Selasa, 11 Julai 2017

, ,

Level 40 Of Anis Azalea

Wah gitew tajuk tanak kalah. Bila sebut level macam bila main game makin meningkat makin tinggi tahap skil. Kalau sebut 40 tahun tua dah..adakah ni denial? No is not.

Being 40 i just want to be more reliable. Be bold. Be calm. Be beautiful inside outside. I want more. Nothing less.

Lebih banyak berusaha untuk tingkatkan amal ibadah. Gunakan lebih banyak positive words. Kurangkan perkataan sia2. Lebih banyak berfikir dan muhasabah diri.

Actually bukan sebab dah naik umur je perlu ada penghijrahan yang lebih baik. Setiap hari pun kena bisikkan kat diri sendiri perkara2 baik. Ingatkan tentang mati. Amal. Dosa. Hubungan sesama keluarga, rakan2 macam mana. Yang putus sambungkan. Yang marah sangat2 tu maafkan. Tenangkan diri jangan mudah marah dengan perkara remeh.

Nak tulis banyak. Tapi cukuplah setakat ni. Simpankan 80% tu.

Bila dah masuk 40, ingatlah 23 tahun lagi pun belum tentu masih hidup. Sebab Nabi wafat usia 63 jadi anggaplah tempoh 23 tahun tu masa2 Allah berikan untuk lihat balik apa 40 tahun lepas sudah dilakukan terutama untuk agama sendiri. Apa kejahilan yang dah dapat dibuang dan diganti dengan ilmu yang bermanfaat.

Kepada emak walau emak tak baca blog, aku ucapkan terima kasih sejuta kali sebab lahirkan aku ke dunia. Mak kata lahirkan seorang anak perempuan putus urat 1x. Kalau anak lelaki 2x. Jadi mak dah putus urat 6×2 + 5×1 = 17. Tambah seorang kakak yang meninggal dalam perut dah 18.

Bila aku tenung2 balik mak menjaga kami seramai 11 orang, kemudian tinggal 9 sebab mak bagi 2 anak untuk dijadikan anak angkat oleh arwah makcik kami yang tiada anak. Pun begitu 9 orang masih sangat ramai. Dan bila masuk asrama, mak sediakan makanan untuk bekal di asrama macam ikan bilis goreng dan kuih gunting. Wah sedap sangat dan rindu masakan mak. Tapi mak dah tak larat masak. Mak dah level 77 sekarang. Mak makan pun dah kurang. Sayang mak aku, aku pun ada rasa takut2 kehilangan mak.


He loves me. 1 July 2017

He loves me with different ways. Haha. 2 July 2017.

8 ulasan:

  1. ok soalan nya disini.. bufday hang arini ka anis??? if yes.. HAPPY BUFDAY ANIS.. selamat naik pangkat(4 series).heheh. smoga sntiasa ditetapkan iman dan taqwa... muahsss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah...Aku tulis bukan nak war2kan 1 dunia tapi nak ingatkan diri sendiri dah naik 4 series hari ni. Terima kasihla ingatkan balik. Hahahah.

      Padam
  2. hepi belated birthday cik kak anis tuuu., mugo dipermudahkan segala urusan., aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak..birthday hari ni kenapa dah belated? Ahhh anggap ikut tahun hijrah la 24 Rejab lepas. 😬

      Padam
  3. betul tuh kak lebih banyak berfikiran positif je pas nie.... dan more rileksss

    BalasPadam
  4. Hihi...up level eh kak...semoga lebih berbahagia dan sentiasa sihat yer kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dik...kita kena guna ayat2 positif kan..hehe.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.