Khamis, 13 Januari 2011

Contest Aku Dan Kereta -Ku...bukan kereta orang lain

internet buat hal. aku pun bengang gak. tapi aku sabar je. aku pun pergi blogwalking bila dah laju. pergi tengok blog Acu. sekali acu ni bergaya dengan kereta dia...sekali masuk contest. tapi aku tak kisah lagi. baca dia punya entry mak aiiii acu ni gila aksesori kereta rupa2nya. ku sangkakan acu begitu lembut..hehe padahal baru jumpa sekali je kat Ice Room..ehehehe. oklah dah kena TAG meh la nak jawab...

syarat2 pertandingan maya...heheh

  1. kena jadi follower didot n lurve shoppe - done
  2. letak gambar banner kereta didot dan didot kat side bar - done
  3. buat entry pasal contest dan buat karangan syok sendiri pasal kereta memasing - done
  4. tinggalkan link entry dekat blog didot - done
  5. tag 3 org rakan - aku mahu tag Mimy, Ann & Hanim...hahaha nasibla kawan2 ye...suka suki ajer..
ok tarikh penyertaan dari 9th January - 14 February 2011. hadiahnya rahsia sebab didot & suami nak surprise. takpe...aku nak cerita gak pasal kereta aku neh.

aku beli kereta ni May 2008. puas jugak menabung.. buat bajet jugak. kereta maintenance tinggi wor...pump minyak kau mampu, nak servis tak mampu memang sadis la...

disebabkan aku dah lama ambil lesen kereta, sekali bila nak bawa kereta sendiri 2 minggu demam. hahaha..percayalah....mula2 aku kerja parking kereta dekat rumah kawan aku. sebab aku kan menggigil lagi. so pergi kerja naik bas ataupun tumpang kawan aku ni. balik pun sama. hahahah..bila free time aku drive la kereta ni buat habis minyak dan test drive la...dah lama2 tu aku angkut jugak parking kat area rumah sewa aku. silap...bilik sewa. dah tentulah kereta tu parking luar rumah, ko agak2la aku nak parking dalam bilik pun.

bila dah boleh bawa dengan yakin, makin panjangla perjalanan kereta aku ni. sampai ke Kota Damansara aku merayap2.apasal ke sana? aku punya kereta, suka hatilah nak bawa. kereta aku ni auto, senang. yang pasti tak dimekapkan langsung. sebab aku tak mahu kereta ni jadi "idaman" orang lain pulak. baik dia stay at basic je..hehe..eh eh kereta aku ada nama la.BABY ok. panggil dia baby sebab mak dia ni baru mampu keluarkan dia dari kilang Perodua Myvi setelah bertahun menabung dan berhempas pulas mencari rezeki. susah nak besarkan anak tau.

setakat ni kereta aku dah mencecah 43k mileage dia. ah sikit je kan.. Negeri2 yang aku dah sampai Perak, Penang, Terengganu, Kelantan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan (Selangor of coz la kan..kata keja kat sini2, Pahang rumah mak aku..mestilah balik selalu..yeay...) yang belum sampai Kedah, Perlis. tak mungkin sampai Sabah & Sarawak. KL & Putrajaya persekutuan yang aku selalu bersekutu dengannya..hahahahaha..

okla korang mesti nak tengok aku dan Baby kan. mengaku jelah, dah namanya contest mestilah bergambar walaupun lately ni aku dah malas nak entry bergambar.

Dari Kuala Terengganu
sampaila ke Penang aku drive....hehehe tapi bukan dalam 1 hari la...

every year aku sentiasa ada je agenda nak berjalan2. ok semua siapkan baju kita travel lagi..bulan March or June pergi Singapore. ok nak drive. ok gila? parking mahal dowh. nanti aku fikir lagi sekali.

Rabu, 12 Januari 2011

Panas Dalam Badan

Last friday makan mee goreng Ulfa waktu breakfast. aku rasa masinnya. Ping cakap aku panas dalam. aku rilek lagi...

pagi sabtu tu dah sah2 panas dalam badan aku pasang surut. aku rilek lagi. minum teh o lemon. tak mahu pergi jumpa doktor. aku rasa rugi dan mahal la doktor private ni. tahun lepas beberapa kali aku jatuh sakit. beratus2 duit aku habis. ngeng...aku rasa nak jumpa doktor government balik. aku suka doktor kat poliklinik Tanglin KL. best..walaupun lama menunggu giliran. sebab ubat dia bagi lagi mudah sembuh. Ye, Allah yang tentukan sihat sakit kita, tapi mencari ubat ialah usaha, kan?

so masih lagi tak baik2 sehingga petang semalam dah ok sikit akhirnya....aku pun melawan dan minum air cap 3 kaki. air cap badak. Ann yang bagi dulu2. aku simpan baru minum je tahun ni. alasan aku ngeri nak taste air tu. haha sekali maca, air mineral je daaa..

petang tu jugak Aishah datang nak bagi kad kawen dia, tahniah dik. akak jugak yang belum sampai jodoh. tapi Acu, memang penyabar dalam perhubungan beliau. apapun kita berserah pada Allah. kata kak Aya, baca ayat 4 surah Yusuf, semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

Selasa, 11 Januari 2011

Bukan Nak Kongkong, Cuma Nak Lesen Sah Aje!

melalui pelbagai saat2 manis pahit kelat dalam satu perhubungan tu memang normal. kalau manis je tu mesti ada SWS (something wrong somewhere). mesti ada yang makan hati tapi sebab sayang sabar je.....sabar gila2 demi mempertahankan hubungan yang tak pasti? kerana ada niat2 kepentingan diri/ keluarga?

wanita bila dah ketemu lelaki yang dia suka kalau boleh dia nak cepat2 dihalalkan hubungan tu. banyak faedah dan berkatnya pun. tapi kekangan kewangan kadang2 menjadi proses tu lambat. maka macam2 hal boleh jadi. ~ malas nak cerita lebih, pembaca fikir sendirila kan. dalam suratkhabar dah berapa banyak kes kawin lari la, hutang lepas kawin sampai bercerai pun tak habis2la..eeee seram pulak membacanya.

Lelaki aku tak pasti kenapa kadang2 tak mahu buat keputusan untuk kawen lepas dah 6-12 bulan perkenalan. takde duit? takut komitmen? anak emak? aku bukan lelaki jadi aku tak dapat tolong lelaki jawab soalan ini.

pernah dengar percintaan sampai 8-10 tahun? aku ada. kawan aku sendiri. tapi aku tak mahu cerita apa rasanya dia selama bercinta dalam tempoh sepanjang itu. kalau lelaki tu dah ikhlas dan tahu bahawa tuntutan menghalalkan perhubungan itu untuk mengelakkan maksiat maka mesti segera dia hantarkan rombongan. tiba2 terngiang kat telinga lagu "Kalau Berpacaran". tapi entahlah kalau dah ada jodoh tak kemana kan..tapi kalau dah lama sangat mahu bosan juga..hehehehe..

aku tahu ada banyak alasan yang hendak diluahkan kenapa lambat2 nak hantar rombongan, tapi aku nak biarla mereka ini ikhlas. biarlah jawapan tu masuk akal bukan alasan immature. penat dah. bila tengok kawan2 muda bercinta akhirnya kawin dengan segera. elok je. aku pun respect la budak2 ni boleh je simpan duit. jangan meminjam bank dah ye. kang gaduh pulak lepas kawin pasal nak bayar macam2 hutang. dek kerana nak gempak di mata orang.
bagi aku kalau dah kawen takyahla nak kongkong suami tu nak hang out dengan kawan2 lelaki dia. kalau dengan kawan2 perempuan tu boleh jeles sikit kot. tak perlu lebih2la..lelaki memang tak suka dikongkong. tapi aku pun tak kuasa kalau kot2 bakal suami aku suka memerap kat rumah. aku tension suruh dia keluar lagi adala kot..hahaha...berani la cakap sekarang kan..belum kena. dan aku pun perlu masa untuk keluar dengan BFF aku. untuk lepak2 dan tukar2 cerita. memang best kalau dapat pasangan yang boleh "masuk" dalam kelompok kawan2 kita, begitu juga kita boleh "masuk" dalam kelompok kawan2 dia.

kenapa nak lesen sah? satu je aku bagi jawapan - elakkan dosa & maksiat. dah. aku pun kena selalu beringat. aku pun mesti tegur diri aku sendiri. malah sebenarnya aku suka ditegur. sebab itu tandanya ada yang sayang aku tak mahu aku hanyut.

Isnin, 10 Januari 2011

Ubat Gigi Untuk Gigi Sensitif

dah macam2 ubat gigi aku test sejak kali pertama aku memberus gigi. masa kecik2 dulu of coz la jenis ubat gigi dah ditentukan mak bapak. yang aku ingat;-

  • close-up. ada kaler hijau dan merah. macam jelly jek.. hehe tapi pedas la
  • darkie. sekarang nama darlie. hahaha tukar nama kan sebab darkie macam pakai ubat gigi berdaki je..kekekeke.
  • colgate - pergh aku siap masuk ahli kelab colgate tu..dapat majalah, badge..suka...

kemudian semakin banyak ubat gigi di pasaran..aku pun sejak dah meningkat ni gigi aku makin sensitif pulak. dulu rajin jumpa doktor gigi untuk buat scaling. la ni ak buat appointment tu yang "rajin"...

so aku cuba Pearl White - kengkonon nak hilangkan gigi kuning. aku hantu teh dan nescafe. sekian.

kemudian aku cuba pulak ubat gigi cosway - special toothpaste from ancient China herbs. sekali rasa macam makan rumput..hehehe tapi gusi aku kurang berdarah la lepas tu.kagumla... harga pun mahal jugak.

La ni aku guna Zact pulak sebab kengkonon nak kurangkan kuning gigi. argh kekadang nak je baut rawatan tapi bila fikir ongkosnya aku sabar balik. Ok aku tunggu je Yuhana lepas ijazah kedoktoran dalam pergigian dia jelah...

aku alah Colgate - terus berdenyut gusi aku lepas guna.. nangis satu hari...

korang pakai apa?

Ahad, 9 Januari 2011

Facebook Ditutup 15th March 2011


hahaha. aku sambut dengan gembira. aku pun dah rasa2 nak tutup akaun sejak akhir tahun lepas. kemudian dalam minggu ni aku dah delete hampir kesemua gambar2 aku kecuali untuk profile picture 1 je. yang kena Tag aku tak kisah sebab sumber bukan dari aku...

Facebook terlampau banyak keburukan dari kebaikan. kerana begitu ramai orang yang tak tahu bersosial menggunakannya sebagai medium utama untuk mencari kenalan. segala mak nenek butir peribadi diceritakan. akhirnya muncullah stalker yang mengerikan. dan segala luahan perasaan dan ketidakpuasan hati diceritakan untuk tarik simpati atau untuk menarik perhatian? rahsia sudah tiada. orang dapat menilai peribadi tanpa perlu bertemu. untuk yang baru first time nak jumpa setelah begitu lama berdating dalam talian. tiada apa lagi nak cerita sebab semuanya dah didedahkan.

aku bahagia dengan dunia blog. dan aku ada juga beberapa orang kawan yang nak berhenti berblog atas pelbagai alasan. hak masing2.

Tanda2 Diri Dah Berusia

Kini, banyak makanan aku dah tak dapat nikmati. kerana kalau aku teruskan juga niat nak makan aku akan demam serta merta. antibodi dah jadi lemah?

beberapa makanan yang aku kena elakkan;-

  • Susu Yogurt - aku start minum semasa mula tinggal di KL. kira2 11 tahun lalu. last time aku minum beberapa bulan lepas, aku demam serta merta. arghh..nikmat kena tarik balik.. 
  • Susu keluaran Dutch Lady perisa Strawberry - aku elok2 je balik dari kedai, minum segelas, terus demam..
  • Twister perisa Orange - dah hampir setahun aku tak minum, sebab kadar kepanasan badan akan memuncak serta merta lepas minum. tak sanggupla tengah elok2 kat pejabat, demam..lemah satu badan.
  • Nescafe Arabica - migraine terus. berdenyut2. lagi psiko diri aku sendiri. kalau nak juga minum, aku kena dalam keadaan mood paling tenang.
  • Bar Chocolate Cadbury - aku tak boleh makan pagi2 dengan perut kosong, confirm ceri-beri. last 10 years aku dah dapat detect. sebab tu kalau nak makan, tengahari sikit. sebab aku kalau makan 1 bar besar aku boleh habiskan.
  • Milo - aku mengantuk dah pening2 sikit. kalau dah orang hidangkan aku minum jugak tapi sebenarnya nak amik hati je....
  • carbonated drinks - perut mesti tak sedap. kurang2la minum...100+ boleh la minum time tak sihat kot.

Jadi aku replace makanan2 yang aku tak dapat makanan ni dengan;-

  • Susu soya V-soy - pergh terbaik buat stok. 6 botol kaca beli. dah bedal 2 je baru..
  • Susu tepung Dutch Lady - kena minum panas2 tanpa campuran gula ke atau susu pekat. lagi pekat bancuhan, lagi baik. tapi dah lama la tak buat stok, last time sampai susu tu mengering..ke dah kena elak jugak ni?
  • aku percaya aku dah alah vitamin C. macam mana nak minum oren? makan buah oren la tak pun minum Sunquick.
  • Nescafe Gold - dah try decaf jugak. decaf penutup merah. tapi gold original paling best. paling murah dapat beli RM14.50 untuk 100g. isian semula 170g dalam RM20. 
  • Hot chocolate la - apa2 brand pun boleh janji elak Milo.
  • Lemon + Madu - memang terbaikla. tapi madu aku dah mengeras. demam2 bagus minum air ni.

badan seharusnya dapat digunakan sehingga akhir usia. aku rela berpantang asalkan anggota badan aku dan organ dalaman selamat & sihat.

selamat berdiet sihat semua!

Sabtu, 8 Januari 2011

Cinta Tanpa Restu

bertemu -bercinta -tak direstui -jodoh ada- menikah- tanpa kehadiran keluarga -saksi bagi pasangan ingkar -prosedur begitu mudah -tiada dokumentasi- mengandung -perlu mendaftar di hospital.

alasan; sudah didaftar perkahwinan, tiada masa nak ambil kad nikah.

aku keliru, aku risau, aku simpati..tapi aku tak mengerti kenapa dia buat begini. cintanya begitu mendalam. sehingga pelbagai masalah timbul walau disorokkan berjaya dihidu kawan2.
aku ada kenalan di pejabat pendaftaran. katanya mereka perlu mendaftarkan perkahwinan semula. kerana kedengaran macam nikah sindiket. wali ingkar. perkahwinan itu suci. hubungan batin menghasilkan janin, apabila roh ditiup, si anak berhak nikmati hidup tanpa perlu alami tekanan. tekanan kemungkinan tiada kad pendaftaran kelahiran.
aku tak memahami prosedur perkahwinan sepenuhnya sebab aku tak pernah melaluinya. melihat kawan2 yang hendak mendirikan masjid bukan main sibuk pergi sini sana. nikah luar daerah, nikah di KL senang, lain2 negeri susah. itulah yang meraka katakan.

tapi dia ni sangat senang. mungkin prosedur yang banyak menyusahkan orang yang nak berkahwin. yang ada niat baik untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim. 

ya prosedur nampak senang, tapi tanpa restu ibu & bapa, masalah akan timbul suatu hari kelak. kenapa ya kekadang wanita begitu mudah menyerah diri. menjerumuskan diri dalam ikatan perkahwinan demi cinta yang diharap kekal selamanya. kemudian bila semakin banyak masalah yang muncul tiba2 terasa oh salah aku dulu2 kawin tak fikir perasaan mak bapak. tak fikir betapa dalamnya kasih sayang keluarga. nak kembali kepada mereka  rasa malu. mungkin meminta keampunan itulah yang terbaik.

perkahwinan seharusnya menjadi satu permulaan hidup bersama yang dicintai itu kekal bahagia, diredhai. dan paling penting disahkan.

sekarang aku hanya menunggu. kami ramai2 tunggu. nak tengok apa akhirnya nanti. aku bukan bijak pandai, tapi aku benci lelaki yang memanipulasi cinta wanita untuk nafsunya sendiri. untuk kepentingan dirinya semata2 tanpa memikirkan restu keluarga. dan aku simpati pada wanita yang berani. berani mengingkari ibu bapa demi sebuah cinta yang tak direstui. 

Ya Allah, jauhkan aku dari menjadi anak yang derhaka.

Khamis, 6 Januari 2011

Hari2 Hujan dan JAMMED!

benar. Kuala Lumpur bila hujan = jammed!. percayalah. semua penghuni kota ni dah set dalam kepala otak masing2. jenguk tingkap ofis, nampak je awan kelabu kemudian cakap; sah hujan petang ni..mesti jammed. pastu kepala geleng2 bukan sebab pening tapi sebab teringat jammed. psiko giler.

dan minggu ni hampir hari2 hujan di Ampang. pagi2 pergi kerja 3km pun boleh jadi 20 minit..itu pun dah ikut jalan pintas. tah jalan pintas mana lagi aku boleh guna untuk sampai ofis dengan segera.

bila hujan juga ramaila yang sampai lewat. yang duduk jauh bajet setengah jam sampai dah jadi sejam. kereta auto pun boleh kriokkk bunyi brek asyik kena tekan je....perhatian kena penuh. tak pasal2 tercium bontot kereta depan. normal kan hujan = jammed = eksiden sebab jalan licin @ bunga tayar botak @ careless. sudah aku nak buat persamaan matematik pulak. confirm cikgu math ckp aku ajar sesat..hahah..benci betul math..tapi akhirnya jadi tukang kira2.

hujan itu rahmat, mari kita bersyukur pada nikmat-Nya. mari kita psiko diri kita balik jadi positif. hujan = rahmat = ada hikmah.

bila jammed anda marah2 tak? layan lagu apa dalam kereta? aku pergi kerja sorang2..macam mana nak borak. balik kerja adalah kawan tumpang. kata berjiran. cuma pagi2 dia dihantar ayah dia.

Isnin, 3 Januari 2011

Perempuan Kongsi, Lelaki Ikut Turn

bagaimana anda bayar bil bila makan bersama kawan2 perempuan? soalan ini untuk kaum perempuan.

jawapan aku; share bayar. kalau seorang tu dah bayarkan dulu, bila keluar nanti kena calculate lagi share sama rata tak kira kau makan apa..except kau gatal2 nak makan steak yang harga RM50 ke atas! begitulah acara bayaran aku dengan my girlfriends.

bagaimana pula kalau ada lelaki bercampur dalam group makan?
jawapan aku; still share bayar. tak kuasa nak belanja boyfriends..hehehe..

tapi aku tahu lelaki kalau makan ramai2 dengan kawan2 dia, mesti bayar ikut turn. hari ni kau, esok aku...mereka takde kaedah share. bagus kan..

tapi aku tahu juga ada kawan2 laki yang kena paw tiap2 hari dengan orang yang sama. asal turn si kaki kelepet ni mesti dia tertinggal duit atau buat muka sedih macam tak makan 8 hari...-aku dah perna tengok orang macam ni..itu pasal perempuan tanak bayar ikut turn. settlekan semua masa tu juga. takde yang cakap2 belakang..

korang macam mana?

~tapi kalau teman istimewa anda belanja makan setiap kali keluar, anda rasa malu ke tidak? rasa terhutang budi ke tidak? ke rasa best je setiap masa.....tak pernahnya nak menghulur seringgit dua ketika dia tak cukup duit kecil nak ngamkan harga kat bil? ni soalan kat perempuan juga. aku tak tahu kalau kat luar sana perempuan yang taja lelaki makan setiap kali keluar dating.

Ahad, 2 Januari 2011

From His Nikon - New Year 2011 Celebration At SOHO KL

sesudah sampai rumah sewa aku, harusla kereta aku digunakan untuk segera sampai ke SOHO KL. zcat bawa dengan laju, kami memasuki DUKE dengan bantuan GPS. parking full, kami parking di basement4 untuk reserved car. kosong sikit, suka hati nak park dimana2. yang penting dekat dengan lift/tangga untuk naik.


 bila dah sampai Dr Cafe, aku diperkenalkan dengan kawan2 zcat. Haslina & husband. she is singaporean, nak borak banyak tapi bising sangat. musci very loud and the DJ is sooo...perasan best hahahah. so masa tu ada cabutan bertuah untuk pengunjung yang makan di restoran2 di dalam SOHO KL. hadiah utama HTC Desire dimenangi oleh seorang warga asing. sepatutnya orang yang menang tu lelaki Cina tapi sebab dia tak naik2 setelah berkali2 dipanggil maka mereka mencabut nombor baru. kan dah hilang tuah.



 sebelum jam 12 malam, pelbagai lagu dan tarian dipersembahkan. sound system bingit sangat. lebih baik tengok mereka menari je.


akhirnya pada detik jam hampir ke angka 12 malam (SE aku cepat 2 minit) kami ramai2 mengira nombor..dan akhirnya...selamat datang 2011...disusuli dengan bunga api. seterusnya persembahan nyanyian diteruskan. kami melayan sehingga keadaan menjadi tenang untuk balik. jalan jammed dan banyak kereta stuck di parking. jadi kami ambil angin jalan2 ditingkat atas SOHO untuk tengok pemandangan malam sambil tengok keadaan trafik.
 pasangan ni asyik menari macam berada dalam dunia sendiri je

kami gerak jam 2 pagi dan hanya dapat keluar parking jam 2:30 pagi. masa tu jalan pun dah tak sesak lagi. yang penting balik rumah dengan selamat. lepas tu tidur dengan nyenyakkkkkkkkkkkkkkk.

Sabtu, 1 Januari 2011