Pagi semalam bangun je dari katil rasa macam terhuyung hayang sikit. Mandikan anak macam biasa..Kemudian tiba2 rasa Eh kenapa badan aku ada kat pintu sliding bilik mandi? Nasib tak jatuh terus kan. Jadi semalam banyak duduk dan baring la. Kang pitam tiba2 susah jugak.
Pagi tu juga tiba2 laki kejut dan tanya mana kunci rumah aku? Teringat kelmarin budak kecik tunggu abah dia balik siap ambil kunci. Kemudian dia cuba gantung balik. Tapi takde di tempat kunci2. Kemungkinan jatuh celah2 sofa. Aku nak cari rasa bila menunduk ni lagi kuat vertigo. So sudahnya aku naik. Tiba2 lagi sekali laki aku jerit kenapa tak kunci pagar....I tunggu u dalam kereta lama dah..oh tadi lepas laki keluar aku ingat dia bawakla kunci dia jadi aku kunci pintu kayu rumah jelah terus naik. Kan aku pening... So 2x turun dalam keadaan terkejut tu menambah vertigo aku.
Dulu kena sekali masa kerja. MC terus. Ha la dari aku pitam terus baik aku drive balik.
Vertigo ni sebab musababnya banyak juga. Antaranya bagi penghidap kolesterol macam aku. Tapi aku lebih kepada tak cukup air, tidur dan rehat. Kan aku baru sihat terus alih2 katil la almari la.. alahhhh banyak terbengkalai ni...
Bilik menjahit/komputer dah lapang...
Rabu, 2 Ogos 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
alololo siannn iaa... jmpe doctor dah ke? takde further checkup? kita ni kadang2 bajet badan mcm sihat2, rupanya macam2 sangkut..nauzubillah. Moga kita diberi kesihatan yg baik, tuk terus beramal ibadah..menjalani hidup mengumpul saham2 akhirat.ameen. take care sisturrr..hahaha
BalasPadamkan nak kean pergi check up pulak....erk erk..
Padamjaga kesihatan, tak yah la tolak katil yg gedabak besau tu..menjahit ok..duduk je hahaa
BalasPadamaku nak menjahit la ni...ada pulak yang tanya2 kang bila nak siap...nasib ahli keluarga je, hehe.
PadamBahaya juga kalau jadi macam tu bila tinggal seorang diri atau bersama anak yang belum mengerti. Mudah2an tak terjadi lagilah hendaknya...
BalasPadamalhamdulillah hari ni dah okay sikit. kadang nak buat kerja apa2 hal keperluan anak didahulukan..sakit2 pun tetap kena bagi dia mandi dan makan.
Padam