Selasa, 22 Mei 2018

, ,

Beberapa Pengalaman Dalam Bilik Siti Aisyah, HIAZ

Bilik ni satu hari caj RM170. Kami kena caj 2.5 hari je. Masuk wad bilik 4 orang (Ummu Salamah) yang merupakan bilik penantian sementara nak dapatkan bilik yang diingini. Dah laki nak teman kenalah cari bilik single.

Bilik ni paling hujung bangunan hospital. Berada di tingkat 2 dan dekat dengan lift dan kaunter nurse. Bilik kecil je..tapi ada bilik air sendiri tu yang penting.

Selepas keluar bilik OT aku dah disorongkan ke bilik ni. Bius masih ada jadi staff nurse yang alihkan badan aku ke katil.

Katil ni best kan ada remote untuk turun naik nak tegak duduk macam2la. Seronok je aku main remote bila dah tahu guna hehe.

Sepanjang duduk sini memang tak lock pintu sebab staff nurse selalu keluar masuk nak cek BP, injection la, bersihkan badan aku termasuk cleaner yang datang dan penghantar makanan.



Day bed jadi tempat tidur laki.

Hari 1st masuk memang tak dapat makan sebab kena puasa 6 jam lagi lepas keluar bilik OT. Jadi  makanan yang sampai laki la dapat makan..siap sahur pun dia boleh dapat. Turn out makanan ibu berpantang ni sedap juga..cuma yang first hari Rabu tu laki makan dia dapat ikan yang agak keras. Turn aku makan elok je..bayangkan makan sahur, breakfast, lunch, tea time dan dinner selama duduk sana caj cuma RM18. Macam tak caya tengok bill penuh.

Injections sangat banyak sampai aku rasa tanak kena inject dahhh..

  1. mula2 kena cucuk kat tangan untuk masuk air.
  2. Inject untuk bius..kena morfin la kat pinggang belakang. Ni paling sakit ok.
  3. Cucuk pulak untuk elak muntah.
  4. Cucuk lagi untuk cairkan darah.. bukan sekali ye..sampai lebam bahu aku kiri kanan.
  5. Lagi kena untuk antibiotic pun beberapa kali.
  6. Last untuk ambil sample darah.


Sampai satu tahap cucuk2 ni tak rasa sakit dah berbanding lepas bius hilang dah mula rasa sakit kat luka pembedahan dan rahim mula mengecut..cramp dalam tu. Lepas tu gatal2 akibat kesan morfin.

8.30 malam baru start minum air sikit2 guna straw lagi. Diorang tanak kasi muntah jadi sampai jam 10.30 malam baru aku jamah roti kentang.

Khamis esoknya beg kencing dah boleh ditanggalkan jadi aku kenalah ke bilik air untuk melepaskan hajat. Tapi rasanya kali ni kuat sikit tenaga berbanding masa lahirkan Aqlan.


Aqeel Shah you are strong boy. Ibu will pray for you health. Recover soon as soon as possible. 

Aku tak dapat susukan bayi sebab bayi perlu bantuan oksigen. Aku lihat dia dalam inkubator, doktor paediatric iaitu Dr. Nazim bawa kepada aku sebelum bayi dipindahkan ke NICU (neonatal) Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya memandangkan HIAZ takde kemudahan tu. Laki ikut naik ambulans.

Laki kata ni 2nd time dia naik ambulans.


Di Hospital Serdang 

Pada hari Jumaat, aku dah dibenarkan discaj bila Dr. Noraini sudah membuat pemeriksaan terakhir ke atas luka pembedahan aku. Banyakla ubat2 diberikan untuk dibawa balik. Jam 4.20 petang camtu kami balik dengan beberapa barangan tambahan pemberian hospital. Yang sayunya aku takde bayi untuk didokong dibawa pulang ke rumah.

Bagus nurse ni cabut perlahan2 je.


Ni masa ujian untuk kami. Kepada yang membaca, mengertilah bahawa bukan mudah untuk kami hadapi jadi jangan kecam atau cakap bukan2. Dah seminggu berlalu dan aku masih tak dapat dokong dia. Laki hari2 lawat dia di hospital tapi aku terlantar di rumah. Aku sendiri masih sakit dan demam. Aqlan juga sakit dan demam. Aku cuma mengharapkan doa dimakbulkan Allah agar Aqeel segera sembuh dah dapat pulang ke rumah, aku sendiri kena bertenang dan bersabar supaya BP tak naik atau meroyan. Jadi tulislah baik2..aku minta kamu faham.

8 ulasan:

  1. oo ni Az-Zahra bangi tu.. hehe.. alhamdulillah selamat semua. selamat berpantang.. eh ke da habis ? maaflah CT pun lama tak bersiaran terlepas update kisah kawan2..

    BalasPadam
  2. selamat berpantang babe.. sedih bila tak dpat bawk balik baby.. doakan semoga dipermudahan. ibu sihat. baby sihat. amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah baby makin pulih. Takat ni hari2 p jenguk kat hospital.

      Padam
  3. Selamat berpantang sis,semoga baby cepat sembuh, dan ibu jua..kuatkan semangat yer..InsyaAllah pasti semua di permudahkan Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..semoga Allah berikan kesabaran dan redha dalam hati kita atas ujianNya.

      Padam
  4. selamat berpantang
    semoga segalanya dipermudahkan

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.