku masa aku balik cuti sem dulu, sebab zaman tu aku balik rumah memang untuk tidur je. Macam qadak semua waktu. Now mak pun selalu take a nap. Letih kan. Mak aku dah nak masuk 80 tahun ni. Syukur sangat dia masih mampu uruskan diri. Jadi keadaan rumah abang lut yang kecil takde turun naik tangga memudahkan pergerakan mak ke mana2. Takde la rasa penat. Aku umur nak masuk 42 ni pun kadang rasa lelah naik turun tangga. Dukung Aqeel, bawak baju kotor dalam bakul. Kalau tertinggal barang pun naya. Haha tak habis2 cakap kat laki nak duduk rumah setingkat je. Tak larat wak..

0 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.