Selasa, 29 Ogos 2017

,

Kedai Nasi Arab Di Eight Kinrara Dan Kempunan Sundae Durian McD

Hari Selasa alang2 mak dah ada di rumah kami, bawak pergi makan nasi arab di kedai yang berdekatan.

Buat pengetahuan semua, Eight Kinrara ni ialah kedai2 dengan apartment. Dah lama buka tapi kedai2 masih belum banyak. Yang obvious dari jauh ialah Maybank, yang sebelum ni lokasi dalam Giant Kinrara tapi dah berpindah ke sini. Ada kedai kek My Own Bakes dan juga Papa Rich kot2 nak mengopi.  So kedai arab ni belakang sikit. Authentic sebab memang semua pekerja orang arab. Parking setakat ni free je..kalau parking kat luat silalah beli tiket dan tayang atas dashboard.

Sebelum ni laki pernah tapau untuk anak. Kali ni alang2 mak dah ada, kami pergi makan ramai2. Pagi tadi bagi mak makan karipap frozen je...

Kambing Kabsah RM16.80

Ayam Mandi RM11.80

Ayam kabsah RM11.80

Nasi sahaja RM3.80. Ni nasi kabsah.

Tengok mak makan bukan main berselera. Selalu kalau call mak nak datang dia minta tapau mee goreng. Jadi kali ni terus ajak pergi kedai arab. Elok je makan hehe.

Nasi dia sedaplah..tapi tang sambal tu asli sangat..so dah terbiasa dengan sambal di Saba jadi memang makan nasi dengan lauk serta sup je. Aqlan memang suka nasi arab. Senang.

Habis makan, hantar mak balik. Ingat nak tahan lama2 kat rumah tapi dia rindu nak balik Kota. Oklah..kita ikutkan jelah..raya haji ni jumpa balik mak di rumah Kak Pa. Insyaallah.




Balik dari hantar mak singgah McD. Beratur panjang. Order sundae durian..dah habis order tiba2 katanya alamak....durian habis. Masa tu kami dah order choc sundae juga untuk Aqlan. Pastu kami sedih tukatlah sundae oreo 2 dan cancel choc sundae tu. Tapi tatau napa...choc sundae tu kami dapat juga dan FREE pulak. Maybe sebab kami sedih tak dapat durian..wawawawa... korang perasan tak sejak pak arab pegang konsesi francais McD di Malaysia macam2 menu baru ada tiap2 bulan...pastu McD sekarang ada surau...cuma belum berpeluang solat dalam tu.

2 ulasan:

  1. anissss! McD dah announce sundae durian dah stop for a while until 2018! huaaa i pun kuciwa! penah i sabarkan diri tggu orang reda dulu, baru nak pi makan..sekaliiiiiiiiiii??? batu belaaahhhh..huaa. lebih sadis, laki kita sempat makan! mana aci woiiii!!! ini tidak adil,tidak adil..tidak adil... sob2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chah..ko melalak tidak adil pun sampai tahun depan baru ada balik. Baik kau pergi kopek durian dan buh atas aiskrim vanilla. Hehe..ko sabar jap aku pun tak dan merasa..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.