Kedua, aku nak menggunakan balik pakar O&G yang sama masa melahirkan Aqlan iaitu Dr. Noraini. Ketiga, hospital ni berdekatan dengan pejabat laki. Jalan kaki pun sampai.
Tidak dinafikan caj2 di hospital swasta lagi mahal. Jadi laki dah mula mengumpul wang awal2 lagi bila dah tahu bini nak beranak kat sini. Bukan takde perbincangan nak bersalin di hospital kerajaan tapi kami selalu menetapkan niat nak jaga aurat tu. Beruntunglah siapa yang dirawat sepenuhnya di hospital kerajaan oleh staf2 wanita beragama Islam. Bagi kami menjaga aurat tu mengatasi segalanya demi mencari keredhaan Allah juga. Kami kuburkan banyak niat nak melancong dan membeli belah serta makan2 makanan yang difikirkan membazir. Tumpuan utama simpan duit untuk bayaran caj2 hospital nanti.
Tahun 2018 harga caj memang tak sama tahun 2014 aku lahirkan Aqlan. Tahun 2015 dah start GST. Tahun 2018 dengan tampuk kerajaan baru, 1 Jun 2018 baru sifar GST. Tak sempat ok. Ikutkan bersalin 3 June 2018. Apa nak buat, apabila nyawa anak lagi penting untuk diselamatkan.
Laki pun ambil cuti untuk bagi sokongan. Budak Aqlan excited tiap kali tengok baby orang lain. |
Masa menunggu nak jumpa doktor. Dalam kepala dah macam2 fikir mana tak naik darah tinggi. |
Disebabkan BP tinggi, kemungkinan aku dan baby mendapat sawan akibat melewatkan kelahiran adalah tinggi. Dan nyawa tu 50-50 je kata doktor. Masa tu aku termenung panjang. Keputusan semua ditangan aku. Jumpa doktor 14 May tu adalah paling lama. Berbincang itu ini. Laki aku hanya ikut aku. Doktor dah bagi suggestion. Ya akhirnya aku akur juga termasuk membuat prosedur BTL. Aku tak boleh teruskan cerita buat masa ni sebab aku sedih menangis2.
Bilateral Tubal Ligation
A Bilateral Tubal Ligation (BTL) is a surgical procedure that involves blocking the fallopian tubes to prevent the ovum (egg) from being fertilized. It can be done by cutting, burning or removing sections of the fallopian tubes or by placing clips on each tube.
alhamdulillah, semuanya dipermudahkan
BalasPadamAmin.
Padamsemoga sihat-sihat sentiasa babe..
BalasPadamThanks 😀
Padam