Jumaat, 15 April 2016

Style Mak Aku Menulis

Mak sekolah omputih. Walaupun tak habis. Tapi tulisan tangan mak tak berubah sejak dulukala. Masa duduk asrama selalu aje dapat surat dari mak. Kalau diberi bekal melalui bapak kalau mak tak ikut sekali, ada juga nota ringkas takpun surat panjang berjela2.

Sekarang zaman handphone. Semua nak tahu call aje. Mak tak tahu nak type mesej. Ada anak2 yang mesej tu kadang aku tak faham jugak. Sebab mak tak akan baca. Handphone mak kecil aje skrinnya. Mak rabun dekat.

Ini tulisan tangan mak aku. Masa tu aku minta resipi ayam masak merah sebab laki nak masak nasi tomato. Sampai ke sudah aku tak buat lagi.


Jangan ingat mak aku pakai perasa. Itu dia maksudkan tambah gula dan garam.

Mak masih suka guna buku tulis budak sekolah. Dah beli kertas nota yang kecil tu pun dia simpan buat perhiasan. Hehe. Mak ooo mak..malam ni kita jumpa ya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.