Sabtu, 8 Januari 2011

Cinta Tanpa Restu

bertemu -bercinta -tak direstui -jodoh ada- menikah- tanpa kehadiran keluarga -saksi bagi pasangan ingkar -prosedur begitu mudah -tiada dokumentasi- mengandung -perlu mendaftar di hospital.

alasan; sudah didaftar perkahwinan, tiada masa nak ambil kad nikah.

aku keliru, aku risau, aku simpati..tapi aku tak mengerti kenapa dia buat begini. cintanya begitu mendalam. sehingga pelbagai masalah timbul walau disorokkan berjaya dihidu kawan2.
aku ada kenalan di pejabat pendaftaran. katanya mereka perlu mendaftarkan perkahwinan semula. kerana kedengaran macam nikah sindiket. wali ingkar. perkahwinan itu suci. hubungan batin menghasilkan janin, apabila roh ditiup, si anak berhak nikmati hidup tanpa perlu alami tekanan. tekanan kemungkinan tiada kad pendaftaran kelahiran.
aku tak memahami prosedur perkahwinan sepenuhnya sebab aku tak pernah melaluinya. melihat kawan2 yang hendak mendirikan masjid bukan main sibuk pergi sini sana. nikah luar daerah, nikah di KL senang, lain2 negeri susah. itulah yang meraka katakan.

tapi dia ni sangat senang. mungkin prosedur yang banyak menyusahkan orang yang nak berkahwin. yang ada niat baik untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim. 

ya prosedur nampak senang, tapi tanpa restu ibu & bapa, masalah akan timbul suatu hari kelak. kenapa ya kekadang wanita begitu mudah menyerah diri. menjerumuskan diri dalam ikatan perkahwinan demi cinta yang diharap kekal selamanya. kemudian bila semakin banyak masalah yang muncul tiba2 terasa oh salah aku dulu2 kawin tak fikir perasaan mak bapak. tak fikir betapa dalamnya kasih sayang keluarga. nak kembali kepada mereka  rasa malu. mungkin meminta keampunan itulah yang terbaik.

perkahwinan seharusnya menjadi satu permulaan hidup bersama yang dicintai itu kekal bahagia, diredhai. dan paling penting disahkan.

sekarang aku hanya menunggu. kami ramai2 tunggu. nak tengok apa akhirnya nanti. aku bukan bijak pandai, tapi aku benci lelaki yang memanipulasi cinta wanita untuk nafsunya sendiri. untuk kepentingan dirinya semata2 tanpa memikirkan restu keluarga. dan aku simpati pada wanita yang berani. berani mengingkari ibu bapa demi sebuah cinta yang tak direstui. 

Ya Allah, jauhkan aku dari menjadi anak yang derhaka.

3 ulasan:

  1. Buang emak..buang saudara
    kerana kekasih aku turut kan...

    BalasPadam
  2. acu; oh masa zaman umur 20-an hati panas je ikut je kata2 bf..dah menginjak 30 ni bila fikir2 balik macam tolol je pulak.

    BalasPadam
  3. kawen la dg berestu...Insya Allah berkat rumahtangga

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.